Monday, July 1, 2013

MORDEN METROPOLITAN CITY DUBAI

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Pengasihani

Assalamualaikum,
Pengembara jalanan tersenyum riang.  Matahari  terang benderang. Cuaca panas membahang.  Kali kedua menjejaki bumi Emirate yang menjadi kebanggaan seluruh penduduk Timur Tengah amnya dan dunia khususnya.  Memang tidak dinafikan pembangunan negara minyak ini sekali gus membuka mata kepada dunia,  tetapi ?.  Tetapi pada pandangan  ZBA ada pro dan kebaikan justeru dan kontranya disebalik pembangunan sedia  ada.  Walau bagaimanapun syabas kerana kekayaan yang ada dimanfaatkan sebaik mungkin daripada melakukan pembaziran tanpa berbuat sesuatu.

Burj Khalifa (dikiri) merupakan  salah satu binaan Tertinggi Dunia yang menjadi daya tarikan utama pelancong ke Dubai

Sebelumnya ZBA pernah melawat Abu Dhabi ibu negara UAE.  Hebat dan berketerampilan.  Banyak juga lokasi-lokasi menarik yang boleh diabadikan dalam kenangan.  Walau pun demikian keujudan Dubai beserta pembangunan yang pesat seolah-olah menidakan daya penarik kepada Abu Dhabi.  Dua bandar berkembar yang membangun seiring.

Dubai tidak perlu dihuraikan dengan panjang lebar.  Memadai sekadar melayari tempat-tempat menarik melalui www.bigbustours.com yang menggariskan secara terperinci dimana dan apa yang hendak kita lihat. Bagaimana dan apakah cara pengangkutan yang sesuai berdasarkan kemampuan sendiri.  Semuanya dilakarkan secara terperinci dan mudah untuk difahami serta diikuti.  Tetapi bagi ZBA, metro adalah pengangkutan terbaik bagi mengharungi seluruh Dubai dalam masa yang singkat.  



Dubai one of the  mordens City  in The Planet


Perkhidmatan Metro Dubai amat sophisticated.  Morden, bersih serta selesa tetapi agak mahal jika bergerak dari satu stesyen ke stesyen yang lain.  Sungguh pun harga tiket agak mahal (AED4.50 bagi bagi Zon Satu permulaan) tetapi ini telah termasuk tambang feder bas yang disediakan untuk kelokasi yang ditetapkan.  Jika dicampur secara keseluruhan lebih murah jika dibandingkan dengan perkhidmatan PUTRA, LRT dan bus RAPID diNegara1M.  Bagi kesenangan kepada pelancung asing, satu sistem tiket harian diperkenalkan dan dinamakan "Daily Pass" dengan harga AED16.oo dan sahlaku mulai awal pagi sehinggalah 12.00 tengah malam.  Pembaca boleh kemana sahaja dengan Metro atau Feder Bas tanpa had.  Satu perkhidmatan terbaik dan termurah sesuai untuk semua gulungan pelawat.



Satu lagi sistem pengangkutan unik diperkenalkan di Dubai ialah Water Texi.  Perkhidmatan ini disediakan khususnya di Dubai Old Souk untuk menyeberangi sungai diantara kedua-dua belah tebing.  Harga yang dikenakan ialah AED0.50 untuk satu hala.  Manakala bagi pelancung yang ingin bersiar-siar dan hilir mudik muara pula disediakan perkhidmatan Water Bas dengan tambang AED4.50 bagi 6 perhentian sepanjang 1J30M.  Berhawa dingin, selesa bagi dua kali hilir mudik.
Satu lagi perkhidmatan yang disediakan di Dubai Old Souk ialah Cruise.  Memulakan perkhidmatan seawal jam 18.00 bagi dua kali perjalanan ke muara dan laut lepas.  Bayaran ialah AED 45.00 untuk satu jam pelayaran.  Biasanya mereka istilahkan perkhidmatan ini sebagai "Sunset Dinner Cruise".  Kepada pembaca yang bekeluarga, perkhidmatan ini harus dilihat sebagai satu kemestian.



