Terima kasih Air Asia kerana masih berkesinambungan menghubungkan Kuala Lumpur dengan bumi Makassar. Walau pun harga tidak lagi semurah dua kali menjejaki bumi Makassar sebelum ini. Raayat kedua destinasi masih boleh berhubungan dan berintegrasi dengan adanya penerbangan murah kesana.
Hari ini 16 August 2023. Semalaman berkampung di KLIA2 gara-gara penerbangan awal pagi ke Makassar. Cuaca cerah dan flight berlepas mengikut jadual. Bagi ZBA tidaklah terkesan sangat kerana pernah dua kali menjejakan kaki ke Pulau Sulawesi.
Penerbangan 3J tenang dengan cuaca yang baik serta layanan mesra anak-anak kapal. Cuma sedikit terbulance ketika hendak mendarat di Lapangan terbang Ujung Pandang. Pesawat mendarat dengan selamat pada jam 10.30 pagi waktu tempatan. Cuaca agak panas jika dibandingkan dengan Kuala Lumpur.
Hasanuddin International Airport Ujung Pandang, terletak 28km daripada Ibu Kota Makassar. Sebuah lapangan terbang yang agak sibok di Indonesia. Keadaanya tidak banyak berubah daripada kunjungan ZBA sebelun ini.. Tiada aerobridge kerana kegunaannya amat terhad kepada penerbangan antarabangsa sahaja. Pesawat diletakan agak jauh daripada terminal dan para penumpang diangkut dengan menggunakan bas ke terminal utama.
Didalam terminal ketibaan agak usang dengan empat kaunter Imigresen dibuka. Sekitar 200 penumpang sabar menanti giliran. Petugas agak teliti dengan setiap kemasukan. Sekurang kurangnya 5-10 minit bagi setiap orang. Bayangkan jika 200 penumpang berbaris dalam suasana yang tidak selesa, berapa lama mereka harus menunggu.
30 minit kemudian tiba giliran kami. Pelbagai soalan ditanya. Kemana dan hendak kemana dan berapa lama ingin berada di Indonesia. Semua document perjalanan perlu ditunjukan sebagai bukti. ZBA mengambil langkah drastik dan terus ke kaunter untuk memberi bantuan kepada rakan-rakan yang yang lain. Setelah ZBA memberi penerangan yang meyakinkan, proses bagi kekawan yang lain menjadi mudah dan tidak sampai 10 minit kami semua telah berada di kaunter kastam.
Lagi satu persoalan disini. Walaupun borang decleration telah diisi semasa dalam pesawat tetapi tidak digunapakai dan kita disuruh untuk mengisi dalam talian dan screen shoot untuk discan di kaunter kastam. Bagus tetapi menyusahkan dan kami menghabiskan masa hampir 45 minit untuk urusan ini sahaja. Jadi saya ingatkan disini, kepada sesiapa yang hendak ke Indonesia, pastikan borang decleration dibuat dalam talian untuk kemasukan yang cepat dan tidak perlu menunggu lama.
Hasanuddin International Airport ketika ini dalam pembinaan terminal baru. Jadi sepintas lalu di Balai Ketibaan tidak banyak perubahan daripada masa ketibaan ZBA 13 tahun yang lalu. Kesesakan diluar terminal ketibaan dengan ulat-ulat tranportasi adalah satu perkara biasa di Indonesia.
Terdapat pelbagai transpotasi untuk ke Makassar. Pilihan kami ialah dengan perkhidmatan bas Damri yang murah jika bersaorangan,berdua atau bertiga. Jika lebih, pengangkutan teksi lebih murah dan selesa. Tambang bas Damri ialah INR 40,000 seorang (Chiken Bus). Masa hampir satu jam dan bergantung kepada kesesakan untuk ke Makassar yang jaraknya 28km. Sila pilih laluan bas yang betul ke destinasi hotel anda sebab Damri ke Makassar mempunyai dua jalur, 1 dan 2.
Teksi pula lebih cepat dan bolih memilih untuk jalan biasa atau jalan bertol. Jalan biasa INR 160,000 dan jalan bertol tambahan INR 20,000 untuk sebuah taksi berkapasiti 4 penumpang.
Makassar terletak di Teluk Makassar merupakan sebuah kota yang bersih. Reclaiming Land digunakan sebagai tempat riadah dan sekarang dibangunkan sebagai pusat commersial.
ZBA hanya semalaman sahaja disini dan akan kembali lagi selepas membuat kunjungan ke Raja Ampat, Sorong. Ini merupakan transit untuk penerbangan awal pagi ke Sorong, Papua Barat. Kami menginap di Makassar Golden Hotel ditengah tengah kota di dipesisir pantai Losari.
Dimiliki oleh pemilik persaorangan dan berbayar |
Nothing is free. All must Paid. |
Kulit sejenis kerang laut dan satu hidangan boleh dimakan oleh 4 orang. |
Cantik dan disini terbinanya ketenangan. Ini sahaja dikesempatan masa yang sempat ZBA kongsi bersama setakat ini. Besok diawal pagi tujuan sebenar kami ialah ke Raja Ampat, Sorong di Papua Barat. |
No comments:
Post a Comment