Friday, May 26, 2017
Tuesday, May 9, 2017
HAWAI'I ISLANDS
Osaka International Airport |
Maka timbul rasa kegembiraan semula dikalangan pengembara. Berita ini ditambah lagi dengan kelulusan hak pendaratan Air Asia X yang mengembangkan sayapnya ke Hawaii. Tahniah Mr Tony. ZBA mendapat offer terbaik dengan RM 930.00 tiket penerbangan ulang alik ke Hawaii. Tiket termurah didunia. Penerbangan 28 jam pergi balik dengan persinggahan di Osaka, Japan menuju Hawaii di tengah-tengah Lautan Pasifik.
Igauan pertama masih bermain dikepala. Bagaimana pula untuk mendapatkan visa ke US. Satu persoalan yang sukar diberi jawapan. Untung sabut timbul tapi kalau untung batu tenggelam. Tiket penerbangan RM 930.00 dan bayaran Visa RM 720.00 bakal terbang jikaVisa tidak diluluskan.
Ramai yang pening kepala memikirkan tentang masalah ini. Khususnya bertambah fobia bagi mereka-mereka yang pernah ke Iran dan mempunyai stamping negara tersebut. ZBA juga dulu pernah memikirkan benda yang sama. Mana mungkin
Pakistan Visa dan stamping yang tertera memungkinkan ZBA boleh mendapatkan visa trasit ke US dalam perjalanan ke Amerika Latin melalui New York dan Miami. Alhamdulillah, tanpa persoalan visa transit diluluskan dan masih sedia digunakan sehingga 2019. Kini stamping Iran pula tertera dengan gahnya dibuku merah kesayangan.
Tarikh temuduga juga atas pilihan sendiri. Amat mudah jika kita mengikuti peraturan semasa temuduga. Paling lama proses mengambil masa sekitar satu jam. ZBA memilih jam 08.30am dan beratur dalam masa tidak lebih 10 minit. Memasuki kaunter dan ditanya 3 soalan cepu emas dalam masa kurang 5 minit selesai.
Jam 2 petang penerbangan AA pesawat Airbus 330-300 bermula daripada KLIA2 menuju Osaka. Cuaca agak terang dan penerbangan 6J30 minit ke Osaka berjalan dengan baik dan selamat mendarat jam 1900. 4j transit memberi peluang kepada penumpang untuk melayani internet percuma yang serba lancar di Osaka.
Angkatan Mr Tony dengan bangganya di Honolulu HNL, Hawaii |
Aloha !, aloha ! mengambut ketibaan para penumpang dengan tiupan angin kencang diluar bangunan terminal. Semua penumpang berjalan keluar kearah terminal utama yang dianggarkan 700m daripada Gate 28 dimana pemeriksaan imigrasi dan kastam bagi semua penumpang keluar masuk lapangan terbang HNL.
Peringatan. Kepada para pembaca yang ingin mengunjungi Hawaii adalah diasihatkan membuat deklarasi diborang kastam yang disediakan tanpa gagal keatas semua barangan yang hendak dibawa masuk. Kegagalan berbuat demikian jika tertangkap, penalti USD1,000 akan dikenakan. Juga dimaklumkan barangan berunsur penternakan dan pertanian tidak dibenarkan dibawa masuk ke Hawaii.
hati berkata-kata. Silap-silap pilihan dan haribulan takut-takut banyak soalan yang ditanya dan jika nasib tidak menyebelahi kita, tahanan sementara dan soal siasat akan dikenakan khas kepada pelawat Muslim yang khususnya diawal dan penghujung nama mereka sebagai "Muhammed". Jadi jalan terbaik bertawakkal dan mohon perlindungan daripadaNya.
disemak satu persatu. Tetiba, soalan pertama muncul. Apakah tujuan anda melawat Hawaii. Kedua, dengan siapa berapa lama akan menetap di Hawaii. Soalan kacang putih. Alhamdulillah selepas itu kedengaran boom !, menandakan bahawa passport kita telah diberi stamping tanda kelulusan. Dalam hati Alhamdulillah bersyukur kerana ini merupakan kali ke 3 ZBA diberi kesempatan untuk memasuki USA. Selepas itu ZBA tidak membuang masa terus bergegas turun kebawah untuk urusan begasi dan pemeriksaan kastam.
Di kaunter begasi, ZBA menunggu hampir 15 minit dan 2 sahabat daripada Malaysia berjaya melepasi pemeriksaan imigrasi manakala 1 lagi Singapore tersangkut dan ditahan untuk sessi soal siasat selama lebih satu jam atas sebab yang dinyatakan diatas. Oleh yang demikian, peringatan kepada pembaca sungguhpun kita berjaya memperolehi visa tetapi tidak bermakna kita senang untuk keluar masuk ke USA.
Bagi pembaca yang menggunakan kenderaan awam, banyak perkhidmatan alternatif disediakan untuk ke pusat bandar Waikiki. Satunya ialah perkhidmatan bus #19 dan #20 terus ke Waikiki Beach dan Hotels yang berdekatan yang mengambil masa 1j30m. Tambang yang dikenakan ialah USD 2.50 seorang dan dibayar terus melalui mesin bersebelahan pemandu dengan note kertas atau shiling. Tiada tunai dipulangkan jika pembaca tidak mempunyai pertukaran yang genap. Perlu diingat tiket berkenaan boleh digunapakai 3 kali dengan syarat tidak melewati masa yang ditetapkan. Kekerapan bus adalah setiap 20 ke 30 minit dan perhentian bus terdapat ditingkat satu berhadapan dengan departure hall.
Walau bagaimana pun didalam bus tercatat, penumpang tidak dibenarkan membawa baggage yang berlebihan. Kekadang ada pemandu yang bersimpati dan memberi kebenaran. Terpulang kepada budibicara bilamana kita berkumunikasi dengan mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)