Jetty Cruise Terminal dan kanan Cruise yang digunakan dalam pelayaran 


Perkhidmatan Teksi.  Bukan standard saya.  Terlampau mahal tetapi sesuai dengan perkhidmatan yang ditawarkan.  Kereta daripada jenis Toyota Altis dan Camry dalam versi baru dan berhawa dingin sepenuhnya.  Pemandu yang berhemah dan tidak perlu menyoal arah kemana.  Naik sahaja dan meter tersedia mencatatkan harga tambang bagi perkhidmatan yang dituju.



Pemandangan Indah di Atlantis On The Palm.  Hotel bertaraf Dunia.





Kiri Jumeirah Beach Park dan kanan Dubai Mall dan Burj Khalifa


Dibawah Dubai Airport

Penerbangan.  UAE mempunyai dua syarikat penerbangan tambang murah yang menjalankan operasi sehingga ke Eropah, Afrika dan juga Russia. Satunya dikenali sebagai Fly Dubai (www.flydubai.com) yang beroperasi dari Dubai International Aiport dan keduanya yang beroperasi melalui Lapangan Terbang Sharjah.  Dikenali sebagai Airarabia melalui laman web www.airarabia.com. 
Berikut adalah pandangan ZBA hasil dari pembangunan pesat Metropolitan Dubai.  Hakikat ini dilihat sendiri setelah 4H/3M merayap dan dari mata yang melihat dan telinga yang mendengar.  Pandangan ini adalah bersifat peribadi dan hanya untuk dikongsi berdasarkan pengalaman masing-masing.



Pertama.  Sememangnya diakui pembangunan Dubai dilihat dimana-mana. Tetapi bolehkah  hartanah yang dibangunkan dibeli oleh pengembala bebiri dan unta dari padang pasir.  Kita lihat semuanya kebaikan di Dubai tetapi pernahkah pembaca merayap dan melihat sendiri bentuk kehidupan masyarakat UAE secara keseluruhan.  Contoh daripada Hatta di sempadan Oman sehingga ke Dubai.  Jika belum adalah tidak adil untuk membuat sebarang kesimpulan.  


Dewasa ini,  kita lihat banyak sekali Villa-villa, condo-condo mewah di Jumeirah kekosongan tanpa penghuni dan ditinggalkan usang atau for sales. Sebelumnya kita digembur-gembarkan oleh media keparat bahawa orang kaya dan ternama sana dan sini dari seluruh dunia membeli hartanah mewah di Dubai.  Persolannya apakah kerajaan UAE berpuas hati dengan pulangan dari hasil pelaburan mereka.  
Mampukan hartanah yang ditinggalkan bertahan dan dapat mengekalkan kestabilan harga, pengelenggaraan dan  kecantikan Jumeirah buat selamanya. ZBA tidak mengatakan ini satu bentuk pembaziran tetapi pembangunan tanpa perancangan dan tidak dimandfaatkan kepada raayat sendiri juga ibarat satu pembaziran.  Apa guna pembangunan jika yang menikmati hasil keringat raayat dimanfaatkan oleh segulungan kecil orang luar yang tidak berkepentingan kepada UAE.

 Kedua.  Negara 1M berbangga dengan masyarakat majmuk yang menduduki bumi ini.  Perkara yang sama terjadi diDubai.  Bezanya di Dubai selain dari mereka hidup aman dan damai, mereka juga bebas sebagaimana raayat tempatan.  Tetapi mereka tidak bebas disegi undang-undang.  Mereka diwajibkan keatas semua peruntukan undang-undang yang sedia ada.  Ini menjadikan mereka disipline dan tidak melanggar peraturan.  Mereka diletakan dibawah kawalan.  Boleh bekerja dengan syarat peraturan wajib dipatuhi.  Tidak ada PATI dan sampai masa perjanjian tamat, mereka wajib pulang kenegara masing-masing.

