Sunday, December 8, 2024

BARATANG ISLAND ANDAMAN

       Baratang Island, Andaman & Nicobar.  Sebuah pulau yang menyimpan khazanah kecantikan tersendiri.  Terletak 300km ke Utara Port Blair.  Mungkin diantara kita tidak pernah mendengar nama malah lebih-lebih lagi mengunjungi daerah tersebut.
    Walau pun sebuah daerah kecil tetapi saya diketemukan dengan sebuah Masjid yang menandakan didaerah ini terdapat komuniti Islam.  
        Semua kenderaan yang hendak ke utara akan  melintasi penempatan Suku Jarwa.  Tiada orang awam dibenarkan melintasi kawasan ini secara bersendirian yang jaraknya 55km daripada pos kawalan keselamatan dan mengambil masa 1J30M.  Kawasan ini diklafikasikan sebagai hutan simpanan dan kawasan larangan kepada semua orang awam.   Setiap hari terdapat 4 konvoi yang  diescort oleh pasukan keselamatan daripada kedua-dua arah.  Arah daripada Port Blair dibuka seawal jam 6 pagi.  

    Kami bertolak daripada Port Blair seawal jam 03.15am dan sampai di pos kawalan  yang jauhnya 45km sekitar jam 04.00am.  Walau pun begitu ada kenderaan yang terdahulu telah berbaris panjang di sepanjang jalan.  Sementara menunggu jam 06.00am dianggarkan kenderaan telah mencapai 2km dibelakang.
    Disni disediakan kemudahan tandas awam dan gerai-gerai jualan untuk minum pagi.  Kerana selepas memasuki kawasan Suku Jarwa kenderaan tidak dibenarkan berhenti samaada ada untuk membuang air atau dalam keadaan sekali pun.  
(Sabar menanti di Pos Kawalan Keselamatan)

(Jetty sebelum memasuki Baratang Island.  Kawasan terahir selepas melintasi kawasan Jarwa Tribal)

    Sebaik melepasi kawasan Jarwa Tribal kami menaiki ferry menyeberangi ke Baratang Island.  Perjalanan 30m dengan ferry usang yang memuatkan beberapa kenderaan dan penumpang.  Sesampai diseberang terus menaiki bot ke Baratang Cave selama 45 minit.




Wednesday, December 4, 2024

ANDAMAN & NICOBAR ISLANDS

    
    Sabar menanti.  Perancangan lebih sepuluh tahun gara-gara mencari laluan pendek dan murah.  Andaman dan Nicobar Islands terletak di tengah-tengan lautan Hindi yang jauh daripada daratan.  Di utara ialah Myanmar, di Timur ialah Thailand dan diselatan ialah Indonesia.  

    Mempunyai penduduk sekitar 40K yang berasal daripada keturunan  Mangali.  Mempuyai 4 Tribal dikenali sebagai Jarawa,  Andamanesi, Onge dan Sentinelese.

    Populasi Jarawa dianggarkan sekitar 100 orang.  Mereka ini menghuni kawasan Baratang dan kelihatan lebih modern.  Mereka boleh dilihat ditepian jalan daripada Port Blair menuju keutara. Manakala yang lain-lainnya tidak diketahui.  Diantara 4 Tribal ini, Sentenelesi dikatakan ganas dan mereka tinggal dipulau terpencil berasingan yang terpencil.

    

Tanggal 24 November 24 merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh pengembara yang ingin ke Andaman & Nicobar Islands.  Air Asia dengan bangganya telah melancarkan penerbangan sulung Antarabangsa ke Port Blair.  Selama ini pengembara hanya menggunakan penerbangan domestik daripada Kolkata dan Chennai ke Port Blair.

    Penerbangan sulung AirAsia dengan Kod AK55 mendarat dengan selamat di Port Blair tepat jam 10.45 pagi waktu tempatan.  Penerbangan mengambil masa 2J10M daripada Kuala Lumpur dengan kapasiti 85% penumpang.  Diberi mandian "Selamat Datang" tradisi airlines dan  upacara selamat datang  yang meriah di terminal.

