Sunday, April 9, 2017

ZHANGJIAJIE GLASS BRIDGE

Mencipta rekod dunia sebagai jambatan kaca terpanjang dan tertinggi didunia setakat ini. (Zhangjiajie Grand Conyan Glass Bridge). Dibuka dengan rasminya pada Ogos 2016 bagi pengunjung yang ingin menikmati panaroma Zhangjiajia Grand Canyon. Permulaan operasi hanya 8,000 pengunjung sahaja dibenarkan pada satu-satu hari untuk menikmati keindahan kecantikan daripada jambatan ini.  Itu pun pelawat diingatkan agar mendapatkan tiket resevasi sebelum berkunjung kerana harapan untuk individu mendapatkan tiket adalah terlalu tipis khususnya dihari-hari cuti umum di China.
Catatan tentang Zhangjiajie Grand Canyon Glass Bridge.
Panjang   -   430 meters bersamaan 1410 kaki
Lebar  -   6 meters bersamaan 20 kaki
Tinggi   -   300 meters bersamaan 984 kaki
(Dikira daripada lantai jambatan ke jurang paling dalam)

Daripada maklumat petugas, setiap masa cuma 600 pengunjung sahaja dibenarkan berada diatas jambatan selama satu jam dan kebenaran keluar/masuk dikawal sepenuhnya. Pengunjung juga dikehendaki memakai kasut khas (Sarung kasut) yang disediakan dan dipulangkan dipintu keluar. Sabar menanti giliran adalah amalan yang mulia dan pembaca lebih dihormati.
 Demi keselamatan, jangan bersandar di railing, berlari atau melakukan aksi-aksi merbahaya semasa bergambar dan sebagainya.  
Bagi pengunjung yang mempunyai masalah kesihatan umpama darah tinggi, jantung atau takut kepada ketinggian, adalah dinasihatkan  bertenang dan berkeyakinan  yang mereka boleh mencapai impian yang dihajatkan

"Beg duit, talipon bimbit dan beg kecil yang bersesuaian dibenarkan dibawa masuk tetapi sebarang jenis camera, Ipad dan sebagainya diistilahkan sebagai barangan larangan. Pembaca dikehendaki bersedia dari awal tidak membawa barangan tersebut.  Perlu diingat memasuki Zhangjiajie Glass Bridge, pembaca tidak dibenarkan keluar sehinggalah membuat satu pusingan yang mengambil masa sekurang-kurangnya 3 jam dan keluar melalui arah yang berlainan dan tidak akan kembali lagi ke laluan masuk".

Jambatan ini merupakan satu yang unik dengan perkembangan teknologi terkini.  Satu idea yang baik dan bagus untuk menguji "keberanian dan kecekalan" sesaorang. Keseluruhan pengunjung kesini agak teruja untuk melihat dan mencuba sesuatu yang agak ganjil untuk dicuba.  Tidak kurang pula ramai yang gementar untuk meletakan kaki diatas kepingan kaca dengan pemandangan jurang 300m kebawah.  Dan macam-macam ragam manusia dapat dilihat diatas jambatan tersebut.
Bagi ZBA, tiada yang kelainan semasa melintasi Zhangjiajie Grand Conyan.  Tiada perasaan malah ibarat melintasi jambatan biasa sahaja.  Lain padang lain belalang, manakala lain orang lain pula perasaanya. Selamat mencuba buat semuanya.
Dimaklumkan diatas tiada laluan keluar selepas melintasi jambatan.  Episod kali ini ialah menuruni jurang 300m yang dimaksudkan dengan menuruni beratus-ratus anak tangga yang sempit diantara banjaran gunung kebawah. Ribuan manusia bertali arus. 
Bersama peminat dari China

Peringkat kedua kepada penurunan ini, pelawat  diberi kesempatan menggunakan "Gelungsur" untuk sampai kebawah. Pelawat dibekalkan dengan pelapik dibahagian ponggong dan sarung tangan. Menggelungsur didalam gelung yang jaraknya hampir 100m adalah saya satu kelainan sebagai alternatif yang cepat untuk sampai kebawah.  Dibawah mengalir sebuah anak sungai yang jernih dengan sebuah air terjun yang mendamaikan.

