Assalamualikum,
World Final Destination. Satu tekad dan nekad yang diidamkan oleh "Perayap Jalanan". Menuju Benua yang ke-7 dunia yang merupakan benua terahir dalam siri jelajah dunia dalam usia 61 tahun. Alhamdulillah semuanya kerana IzinNya.
AlQuran Surah Al-Ankabut 29:20
Mengembaralah kamu dimuka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Upper Deck MAS 380-800 |
JFK International Airport, New York, USA |
AEP Domestik Airport, Buenos Aires |
Sajian makan malam MAS |
Lima International Airport, Peru |
Pesawat BAe 146 over Cusco Airport (3800MSNM) |
EZE International Airport Buenos Aires |
Santiago International Airport, Chile |
CDG International Airport, Paris |
Miami International Airport, USA |
Sedikit tentang penerbangan awam (commersial) negara-negara Amerika Latin. Sukar dipercayai tetapi itulah yang bakal terjadi kepada sesiapa yang bakal menaiki penerbanganAmerican Airlines(AA). Dipintu masuk (Boarding Gate), penumpang akan disoal siasat secara tidak langsung dengan berbagai soalan dalam kelumpuk individu, keluarga dan berkumpulan. Bentuk soalan-soalan yang disoal ialah sebagaimana kita ditemuduga untuk mendapatkan visa ke US. Ini akan mengambil masa sekitar 10-15M. Oleh yang demikian penumpag AA diminta berada di boarding gate berdasarkan masa yang diberikan agar tidak ketinggalan penerbangan.
Sao Paulo International Airport |
Dalam penerbangan commersial di Amerika Latin, 90% sajian yang dihidangkan adalah boleh dimakan kerana mereka tidak menghidangkan "Babi". Menu utama ialah pasta dan ayam disamping salat, biskut, roti dan sebagainya. Tetapi harus waspada kepada penerbangan yang kurang daripada 2J kerana mereka akan menghidangkan minuman ringan dengan sanwish yang kekadang didatangkan dengan "ham".
CDG Paris International Airport |
Satu perasaan sahaja apabila kita berada diudara. "Jatuh pasti mati" tapi bagi ZBA ajal dimana-mana. Tetapi setakat ini belum pernah dan mohon dihindarkan Allah daripada kejadian yang tidak diingini. Tetapi perasan itu akan tinggal dalam mimpi sekiranya kita mendapat "three @ four in one", bermaksud kekurangan penumpang dan kita dapat menggunakan 3 @ 4 seat sekali untuk tidur sepanjang penerbangan.
Sao Paulo International Airport |
Diringkas cerita perjalanan pergi ZBA ke Amerika Latin bermula Kuala Lumpur menuju Paris. Paris-New York. New York-Buenos Aires. Buenos Aires-Lima.
Penerbangan Domestik. Lima-Cusco. Cusco-Lima. Lima-Santiago. Santiago-Buenos Aires. Buenos Aires-Sao Paulo. Sao Paulo-Rio De Janeiro. Rio De Janeiro-Buenos Aires. Buenos Aires-Iguazu. Iguazu-Buenos Aires.
Penerbangan balik. Buenos Aires-Miami. Miami-Frankfurt. Franfurt-Kuala Lumpur. Jumlah keseluruhan jam penerbangan antarabangsa ialah 68jam pergi dan balik. Ini tidak termasuk penerbangan domestik lebih kurang 20jam.
Satu pengalaman bersejarah dalam hidup. Walau bagaimanapun ZBA bersyukur kepada Allah atas kurnianNya yang tidak terhingga dalam semua nikmat yang membolehkan "Perayap Jalanan" menjejaki 7 benua didunia yang meliputi satu dunia.
Cita-cita yang bermula ketika melakukan trail seusia muda 15 tahun tercapai sudah. 45 tahun menghadapi suka duka, liku-liku kehidupan dari penghayatan Firman Allah dalam Al-Quran dari Surat Al-Ankabut Ayat 20.
SUBHANALLAH, WALHAMDULILLAH, WALLAH HUAKBAR
No comments:
Post a Comment