Assalamualaikum,
Dalam keriuhan ulat-ulat lapangan terbang mencekik mangsa-mangsa demi sesuap nasi, ZBA menggelinap keluar dan terus mendapatkan perkhidmatan Van yang akan membawa ZBA ke El Nido. Proses berjalan agak perlahan kerana terpaksa menanti beberapa lagi penumpang yang secara kebetulan akan menuju ke lokasi yang sama. Sungguhpun penantian satu siksaan tetapi dengan adanya internet lapangan terbang, terasa terubat seketika disamping dapat check-in lokasi memaklumkan perubahan destinasi. 30M kemudian kami bertolak menuju El Nido yang perjalanannya dijangka mengambil masa 5-6J.
Pengangkutan utama untuk keseluruhan Kepulauan Palawan ialah Bus (Roro), Van, dan Trishaw. Puerto Princesa ke El Nido bus PHP 483 dan mengambil masa 7-8 jam. Manakala Van pula PHP 500 bagi perjalanan selama 5-6J. Semua perkhidmatan bus dan van akan berhenti di Roxas dan Taytay untuk toilet stop dan makan tengahari. Penumpang juga boleh mencuba keenakan biji gajus di Taytay yang merupakan hasil perusahanan tempatan.
Tidak banyak perbezaan muka bumi walaupun dimana anda berada di bumi Filipina. Kehidupan penuh cabaran dapat dilihat disepanjang perjalanan daripada Puerto Princesa ke El Nido. Jalan raya masih ditahap kelas 3 dengan jalan satu lorong sepanjang kepulauan. Hakikatnya, semua jalan raya mereka menggunakan jalan simen yang baik tidak berlubang jika dibandingkan dengan jalan berturap. Sepanjang perjalanan 230km, kecuali ketika hampir menghampiri El Nido barulah

terdapat sedikit sebanyak jalanraya yang sedang dalam pembinaan dan menaik taraf. Jalanrayanya mendatar dan lurus dan sekali sekali melepasi selekoh dengan pemandangan perkampungan yang menarik. Sekali sekala kita akan dapat melihat keadaan tepi pantai dengan pukulan ombak berjajaran ke pantai. Secara keseluruhan perjalanan kedestinasi ini berjalan lancar dan tiada halangan bagi semua musim.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThank you Sir.
ReplyDelete