Assalamualaikum,
Tahun 1981, ZBA pertama kali menjejaki bumi Filipina daripada Cebu. Penerbangan MAS ketika itu daripada Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan seterusnya Cebu.
Cebu masih lagi sebuah bandar perkampungan. Daripada Cebu ZBA menjejaki Manila dengan menaiki "Super Ferry" dan pertama kali melihat ikan lumba-lumba berterbangan mengiringi ferry dilautan dalam. Bukan seekor, dua, tiga dan kekadang mencecah belasan ekor sesekali timbul dipermukaan air.
Berkejaran, timbul, tenggelam dengan berbagai saiz dan sesetengahnya mungkin melebihi 100 kg. Mereka seolah-olah menayangkan kepantasan bergerak, pantas, tangkas seiring dengan pergerakan ferry. Dari kabin kelas pertama gelagat mereka dapat dilihat dengan jelas dan amat menyeronokan. Perjalanan sehari semalam berahir di Teluk Manila berhampirang Rizal Park dan juga US Embassy Manila. Teluk Manila ketika itu masih dipenuhi dengan sampah sarap dan penghuni bot-bot kecil yang kais pagi makan pagi. Tidak kurang juga pengemis jalanan yang menangguk simpati daripada pengunjung.
Paling menarik tiada GST dikenakan dan barangan keperluan murah jika dibandingkan dengan 1M. Pusat commercial dimana-mana. Bangunan morden mencakar langit dengan rekabentuk yang menarik. Sistem pengangkutan yang serba canggih dan memudahkan. Jalanrayanya bersih, kemas dan tiada tempat-tempat meletak kenderaan disediakan ditepi-tepi jalan. Secara peribadi, Makati City bukan tandingan Kuala Lumpur disegi perancangan. Mereka mendahului dalam serba serbi. Sebuah daerah yang wajar dikunjungi jika berada di Manila. Kepada para pembaca wanita yang gemar membeli-belah, Manila khususnya Makati City boleh membuatkan anda putus jari untuk membeli belah.
Daripada daerah elit Makati City kini ZBA beralih kekawasan penempatan sesak di Quiapo. Disini terletak dua buah Masjid yang cantik dikenali sebagai Golden Mosque & Culture Centre dan Blue Mosque. ZBA pernah kesini sebelumnya dan pernah berbual dengan iman Golden Mosque dan mengenali penduduk setempat. Golden Mosque merupakan masjid terbesar di Manila dan nama Golden Mosque diambil dari Kubahnya yang berwarna keemasan. Manakala Blue Mosque pula kerana Kubahnya bewarna biru. Terletak dijarak lebih kurang 1 km diantara keduanya. Blue Mosque terletak berhampiran dengan Malacanang Park dan Istana Malacanang. Sebuah lagi masjid ialah Al-Huda Mosque & Ma-Had Tahfiz di daerah Mandaluyong dan Filipino Muslim Foundation Inc. di daerah Ermita.
Quiapo. Daerah yang agak padat. Lanskapnya merupai "China Town" di KL. Pasarnya penuh sesak daripada pagi sehingga ke malam hari. Namakan apa saja barangan yang dikehendaki, semuanya ada dan harga yang ditawarkan amat murah walaupun kualitinya dipersoalkan. Ramai juga dikalangan peniaga-peniaga muslim menjalankan perniagaan disini. Daerah Quiapo tiada perbezaan dengan Baclaran yang menjadi tumpuan penduduk setempat membeli belah.
Pembaca yang ingin kesini dinasihatkan menggunakan perkhidmatan MRT dan turun di stesen Quinrino. Daripada situ berjalan kaki kearah Quiapo Church dan 2oom berikutnya kita akan melalui banyak kedai-kedai yang pemiliknya terdiri dari kalangan muslimin termasuk kedai-kedai makan untuk sampai ke Golden Mosque. Dalam erti kata mudah, pembaca secara mudah akan mengenali kaum muslimin disini dengan cara berpakaian mereka.
Dari Quaipo ZBA merayap ke Rizal Park dengan 30 minit berjalan kaki. Sebuah taman yang banyak menempatkan replika pahlawan-pahlawan Filipina yang menentang penjajah semasa zaman penjajahan Sepanyol. Anehnya jika kita rajin membaca satu persatu diantara ramai-ramai pejuang berkenaan, setengah daripada mereka adalah pahlawan-Pahlawan daripada kalangan orang-orang Islam. Tapi sayang, walaupun kegigihan mereka menentang penjajah dipahat megah ditugu peringatan tetapi kemerdekaan Filipina diberikan kepada orang-orang kristian. Jadi tidak salah jika perjuangan Bangsa Moro sekarang masih berjuang untuk menuntut hak-hak mereka yang jelas.
ZBA menghabiskan 3H/2M di Manila sebelum kembali melalui Kota Kinabalu. Dari pengalaman berada di Filipina, sekali lagi dimaklumkan bahawa Filipina adalah selamat dikunjungi pada keseluruhannya kecuali di Kepulauan Mindanau. Elakan daripada memperkenalkan diri sebagai Malaysian dan jangan menyentuh langsong tentang politik yang berhubung kait dengan keadaan di Selatan Filipina.
