Thursday, October 4, 2018

THAILAND BACK TO NATURE




Kenangan silam 47 tahun yang lalu.  Kita pertama kali membuat pengembaraan secara solo dalam usia 15 tahun.  Kalau dulu bermula daripada Rantau Panjang melalui Sungai Kolok ke Yala dan Hadyai dan kembali melalui Padang Basar.   Manakala kali ini ZBA memilih laluan bertentangan daripada  Anak Bukit ke Padang Besar, Hadyai, Yala, Pattani dan Narathiwat dan kembali.
Ketika itu Padang Besar merupakan satu-satunya laluan utama yang menghubungkan jalan darat antara Malaysia dan Thailand.
Thailand Railways
Pengekalan Tulisan Jawi tetap jitu
Kini kita mempunyai empat pintu masuk.  Bukit Kayu Hitam (BKH Danok),  Durian Burung, Padang Besar dan Wang Kelian.  Jadi pembaca bolih memilah antara salah satunya untuk memasuki Thailand daripada Malaysia.  Perlu diingat diantara pintu-pintu masuk tersebut waktu beroperasi adalah berlainan.  BKH sebagai pintu utama dibuka mulai 0400am sehingga 00.01am.  Manakala bagi tiga yang lain pembaca boleh merujuk kepada pihak yang berwajib.  Perlu diingat catatan ini ada mengikut waktu tempatan Malaysia.  Waktu tempatan Thailand adalah 1 jam lebih lambat daripada Malaysia.
Commuter Trains Service
Bermula seawal pagi  daripada stesyen keretapi Anak Bukit dengan tambang Warga Intan RM 2.60 menuju Padang Besar bagi perjalanan 35 minit yang lancar.
Antik !
Daripada Padang Besar pembaca boleh memilih pengangkutan seperti bas, van, keretapi, teksi, kereta sewa dan pelbagai mengikut keselesaan masing-masing untuk meneruskan perjalanan ke Hadyai.  Biasanya dengan jarak 60km mengambil masa sekitar 1jam. 
Cara paling mudah ialah dengan Van 12 penumpang daripada Padang Besar terus ke Hadyai.  Tambang yang dikenakan ialah RM 20.00 seorang. Keistimewaan Van ini ialah mereka memberi perkhidmatan pintu ke pintu hotel.   Atau dengan Keretapi kelas 3 dengan tambang 50B seorang.  Jadual keretapi disertakan.

Cara ketiga.  Murah dan selisa.  Sama juga dengan Van 12 penumpang.  Tetapi ini adalah pengangkutan ulang alik Hadyai - Padang Besar daripada wilayah Thailand.  Jadual perjalanan setiap 30m satu dengan tambang 50B seorang. Tetapi ada sedikit masalah kalau pembaca yang kurang mahir dengan  disekitar Hadyai kerana jarak perhentian dengan pusat commersial adalah dalam lingkungan 2km dimana perkhidmatan tuk-tuk untuk sampai kedestinasi (Hotel) .  Biasanya mereka mengenakan tambang sekitar 30B bagi sebuah tuk-tuk.
Bagaimana memudahkan pejalan kaki menyeberangi Stesyen Keretapi Padang Besar keThailand.  
Selepas turun daripada keretapi pembaca dikehendaki naik keatas platform dan belok kekiri mengarah kepada pekan kecil Padang Besar lebih kurang 100 meter.  Disana ada kounter Imigrasi dan setelah  selesai urusan imigrasi dan kastam tidak perlu menggunakan perkhidmatan motosikal yang mengenakan charge melampau RM 10.00 untuk ke Imigrasi Thailand.  Sebab jarak antara keduanya cuma 150 meter dan memadai berjalan kaki sekitar 5 minit.  Keselamatan terjamin cuma agak terlindung sedikit  dan agak samar-samar jika pada malam hari.
Selesai urusan Imigrasi Thailand, keluar 10 meter dihadapan dan pembaca akan nampak jalan besar dan disana perkhidmatan van ulang alik beroperasi.
Thai Railways Hadyai to Sungai Kolok
Daripada  Padang Besar ZBA menaiki train  ke Hadyai.  Dari Hadyai ke Yala.  Tambang sehala Hadyai - Yala 30B  Kelas 3 dengan keretapi "Kerusi Kayu".  Antik dan masih dikekalkan sehingga sekarang  selepas 47 tahun ZBA menaiki koc yang hampir sama dahulu.   Walau bagaimana pun kelancaran dilandasan dan kelajuan jauh lebih baik mungkin sekitar 120kmj.  Perkhimatan ulang alik Pattalung - Sunai Kolok ini beroperasi setiap hari dengan kapasiti penumpang yang agak ramai dengan tujuan dan destinasi masing-masing.
Peniaga Jalanan
Bagi destinasi ini keretapi mengambil masa hampir 3 jam dengan melalui kawasan perkampungan, sawah padi, kelapa sawit, getah dan sebagainya.  Keadaan ini  tidak ubah sebagaimana Negeri Kedah dizaman tahun 1960an.  Ramai dikalangan penumpang adalah daripada kalangan kanak-kanak sekolah, petani dan orang kampung yang terdiri daripada peniaga-peniaga kecil.  Jarang kita temui pelancung di Selatan Thai.
Satu penghomatan dan kebanggaan Umat Islam di SelatanThai
Majority apa yang ZBA lihat 75 peratus daripada penumpang adalah orang-orang Islam termasuk juga kanank-kanak sekolah.  Mereka bertutur dalam Bahasa Malaysia yang mudah difahami dan majority wanita mereka adalah bertudung.  Manakala kaum lelaki pula sisonim dengan berkopiah putih dikepala.  Mereka hidup aman damai dan hormoni sungguhpun berada dinegara yang majority berugama Buddha.  
Yala Stesyen  September 2018
Sebagaimana pembaca sedia maklum Selatan Thai adalah didominisasi oleh orang-orang Islam sejak turun temurun dan masih mengekalkan budaya Melayu Islam sehingga kini.  Tulisan Jawi masih kekal dimana-mana dan juga Bahasa Melayu kekal sebagai bahasa kedua selepas Bahasa Thai.  Mereka amat peramah dan tidak ubah sebagaimana masyarakat Melayu di Malaysia.
Banyak kisah menyayat hati tentang tekanan poitik yang mereka hadapi.  Tapi dewasa ini agak berubah mengikut peredaran masa.  Jadi jika kita tidak bersama mereka kita tidak akan mengetahui keadaan sebenar.
Demi keselamatan para penumpang, pembaca jangan terkejut kerana bagi laluan keretapi Selatan Thai ada saja petugas keselamatan didalam keretapi.  Mereka terdiri daripada Polis, Militari dan sebagainya.  Setiap 45 minit mereka akan membuat rondaan antara satu koc ke satu koc.  Ada juga penumpang yang diperiksa kad pengenalan dan direkodkan.  Manakala di setiap stesen keretapi juga dikawal selia oleh petugas keselamatan yang bersenjata tempur.  Tapi bagi ZBA tidak nampak sebarang gangguan keselamatan kecuali langkah berjaga-jaga.  Keseluruhan SelatanThai adalah kawasan paling selamat untuk dikunjungi bagi mana-mana pelancung asing.
Yala Thailand 2018

