Berangkat diawal pagi dengan penerbangan Malindo Air menuju Don Mueang. Sarapan merangkap makan tengahari di Food Court antara terminal Antarabangsa dan Domestik Don Mueang. Untuk makluman, sekarang cuma terdapat satu sahaja kedai makanan "Halal" disini sedangkan sebelumnya ada tiga dan lebih Restoran Muslim.
Walau bagaimana pun di Lantai 2 diatas bersebelahan dengan check in counter antarabangsa ada lagi satu Restoran Muslim yang makanannya lebih sedap daripada didalam food court. Satu lagi ialah di departure hall antarabangsa berhadapan gate 23. Jadi kepada pembaca yang terlambat tidak perlu terburu-buru untuk mendapatkan makanan sebelum berlepas.
Sebenarnya terdapat berbagai cara untuk pembaca mengunjungi Ayuthaya. Keretapi, bus dan perkhidmatan teksi serta van disediakan. Terpulang kepada budget masing-masing Tetapi jika pembaca datang melalui penerbangan ke Don Muang, kaedah paling senang murah dan cepat ialah dengan menaiki keretapi. Tambang cuma THB 11 bersamaan lebih kurang RM 1.50. Keretapi menuju Ayuthaya bermula daripada Stesen Hua Lampung dengan kekerapan antara 1 jam sekali mengikut waktu-waktu tertentu. Untuk makluman semua keretapi laluan ke utara Thailand akan melintasi stesen Ayuthaya. Jarak perjalanan sekitar satu jam daripada Don Muang.
Sesampai di Ayuthaya pembaca dinasihatkan agar memilih hotel-hotel yang berdekatan dengan stesen keretapi. Kebanyakan hotel-hotel berkenaan adalah bertaraf antarabangsa dan terletak dipinggiran sungai. Manakala yang ingin terus ke Stesen Bas mereka boleh sahaja keluar daripada stesen keretapi melintasi jalan besar dan berjalan 100 meter kejeti boat penambang. Perjalanan sehala dikenakan tambang THB 10 seorang. Kekerapan boat pula setiap 15 minit. Kemudian berjalan 150 meter kehadapan pembaca akan menemui stesen bas disebelah kanan jalan selepas pasar.

No comments:
Post a Comment