Saturday, July 28, 2018

TAK BAI PAI THIEW




Sejak sekian lama ZBA tidak melewati Pantai Timur Semenanjung.  Kali ini diikesempatan yang ada dalam rangka lawatan kali ke 3 mengelilingi Semenanjung Malaysia sempat juga singgah di pekan kecil ini.  Tak Bai pekan kecil diseberang Thailand.

Bermula daripada Alor Setar menuju Sungai Petani, Baling dan terus memasuki Lebuh Raya Timur Barat menuju Jeli, Pasir Mas dan Kota Bharu.  Perjalanan petang dengan cuaca yang mendung tidak terasa yang cuma mengambil masa 4J30M.  
LRTB masih dalam kondisi yang baik dan selamat.  Sempena musim buah-buahan di Kedah, raja buah, durian terdapat disepanjang perjalanan.  Tapi harga pada masa ini masih agak mahal dan purata RM 8.00 kg.  Rambutan, dokong, manggis juga mula masak dan dijual ditepi-tepi jalan.
Memasuki pekan kecil Jeli di Kelantan.  Suasana agak sama sebagaimana masa dalam perjalanan di Kedah.  Apa pun keadaan pekan kecil Jeli telah banyak berubah dengan pembangunan serba baru.  Kehidupan penduduk telah banyak berubah sesuai dengan peredaran semasa dalam sisio ekonomi setempat. Keadaan ini berlarutan sehinggalah memasuki pekan Pasir Mas.  Sebuah pekan yang terletak 30minit perjalanan daripada Kota Bharu.

Pasir Mas.  Sebuah pekan yang terletak bersebelahan Sungai Kelantan mempunyai sejarah dan nama yang tersendiri.  Kemasyuran Pasir Mas bukan kerana emas tetapi kerana kecantikan gadis-gadis tempatan.  Memang telah lama diperkatakan tentang perkara ini.  Penduduk Pas Mas dikatakan mempunyai kacukan dengan darah daripada keturunan Siam (Thailand) sejah berabad lamanya.  Mungkin ini secara kebetulan dan bukan fakta yang boleh dijadikan sebagai asas sejarah itu sendiri.
Bertolak keluar daripada Pasir Mas dan sebelum menyusuri jambatan ke Kota Bharu terdapat sebuah Masjid yang pada pandangan ZBA antara yang tercantik di Kelantan. 
Daripada Pasir Mas ZBA menuju Tumpat dan seterusnya  Tak Bai. Secara keseluruhan Kelantan telah mengalami pembangunan yang pesat seiring dengan negeri-negeri lain di Semenajung.  Rumah-rumah batu tersergam indah dan cantik.  Walau bagaimana pun masih ada yang kurang bernasib baik  dan membelakangkan arus pembangunan sedia ada.
Tak Bai.  Sebuah pekan kecil dua budaya.  Budaya Melayu dan Budaya Thai.  Dipisahkan dengan Sungai Golok diantara Thailand dan Malaysia. 

 

No comments:

Post a Comment