Yala. Antara bandar terbesar di Selatan Thai selepas Hadyai.  Bandar majoriti berpenduduk Islam.  Di kategorikan sebagai bandar paling bersih di Thailand.  Hakikatnya diakui selepas ZBA menjelajah bandar ini dan melihat sendiri akan kecantikan dan kebersihanya selepas mengenang kembali seluruh bandar-bandar di Thailand yang pernah ZBA lawati sebelum ini.  Tahniah !
Yala Central Mosque







Masjid Jame Yala tersergam indah melambangkan kehebatan Islam terpelihara baik di Yala.  
Daripada Yala ZBA meneruskan perjalanan dengan keretapi ke Tanyong Stesen untuk tujuan ke Narathiwat. Diluar stesen sedia menanti perkhidmatan van ulang alik ke Narathiwat (THB50) sekitar 35 minit. Jarak perjalanan dengan kenderaan daripada Yala ke Narathiwat
ialah lebih kurang 65km melalui jalan persekutuan. Narathiwat secara umumnya ialah sebuah bandar pentadbiran di selatan dan juga menempatkan perkampungan nelayan.  Majoriti penduduk adalah berbangsa Melayu Patani dan bertutur dalam Bahasa Melayu dailek tempatan.  Berugama Islam dan terdapat banyak masjid-masjid lama menggambarkan mereka telah lama bertapak dan menghuni daerah Narathiwat.


ZBA first visits is the site of the oldest mosque (more than 300 years old) and among one of the oldest in Southeast Asia. The mosque is known to the locals as Wadi Al-Hussein Mosque or Telok Manok Mosque .  The mosque was built in 1634 by the Muslim community of that period led by their imam and teacher Wan Hussein Al-Sanawi.
Tuan Iman yang merupakan warisan dari keturunan sebelumnya
The mosque is located about 3km off the Route 42 in Saiburi district. Here is a photo of the signboards leading to the mosque.
The mosque was built with wood from the hummingbird trees and the Malabar ironwood trees. Not a single nail were used to construct the mosque. Instead wedges were used to hold the woods together.
There are two sections of the mosque. The smaller portion is the mihrab (where the pulpit is placed). The mihrab has three layers of roofs, which support a Chinese style minaret. The larger portion is the balai or prayer hall.
The mosque is surrounded by village houses. One of these houses, about 20m  from the mosque is probably aged more than 50 years, it maybe  more. The village is located along a small stream or "anak sungai", which is probably main water supply to irrigate the paddy fields nearby.
Our brief visit to Wadi Al-Hussein was indeed a fulfilling one. In the Wadi and the Masjid of Telok Manok, lay the evidences that the Malay Muslim culture was deeply rooted in the Southern of Thailand for hundreds of years, way before the birth of the modern nation state of Thailand.
Apa yang menarik di Narathiwat ialah makanan lebih-lebih lagi seafood.  Kebetulan jika musim buah-buahan,  kepada penggemar durian dan buah-buahan lain, mereka boleh menikmati  dengan harga yang amat murah.
Sering orang mempertikaikan tentang keselamatan ketika berada didaerah ini.  Dari pembacaan dan pengalaman sendiri, Daerah Selatan Thai adalah selamat untuk dikunjungi. Malah tiada masalah jika pembaca ingin membawa kenderaan sendiri dari mana-mana pintu masuk yang dibenarkan.
Trip ini ZBA mengambil masa kurang dari dua minggu dan amat bermanfaat sekali untuk meninju kehidupan Masyarakat Islam seagama yang dikatakan terpinggir di bumi sendiri. 


 (Thaiนราธิวาสpronounced [nā.rāː.tʰí.wâːt])

No comments:

Post a Comment