Mereka tidak diberi hak kerayatan sewenang-wenangnya.  Setiap anak bukan pemastautin tidak dikira warganegara.  Kelahiran mereka sahaja di UAE tetapi kerayatan mereka berdasarkan warganegara ibubapa negara masing-masing.  Tetapi apa terjadi diNegara1M.  Pendatang diberi kerakyatan sewenang-wenangnya.  Boleh mengundi dan anak-anak bukan pemastautin diberi kerayatan dan serba serbi secara percuma.  Mereka berlagak lebih dari warganegara Negara1M sendiri.  Melakukan jenayah saban hari dan berkepala batu jika ada pihak berkuasa yang bertindakan menghalang segala kemahuan mereka.  Manusia sampah dan pengotor dipungut dan diberi keismewaan. Ini merupakan satu kelebihan yang patut Negara1M dimasukan dalam "World Guiness of Rekod".  

Ketiga. Pembangunan metarial sepatutnya didatangkan sekali dengan pembangunan rohaniah.  Lihat apa yang terjadi di Dubai sekarang.  Pengaruh sosial masyarakat asing telah menular dalam kehidupan masyarakat tempatan.  Bar, night Club, pub dan sebagainya telah mula beroperasi dihotel-hotel.  Namakan sahaja pelayan yang pembaca kehendaki.  Dari Afrika, Lebonan, Filipina, Indonesia, India dan semuanya ibarat petik jari datang sendiri.  Seawal jam 3.00 petang seolah tidak ada malam, pusat-pusat operasi tersebut bermula.
Keempat.  Dubai sebenarnya bukan majmuk lagi tetapi boleh dikatakan pusat manusia caca merba dari seluruh dunia.  Hitam, kuning, putih, choklat, perang dan semuanya ada.  Pusat-pusat membeli belah dipenuhi dengan wanita-wanita Philippines sehinggakan kepada Mall Dubai sendiri.  Sektor pembinaan dikongsi antara India, Bangladesh, Indonesia, Philipinas dan lain-lain.  Sektor pengangkutan (Teksi) pula dikuasai oleh pendatang dari Bangladesh dan Pakistan.  Dari pengawal keselamatan hingga penyelia Metro System pula semuanya  dikuasai oleh pekerja asing.  Secara total kini bangsa-bangsa lain di UAE telah menipu Bangsa Arab itu sendiri.

Sedih mengenangkan bangsa Arab UAE yang masih lagi menjadi gembala Unta, bebiri, kambing dan Kaldai digurun padang pasir sedangkan bangsa-bangsa lain dari seluruh dunia datang mengaut hasil mahsul UAE atas dasar pembangunan.

Perkara yang sama menimpa Negara1M. Paling sedih lagi menyayat hati. Orang Melayu ditipu orang Myanmar dipasar borong.  Orang Melayu ditipu Indon dijalan Tuanku Abdul Rahman. Orang Melayu ditipu oleh Bangla di stesyen minyak.  Orang Melayu ditipu oleh segala bangsa dipasar malam.  Dan paling teruk sekali orang Melayu ditipu oleh  pemerintah Melayu sendiri.
Tentu ramai yang marah apabila ZBA memaparkan kenyataan diatas.  Sebenarnya banyak lagi yang hendak ZBA nukilankan untuk kita sama-sama secara resional berfikir. Oleh yang demikian sekadar peduman, maaf diminta kepada yang terhiris.  Tidak kurang juga jutaan terima kasih kepada yang sudi mengambil sebagai iktibar.


Kesimpulan.   Penduduk UAE tidak mendapat apa-apa pengalaman (Transfer Teknoloji) daripada berbilon projek yang dihasilkan.  Mereka hanya mengeluarkan wang dan dengan wang mereka mendapat segala-galanya.  Semua pekerjaan dilakukan oleh orang asing yang diupah sedangkan raayat tempatan masih dengan ego ke Arabian (Orang kaya) yang bersenang lenang menghisap Shisa di komplek, Cafe dan  dikedai-kedai kopi.  





Wellcome to Facebook : Tobiak Travel

Sunday, June 30, 2013

MUSCAT TO UAE OVERLANDS

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,


Sedih juga untuk meninggalkan Muscat yang baru dikenali selama 3H/2M  setelah  jatuh cinta dengan kebersihan dan kemakmuran negara Sinbad yang kaya raya tetapi berwajah berperwatakan sederhana.  