Aou Malaysian Firsdt Group Arriving Port Blair
     (Our Malaysian First Group Arriving Port Blair by AirAsia)
       Ini adalah trip saya yang ke 8 memasuki India.  Kebiasaannya Imigresen India amat effision dalam mengendalikan kedatangan penumpang dimana-mana lapangan terbang.  Tapi kali ini amat berbedza sekali dimana mereka mengambil masa lebih dua jam mengendalikan lebih kurang 150 orang penumpang dalam penerbangan sulung antarabangsa.  Sepintas lalu terdapat 8 counter imigresen beroperasi tetapi kegagalam sistem computer nampak perlahan dan seorang penumpang mengambil masa 5 ke 10 minit untuk melepasi kaunter imigresen.  Walau bagaimanapun semasa pulang didapati operasi berjalan lancar dan memudahkan.

Saya menempa penginapan di daerah elit berdekatan laut di Port Blair.  Terletak diatas sebuah bukit dan restorant ditingkat atas dan mengadap laut.  


        Selepas makan tengahari, sajian masakan ala India saya mengunjungi Cellular Jail yang terletak sekitar 2km daripada hotel.  Sedikit tentang masakan ala India di Andaman.  Makanan tiada banyak perbezaan dengan masakan India ditanah besar India.  Ayam dikatakan halal dan restoran mereka bersih daripada unsur-unsur "Kehinduan" sebagaimana terdapat di Malaysia.  Tiada dipamirkan dengan gambar-gambart patung keagamaan yang biasa kita dapati apabila mengunjungi premis-premis kepunyaan orang-orang India.
Manakala kuil-kuil India pula jarang kita dapati kecuali di Neil Island terdapat sedikit perbezaan.  Walau bagaimana pun premis-premis makanan mereka bebas daripada kehinduan yang saya maksudkan.



    1km daripada hotel kami menginap terdapat sebuah Masjid Jamee Port Blain menandakan kehadiran Islam sejak lama di Andaman & Nicobar Island.

        Cellular Jail.  Sebuah pusat tahanan zaman Colonial British yang masih kekal sehingga kini.  Menempatkan tahanan daripada pelbagai katogari kesalahan yang dilakukan.  Mereka majoroti didatangkan daripada seluruh India untuk menerima hukuman setimpal dengan kesalahan masing-masing setelah dijatuhkan hukuman oleh pihak Colonial. Terdapat lebih kurang 600 sel tahanan yang masih utuh dan dipelihara sebagai muzium untuk tontotan jenerasi tentang kekejaman colonial keatas menyarakat India.


(Lubang kecil yang digunakan untuk memasuki sesuatu kepada banduan.  Tiada kemudahan tandas disediakan).


        Dipintu masuk Cellular Jail terdapat sebuah bangunan yang sekarang ini dijadikan Muzium untuk kita melihat kesan daripada kekejaman manusia kepada manusia yang lain.
    Pada setiap malam hari diadakan pertunjukan secara simbolik bagi mengenang peristiwa dimana kekejaman dan deraan yang dilakukan kepada  banduan-banduan. Dinamakan sebagai "Sound & Light Show" Pertunjukan ini diadakan dalam dua bahasa selama lebih kurang 45 minit..  Hindi dan Inggeris.  Amat menyentuh hati betapa kejamnya pihak colonial yang menjajah sesebuah negara.  Pada pandangan saya ini bukan sahaja terjadi di India malah seluruh tanah jajahan British ketika itu.
(Semasa pertunjukan "Sound & Light Show" gambar dipancarkan ke dua bangunan perjara dihadapan).

        Kita terkesan dengan gema dan suara yang dipaparkan.  Kejam, zalim, tidak berhati perut.  Sudah lah datang sebagai penjajah.  Menindas dan mengaut semua khazanah sesebuah negara malah bertindak diluar tabii kemanusiaan.  
        Diselang seli dengan laungan tahanan,  dipaparkan juga "Sikitol" yang menjadi tali barut kepada penjajah.  Mereka tidak mempunyai peri kemanusian langsung kepada sesama insan senegara.  Dan mereka ini ada dimana-mana.  Termasukan lah di Malaya satu ketika dulu.  
        Celullar Jail mencerikan segala-galanya tentang sikap penjajah dan Sikitol serta tahanan-tahanan yang diperjarakan di Cellular Jail.  Semuga sejarah ini menjadi iktibar bahawa kekejaman dan penindasan akan berlaku dalam ketamakan manusia mengejar sesuatu.
        Besoknya seawal jam 03.00am kami akan bertolak ke Baratang Island.  Terletak 300km daripada Port Blair ke Utara.

    WELLCOME TO BARATANG ISLAND