Berkejaran, timbul, tenggelam dengan berbagai saiz dan sesetengahnya mungkin melebihi 100 kg. Mereka seolah-olah menayangkan kepantasan bergerak, pantas, tangkas seiring dengan pergerakan ferry. Dari kabin kelas pertama gelagat mereka dapat dilihat dengan jelas dan amat menyeronokan. Perjalanan sehari semalam berahir di Teluk Manila berhampirang Rizal Park dan juga US Embassy Manila. Teluk Manila ketika itu masih dipenuhi dengan sampah sarap dan penghuni bot-bot kecil yang kais pagi makan pagi. Tidak kurang juga pengemis jalanan yang menangguk simpati daripada pengunjung.
Hari ini, Manila telah jauh kehadapan menjadi kota metropolitan. Dahulunya, Makati merupakan kawasan elit yang bersih dan teratur dan daerah-daerah lain tidak ubah sebagaimana Jakarta satu ketika dahulu. Kotor dan seolah-olah tidak terurus. Kini 2015, Manila berubah dan membangun seiring dengan negara-negara ASEAN yang lain. Dalam satu jangkamasa yang pendek mereka telah menandingi Negara 1M dengan pembangunan yang pesat dan terancang.
Satu daripada daerahnya ialah Makati City. Bersih dan berkeketerampilan. Pusat membeli belah dibina bertaraf gedung-gedung antarabangsa.
Paling menarik tiada GST dikenakan dan barangan keperluan murah jika dibandingkan dengan 1M. Pusat commercial dimana-mana. Bangunan morden mencakar langit dengan rekabentuk yang menarik. Sistem pengangkutan yang serba canggih dan memudahkan. Jalanrayanya bersih, kemas dan tiada tempat-tempat meletak kenderaan disediakan ditepi-tepi jalan. Secara peribadi, Makati City bukan tandingan Kuala Lumpur disegi perancangan. Mereka mendahului dalam serba serbi. Sebuah daerah yang wajar dikunjungi jika berada di Manila. Kepada para pembaca wanita yang gemar membeli-belah, Manila khususnya Makati City boleh membuatkan anda putus jari untuk membeli belah.
Daripada daerah elit Makati City kini ZBA beralih kekawasan penempatan sesak di Quiapo. Disini terletak dua buah Masjid yang cantik dikenali sebagai Golden Mosque & Culture Centre dan Blue Mosque. ZBA pernah kesini sebelumnya dan pernah berbual dengan iman Golden Mosque dan mengenali penduduk setempat. Golden Mosque merupakan masjid terbesar di Manila dan nama Golden Mosque diambil dari Kubahnya yang berwarna keemasan. Manakala Blue Mosque pula kerana Kubahnya bewarna biru. Terletak dijarak lebih kurang 1 km diantara keduanya. Blue Mosque terletak berhampiran dengan Malacanang Park dan Istana Malacanang. Sebuah lagi masjid ialah Al-Huda Mosque & Ma-Had Tahfiz di daerah Mandaluyong dan Filipino Muslim Foundation Inc. di daerah Ermita.
Quiapo. Daerah yang agak padat. Lanskapnya merupai "China Town" di KL. Pasarnya penuh sesak daripada pagi sehingga ke malam hari. Namakan apa saja barangan yang dikehendaki, semuanya ada dan harga yang ditawarkan amat murah walaupun kualitinya dipersoalkan. Ramai juga dikalangan peniaga-peniaga muslim menjalankan perniagaan disini. Daerah Quiapo tiada perbezaan dengan Baclaran yang menjadi tumpuan penduduk setempat membeli belah.
Mercu Tanda Muslim di Daerah Quiapo, Manila. |
Pembaca yang ingin kesini dinasihatkan menggunakan perkhidmatan MRT dan turun di stesen Quinrino. Daripada situ berjalan kaki kearah Quiapo Church dan 2oom berikutnya kita akan melalui banyak kedai-kedai yang pemiliknya terdiri dari kalangan muslimin termasuk kedai-kedai makan untuk sampai ke Golden Mosque. Dalam erti kata mudah, pembaca secara mudah akan mengenali kaum muslimin disini dengan cara berpakaian mereka.
Dari Quaipo ZBA merayap ke Rizal Park dengan 30 minit berjalan kaki. Sebuah taman yang banyak menempatkan replika pahlawan-pahlawan Filipina yang menentang penjajah semasa zaman penjajahan Sepanyol. Anehnya jika kita rajin membaca satu persatu diantara ramai-ramai pejuang berkenaan, setengah daripada mereka adalah pahlawan-Pahlawan daripada kalangan orang-orang Islam. Tapi sayang, walaupun kegigihan mereka menentang penjajah dipahat megah ditugu peringatan tetapi kemerdekaan Filipina diberikan kepada orang-orang kristian. Jadi tidak salah jika perjuangan Bangsa Moro sekarang masih berjuang untuk menuntut hak-hak mereka yang jelas.
Rizal Memorial Park Manila |
Sunset di Manila Bay |
SALAMAT POO
ada ig bro?
ReplyDelete