Kali ini ZBA memilih jalan darat untuk bepergian meninggalkan Oman ke UAE.  Dari pengalaman pengembara barat ini merupakan laluan advanture yang harus dilihat dan dicuba sebagai seorang pengembara jalanan.
Idaman untuk melalui laluan ini telah lama tersirat dan tersurat malah kali ini wajib diabdikan dan membuat catatan untuk bakal pembaca bagi percubaan akan datang.  Tak cuba manakan tahu dan apabila mencuba, itu satu pengalaman.  Penat lelah dan wang ringgit bukan menjadi ukuran tetapi mata yang melihat akan menerangkan segala yang dilihat adalah hakikat yang nyata dan  tidak boleh diputar belitkan.

Diawal pagi ZBA meninggalkan Nuzha Hotel & Apartment dan menuju Ruwi,  perhentian bas kesemua destinasi di Muscat.  Alhamdulillah diawal pagi segalanya berjalan sebagaimana dirancang.  ZBA membeli tiket bas untuk laluan sehala menuju Dubai dengan harga OMR 6 bagi bas pelancungan.  Tetapi ada juga perkhidmatan bas yang disediakan oleh Kerajaan Oman dikenali sebagai Oman National Transport Company (ONTC) dengan bayaran cuma OMR 5.50 ke Dubai.  Bas pertama bertolak seawal 0600, 07.30, 13.30 dan 16.30 setiap hari.  Masa perjalanan ialah 6J sejauh 285 km.  Membuat sekali perhentian Toilet Stop  dan dua kali pemberhentian pemeriksaan Imigresen diantara dua negara bersempadan.  Keadaan bas dikategorikan sebagai selesa dan  berpatutan dengan harga yang dibayar.
Sedia maklum jalanraya di Oman adalah dalam kelas yang tersendiri.  Kemas, cantik dan lebuhraya 3 lorong yang tidak berlubang dan ditampal sana sini.  Perjalanan menjadi sangat lancar dengan kenderaan berjenama bertali arus.  Rata-rata mereka menggunakan kenderaan dari jenis Toyota, Hundai dan kereta-kereta mewah berjenama dari barat.  Pacuan empat roda adalah kereta kegemaran dan yang berselirat dijalanraya.  

Bertolak keluar dari Ruwi Bas Stesyen,  baru ZBA dapat melihat bandar Muscat yang sebenar.  Siapa raayat  Muscat yang sebenarnya.  Rupa-rupanya mereka mempunyai kediaman yang besar dan amat selesa.  Walaupun di pekan kita melihat rumah mereka berkotak-kotak tetapi bukan diluar bandar.  Mereka memiliki lebih daripada bangalo mewah malah Villa yang tersangat indah.  



ZBA akan mengharungi laluan ini selama 6J dan mungkin banyak yang dapat dilahat dan diceritakan.  Negara membangun ini banyak memberi kesedaran bahawa apa yang ada diNegaraKu sebenarnya lebih kepada momokan sahaja tetapi tiada pada realiti.  Contoh penggunaan Bahasa Malaysia di papan tanda.  Berkokok siang dan malam tetapi bahasa-bahasa lain khususnya Bahasa Inggeris juga  yang diagungkan.  Ini tidak terjadi kepada Oman.  Mereka menggunakan Bahasa Kebangsaan mereka "Arab" dan semuanya dalam bahasa Arab.  Mereka ada jatidiri dengan bahasa ibunda mereka dan menterjemahkan dalam bentuk amalan.  Contoh, syarikat gergasi seperti, Toyota, Honda, Hunydai dan segalanya diterjemahkan kedalam bahasa Arab.  Kenapa mereka boleh lakukan kenapa tidak kita ?.  Persolan yang sukar dijawab dan diterjemahkan.
Dari Muscat sekarang kita melalui Barka laluan tepi pantai iaitu lebih kurang satu jam perjalanan.  Apa yang kita dapat lihat ialah kawasan penempatan dan perdagangan.  Manakala taman pula ialah pepohon tamar dan tanaman kontan sampingan.  Tiada kelihatan aktiviti penternakan walau pun diluar sedikit dari laluan ini terdapat kawasan gurun yang sesuai untuk ternakan.  