Sekarang kita berada di "Lantai" Grand Canyon.  300 meter diatas sana ialah Zhangjiajie Bridge.  Dari sini kita menghala keluar. Hanya satu laluan dan semua pengunjung menghala ke arah yang sama. Semua trek berada ditepi kiri sungai dan kita dapat menghayati kecantikan alam semula jadi yang tidak diterokai.  Air terjun disana sini dengan fauna dan flora yang cantik. 
Penghujung kepada laluan ini ialah sebuah gua yang dikenali sebagai "Pirate Cave".  Dari situ kita berpatah balik kebelakang dan trek kini berada di sebelah kanan sungai.  20 minit berjalan kita akan menemui sebuah tasik yang airnya membiru.  Kelihatan bot-bot penumpang berulang alik membawa pengunjung ke destinasi penamat dimana semua penumpang diangkut keluar menggunakan bas-bas pelancungan yang tersedia.
Keseluruhan tours ini mengambil masa lebih kurang 3 ke 4 jam. Satu jangkamasa yang cukup untuk kita menghayati kecantikan alam semulajadi Zhangjiajie Grand Canyon dari dekat.  
Bagi pengunjung yang kurang upaya dan berkemampuan, adalah dinasihatkan agar tidak mengambil risiko kerana tiada jalan mudah untuk meneruskan perjalanan trek ini.








WELLCOME TO ZHANGJIAJIE


STONE CITY WORLD HERITAGE

Stone forest (Shiling dalam bahasa China) World Heritage Side, Kunming memang terkenal dikalangan pelancung didalam dan diluar negara. Terletak 90km daripada pusat bandaraya Kunming. Terdapat perkhidmatan bas ulang alik

diantara Kunming East Coach Station dengan Shilin setiap 30 minit sekali. Bayaran satu hala perjalanan ialah CNY 34 seorang. Masa perjalanan ialah kurang lebih satu jam.  Tiket boleh dibeli di Coach Station dengan menunjukan passport bagi penumpang luar.
In China’s Yunnan Province is the famous stone topography of Shilin, meaning “stone forest.” Covering an area of three-hundred square kilometers (or 186 miles) the stone forest is a massive otherworldly landscape of karst formations over 270 million years old. Over the millennia seismic activity and water and wind erosion have carved the present-day limestone formations.
The giant stalagmite-like pillars create huge arrays of labyrinths that are easy to become lost in. Shillin is divided into many smaller stone forests and features caves, waterfalls, ponds, a lake with an island, and even an underground river. Two of the smaller individual stone forests, Naigu Stone Forest and Suogeyi Village, are a part of the South China Karst, a UNESCO World Heritage Site.
One of Shillin’s most famous attractions is the Ashima Stone, which legend says was formed after the beautiful Sani girl, Ashima, ran into the forest and was turned to stone after being forbidden to marry the man she loved. Every year on June 24 the local Sani people hold the time-honored Torch Festival at Shilin, which features many “traditional performances such as wrestling, bull fighting, pole-climbing, dragon-playing, lion-dancing, and the A-xi Moon Dance.

Dibuka setiap hari daripada jam 0800am - 1800pm. Bayaran masuk adalah bermusim dan harga menjadi mahal khususnya dihari-hari yang diistiharkan cuti umum di China. Entrance fees semasa ialah CNY 185 untuk seorang dan tambahan CNY 25 untuk pengangkutan buggy daripada pintu utama ke pintu masuk yang terletak 10 minit perjalanan.
Setiap pengunjung disyorkan berada disana sekurang-kurangnya 4 jam dan lebih.  Satu anugerah Allah yang unik dan wajar untuk dilawati.
SHILIN STONE FOREST