ZBA tidak mengambil masa yang panjang berada di Shymkent. Secara kebetulan semasa ZBA sampai terdapat sebuah marshrutkas sedang menunggu beberapa penumpang terahir sahaja untuk bergerak. Berbekalkan "roti dan air mineral", kami mengambil keputusan
meneruskan perjalanan. Malahan sebagai perayap jalanan kita perlu sampai kesesuatu destinasi yang dituju sebelum last light bagi memudahkan mencari tempat penginapan. Keduanya kami harus mengejar masa bagi mendapatkan pertukaran
Marshrutkas dari satu tempat kesatu tempat. Manakala pada hari ini kami akan menempuh perjalanan yang panjang merentasi Uzbekistan, Kazakstan dan memasuki Kyrgyzstan.
Cuaca terang dan panas. Suhu berada sekitar 23C dan
kami melalui jalan 3rd class road yang sempit, sungguhpun begitu tidak banyak kenderaan dijalanan. Laluan ini merupakan laluan perkampungan dan kita akan disajikan dengan pemandangan rumah-rumah kampung, ternakan, pertanian dan tidak kurang
juga pokok-pokok epal, anggur, tembikai susu dan bermacam-macam buah-buahan segar disepanjang jalan. Diselang-seli dengan kawasan tanah tandus saujana mata memandang yang masih belum ditanam apa-apa tanaman kecuali dipenuhi dengan kumpulan-kumpulan binatang ternakan.
ZBA menempuh perjalanan ini selama 2 jam dan 2 jam berikutnya sebelum sampai ke pekan kecil Taraz barulah melalui jalanraya sebenar. Jalanraya nya lurus, cantik dan ini merupakan laluan utama diantara Shymkent menuju ke Almaty. Bandar kecil Taraz terletak diantara keduanya dan menyimpang kekanan menuju kearah sempadan Kyrgyzstan.
Tambang keseluruhan perjalanan 4J ini ialah 6 USD seorang bagi satu laluan dan tanpa henti.
Hampir 7 jam perjalanan berlalu. Keletihan mula terbayang disamping perut yang lapar. Waktu tempatan menunjukan jam 4.00 petang. Marshrutkas berhenti diperhentian dan menamatkan perjalanan Shymkent ke Taraz.
Berehat 1 jam dan menanti perjalanan Marshrutkas berikutnya ke Bishkek. Tambang ialah 1200 SOM. Perjalanan berikutnya dari Taraz ke sempadan "Kara Balta" mengambil masa 1J. Waktu kini telah dinihari dan proses imigrasi berjalan lancar kerana tidak ramai
yang melintasi sempadan ketika ini. Kara Balta boleh diibaratkan sebagai pekan sempadan yang tidak menyediakan apa-apa kemudahan kecuali urusan sempadan. Satu yang istimewa kepada pelawat yang memasuki Kyrgyzstan sebab kita tidak perlu memikul beg untuk pemeriksaan kastam. Semua urusan bagi semua penumpang berjalan lancar dan sejam kemudian kami meninggalkan Kara Balta dalam hitam malam yang pekat.
Walau pun malam tetapi dari suluhan lampu dari kenderaan yang lalu lalang, perjalanan dari Kara Balta ke Bishkek adalah perjalanan yang sukar. Jalanraya agak kecil dengan permukaan yang tidak rata. Dikiri kanan kelihatan bagaimana kedhaifan penduduk setempat menjalani kehidupan harian. Van yang ZBA tumpangi meluncur terus dan kami sampai di Bishkek 2J kemudian.

Bishkek, the capital of the Republic of Kyrgyzstan, located in the Chui valley at the northern foot of the Kyrgyz Ala-Too on an inclined plain, at an altitude of 700-900 meters above sea level. Bishkek. According to experts, "bishkek" means a stick for beating koumiss - the national drink of sour mare's milk.
Parliment House |
Bishkek - one of the major cities of Central Asia and the largest city in Kyrgyzstan with a population of over 800,000 people, the multinational city with over 80 nationalities. The main language of international communication is Russian.
Tidak banyak yang menarik perhatian di Bishkek. Tempuh masa 3H/2M adalah mencukupi untuk melihat bandar ini secara keseluruhan. Tidak ada bangunan "Pencakar langit" dan kebanyakan bangunan mereka telah berusia dan usang. Walau bagaimana pun susunan jalanraya agak teratur dan senang untuk difahami walaupun tiada peta ditangan. Kemudahan pengangkutan awam masih agak ketinggalan. Disegi keselamatan kepada pelancung asing, Bishkek adalah selamat unuk dikunjungi.
Dari Biskek ZBA merayap terus keselatan menuju Cholpon- Ata yang merupakan kawasan perkelahan pantai yang terkenal bagi penduduk setempat.