Barka terus keutara Al-Kaburah, Subar dan Shina sebelum kita menghampiri sempadan UAE dan Oman dimana terletaknya sebuah bandar bernama Hatta.  Lanskap semakin keutara semakin berubah.  Jika tadinya dikiri kanan jalan ditumbuhi tumbuhan hijau seperti pepohon mangga, jagung, pisang, tamar dan sebagainya  dan kini bertukar kepada kawasan gurun yang cuma ditumbuhi pepohon kering gurun.  Dari gurun kini memasuki kawasan bukit yang berbatu pejal dimana-mana.  Cuaca semakin panas dan jam menunjukan 0900 pagi tetapi matahari seolah-olah jam 1200 tengahari.   Kami singgah di Imigresen Oman untuk urusan Imigresen selama 45 minit sebelum meneruskan perjalanan  kesempadan UAE.  Pembaca diingatkan tidak mengambil gambar disekitar pusat Imigresen.


Jarak diatara Imigresen Oman dan UAE ialah sekitar 15m perjalanan.  Sempadan kedua negara ini walaupun bergunung ganang tetapi masih dipagari dengan kemas.  Walau pun begitu,  raayat  dari kedua-dua  negara yang  berbedza ini,  mereka bebas keluar masuk hanya dengan menggunakan IC negara masing-masing dan tidak payah menggunakan Passport Antarabangsa.  (Mereka terikat dengan Peraturan Negara-Negara Teluk GGC) .  Begitu juga dengan keselamatan.  Kawalan keluar masuk sempadan adalah longgar jika dibandingkan dengan negara-negara ASEAN.


Jam 10.00am, ZBA memasuki UAE melalui bandar sempadan Hatta.  Sebuah bandar perkampungan kecil terletak dilembah yang subur.  Sekali lagi kami dikehendaki turun dan membuat urusan Imigresen dengan pihak berkuasa UAE.   Hanya dengan senyuman dan sekeping passport ditangan. Proses berjalan lancar dalam masa kurang daripada 5 minit untuk mendapatkan VOA  percuma dan "Thank you" untuk membolehkan kita  tinggal di UAE selama sebulan.  
Setengah perjalanan berlalu.  Kini selepas pemeriksaan kastam kami dibenarkan berlepas menuju Dubai.  Keadaan seolah-olah berada didataran Tibet.  Kawasan bergunung-ganang dengan cuaca amat panas tetapi tidaklah berada diketinggian seperti di Tibet.   Jalan raya yang cantik membelah kawasan pergunungan menuju bandar Metropolitan Dubai.  Disini ZBA sertakan gambar-gambar untuk pembaca melihat keadaan sebenarnya.

Pemandangan sepanjang perjalanan dari Bandar Sempadan Hatta menuju Dubai

  

 Selepas kawasan pergunungan kini melewati kawasan Padang Pasir dengan aktiviti ternakan Unta
 Kawasan Gurun Padang Pasir bewarna merah untuk aktiviti "Safari dan Desart Camping"






Red Sand akan berterbangan ditiup angin dan menyebabkan kawasan gurun berdebu dan kabus dan amat berbahaya kepada pengguna  jalan raya.
Peniaga ditepian Jalanraya khususnya dibandar-bandar kecil sepanjang perjalanan memasuki UAE daripada Bandar Sempadan Hatta.
Hakikatnya bukan 6J perjalanan yang kami tempuh daripada Muscat ke Dubai.  Masa sebenarnya ialah melebihi 7J diperjalanan termasuk urusan Imigresen.  Oleh yang demikian jangan percaya mana-mana company pengangkutan yang menjanjikan dua destinasi ini mengambil masa 6J.  

Dari segi keselamatan tidak menjadi masalah kepada mana-mana nasionalitis.  Urusan pihak berkuasa kedua-dua negara juga amat efisyen dan bertanggungjawab.  Dalam ertikata lain dengan senyuman dan thank you, para pengembara akan disambut sebagai tetamu mereka pada bila-bila masa.

Catatan berahir dan kami sambai di Dubai dan menyambut kedatangan ZBA ialah sebuah Restorant Pakistani dengan Nasi Briayani Kambing.  Alhamdulillah.
  
WELLCOME TO DUBAI
http://www.zainaltobiaktravel.blogspot.com