Assalamualaikum,
Puerto Princesa Airport |
Tepat jam 07.30 pesawat AAsia menerjah awan menuju Puerto Princesa. Penerbangan mengambil masa kurang daripada 1J. Semacam tidak puas melihat keindahan kepulauan Filipina yang bertaburan dari udara. Tetiba pengunguman dibuat, kita akan mendarat sebentar lagi dan sila kembali ketempat duduk. Minah disebelah terkejud dari lamunan setelah menggantikan tidur semalam dengan senyuman air liur basi meleleh.
Dari paras 1,000M kelihatan pohon kelapa melintok ditiup angin kencang. Pesawat bergolek kekiri dan kekanan semasa hampir mencecah landasan. Aduh. Takut juga dibuatnya. Alhamdulillah kini ZBA telah mencecah bumi bertuah lagi indah Puerto Princesa. Salamat poo. Itulah kata-kata terahir pramugari dengan diiringi senyuman manis menemani ZBA turun dari pesawat. Salamat.
Puerto Princesa. Sebuah lapangan terbang kecil tetapi ramai sekali pelancung keluar masuk khususnya pelancung dari luar dan tidak kurang pula pelancung dari dalam Filipina sendiri.
Keluar daripada Balai Ketibaan ramai ulat-ulat telah sedia menunggu diluar. Mereka samaada ingin menawarkan package pelancungan, transportasi, penginapan dan sebagainya. Apa yang penting dalam situasi begini kita harus bersabar dan tunggu saat-saat akhir sebelum membuat keputusan. Jika tidak kita akan disembeleh dengan harga-harga yang tidak munasabah. Gelagat sebegini ada dimana-mana pusat pelancungan.
Secara peribadi ZBA menasihatkan kepada para pembaca agar tidak membuat tempahan daripada WEB untuk sebarang perkhidmatan. Ini kerana tawaran mereka lebih murah dengan perkhidmatan yang disediakan oleh ejen-ejen pelancungan sedangkan perkhidmatannya adalah sama. Contoh. Setakat untuk merayap di kota Puerto Princesa dengan sebuah trisaw yang boleh memuatkan 3 penumpang bagi jangkamasa 3-4J memadai dengan PHP300. Walau bagaimanapun mereka akan menawarkan sekitar PHP 600.
Puerto Princesa tidak menjanjikan banyak lokasi terbaik untuk dilawati. Tetapi salah satu tempat wajib kesini ialah "Under Ground River" yang merupakan salah satu daripada World's seven wonders of nature yang digezetkan oleh UNESCO. Terletak 2J perjalanan dengan kenderaan keutara Puerto Princesa sesebuah bandar tepi pantai dikenali sebagai Sabang. Kebiasaannya package untuk kesini termasuk makan tengahari dan sebagainya sekitar PHP 1500.
Sebenarnya penduduk Kepulauan Palawan masih berada dibawah taraf kemiskinan. Masih banyak rumah-rumah begini didiami oleh penduduknya yang dapat kita lihat disepanjang perjalanan daripada Puerto Princesa ke El Nido. Realitinya pembangunan hanyalah pada bandar-bandar kecil sahaja.
Our Pilot cum Guide of the day |
Secara peribadi ZBA menasihatkan kepada para pembaca agar tidak membuat tempahan daripada WEB untuk sebarang perkhidmatan. Ini kerana tawaran mereka lebih murah dengan perkhidmatan yang disediakan oleh ejen-ejen pelancungan sedangkan perkhidmatannya adalah sama. Contoh. Setakat untuk merayap di kota Puerto Princesa dengan sebuah trisaw yang boleh memuatkan 3 penumpang bagi jangkamasa 3-4J memadai dengan PHP300. Walau bagaimanapun mereka akan menawarkan sekitar PHP 600.
Puerto Princesa tidak menjanjikan banyak lokasi terbaik untuk dilawati. Tetapi salah satu tempat wajib kesini ialah "Under Ground River" yang merupakan salah satu daripada World's seven wonders of nature yang digezetkan oleh UNESCO. Terletak 2J perjalanan dengan kenderaan keutara Puerto Princesa sesebuah bandar tepi pantai dikenali sebagai Sabang. Kebiasaannya package untuk kesini termasuk makan tengahari dan sebagainya sekitar PHP 1500.
Sebahagian daripada penduduk Palawan masih menghuni rumah-rumah begini. Keadaan ini sama dengan kehidupan ZBA dizaman tahun 1960an. Metarial yang digunakan ialah buluh dan kayu secara keseluruhannya. |
Anyaman ini adalah sebahagian daripada bahagian dinding rumah. |
Pusat Reakrasi dan Riadah Puerto Princesa yang terletak di daerah Mandaragat. Biar gambar bercerita tentangnya.
Pemandangan yang menarik dan menakjubkan. Dirakamkan dengan Canon DSLR Len 18-200mm.
2km daripada Pusat Reakrasi dan Riadah Puerto Princesa terdapat sebuah taman dikenali sebagai Baker's Hill yang mempamirkan rekaan sebuah taman botanikal yang cantik dan disediakan beberapa restoran dan pusat cenderahati untuk kemudahan pengunjung. Dikelilingin kawasan penempatan elit dan amat wajar untuk dilawati. Tiada bayaran masuk dikenakan dan amat sesuai bagi pelancung yang berkelurga.
No comments:
Post a Comment