Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum,
 |
Pintu Gerbang dilaluan masuk dan 3 km dihadapan ialah makam Imam Al-Bukhari |
Dari sebutan nama, Imam Al-Bukhari ialah salah seorang periwayat Al-Hadith Nabi Muhammad SAW yang terkenal dalam Sejarah Islam sehingga kehari ini. Nama sebenar beliau ialah Abu Abdallah Muhammad ibn Ismail Al-Bukhari. Assalamualaikum ya Ahlil kubur. Al- Fatehah.
Dilahirkan di Bukhara pada 809M dan meninggal dan dimakamkan di Samarkhand dalam sebuah komplek seluas lebih kurang 4 ekar persegi yang di namakan sempena nama beliau sendiri.
ZBA tidak bercadang menceritakan akan keagungan Imam Al-Bukhari sebaliknya pembaca boleh merujuk kepada banyak web-web yang menceritakan kisah keagungan ulama terbilang ini. Oleh yang demikian sengaja ZBA berbicara dengan gambar-gambar sebagai panduan kepada pembaca yang bakal dan untuk mengunjungi perkhuburan beliau. Insyaalah.
 |
Pandangan bahagian hadapan Makam dari jarak 100m daripada jalanraya. Pintu hadapan ini dikawal dengan kawalan keselamatan yang ketat dan semu pengunjung akan diperiksa dengan rapi sebelum dibenarkan masuk.
|

Lagak "Perayap Jalanan dengan gaya tersendiri semasa berada dihadapan pintu masuk ke makan Imam Al-Bukhari.
 |
Sebuah binaan yang berbentuk kubah dimana dibahagian atasnya di terdapat sebuah "Makam" yang menggambarkan perkhuburan Al Iman Al-Bukari yang diperbuat daripada batu marmar bewarna putih. Sebenarnya "Makam" Imam Al-Bukari terletak dibahagian bawah daripada "Makam" berkenaan. Jika dilihat pada gambar diatas, makam Imam Al-Bukhari berada dikanan dan kelihatan beberapa pengunjung sedang berdiri.
|
 |
Ini hanyalah replika yang menggambarkan "Makam". Tetapi sebenar makam Iman Al-Bukhari terdapat diaras bawah daripada replika ini dan pintu masuk terletak dibahagian atas disebelah kanan.
|
 |
Ini pula ialah Masjid yang terdapat dalam makam Imam Al-Bukhari. Fungsi masjid ini tiak ubah sebagaimana masjid dinegara-negara lain sebagai tempat beribadah bagi orang-orang Islam. Tapi disini agak berlainan kerana dikawasan masjid ini tidak disediakan tempat untuk berwuduk. Oleh yang demikian kepada bakal-bakal pengunjung adalah diingatkan supaya berwuduk sebelum memasuki complek ini.
|
 |
Bangunan-bangunan yang terdapat di dalam komplek disebelah kiri dan kanan makam. Untuk makluman pada setiap masa terdapat seorang Al-Hafiz yang akan membaca Ayat-ayat Suci daripada Surat-surat Al-Quran Karim disini. |
 |
Bangunan Perpustakaan dan Pentadbiran |
ZBA mengambil masa agak lama berada disini. Menghayati satu persatu riwayat berhubung dengan Imam Al-Bukhari Rahimakumullah. Sebelum beredar sekali lagi ZBA menundukan kepala sebagai tanda hormat buat Imam.
AL-FATEHAH
No comments:
Post a Comment