Thursday, February 12, 2015

EL NIDO PALAWAN ISLANDS

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,
Dalam keriuhan ulat-ulat lapangan terbang mencekik mangsa-mangsa demi sesuap nasi, ZBA menggelinap keluar dan terus mendapatkan perkhidmatan Van yang akan membawa ZBA  ke El Nido. Proses berjalan agak perlahan kerana terpaksa menanti beberapa lagi penumpang yang secara kebetulan akan menuju ke lokasi yang sama.  Sungguhpun penantian satu siksaan tetapi dengan adanya internet lapangan terbang, terasa terubat seketika disamping dapat check-in lokasi memaklumkan perubahan destinasi.  30M kemudian kami bertolak menuju El Nido yang perjalanannya dijangka mengambil masa 5-6J.
Pengangkutan utama untuk keseluruhan Kepulauan Palawan ialah Bus (Roro), Van, dan Trishaw.  Puerto Princesa ke El Nido bus PHP 483 dan mengambil masa 7-8 jam. Manakala Van pula PHP 500 bagi    perjalanan   selama    5-6J. Semua perkhidmatan bus dan van akan berhenti  di Roxas dan Taytay untuk toilet stop dan makan tengahari.  Penumpang juga boleh mencuba  keenakan biji gajus di Taytay yang merupakan hasil perusahanan tempatan.
Tidak banyak perbezaan muka bumi walaupun dimana anda berada di bumi Filipina. Kehidupan penuh cabaran dapat dilihat disepanjang perjalanan daripada Puerto Princesa ke El Nido.  Jalan raya masih ditahap kelas 3 dengan jalan satu lorong sepanjang kepulauan. Hakikatnya, semua jalan raya mereka menggunakan jalan simen yang baik tidak berlubang jika dibandingkan dengan jalan berturap. Sepanjang perjalanan 230km, kecuali ketika hampir menghampiri El Nido   barulah
terdapat sedikit sebanyak jalanraya yang sedang dalam pembinaan dan menaik taraf. Jalanrayanya mendatar dan lurus dan sekali sekali melepasi selekoh dengan pemandangan perkampungan yang menarik. Sekali sekala kita akan dapat melihat keadaan tepi pantai dengan pukulan ombak berjajaran ke pantai.  Secara keseluruhan perjalanan kedestinasi ini berjalan lancar dan tiada halangan bagi semua musim.   
Sebahagian daripada gambar-gambar pemandangan perjalanan ke El Nido.
Disebutkan diatas bahawa penduduk Kepulauan Palawan adalah ditahap kemiskinan. Lihat rumah-rumah mereka masih ada lagi yang diperbuat daripada buluh dan kayu daripada sumber alam semula jadi. Situasi begini dapat kita lihat sepanjang jalan. Suasana ini ZBA rasai ketika masih kecil diperkampungan "Tobiar" tahun 60an yang lampau.  Jadi ini bukanlah satu kejutan minda bagi ZBA malah mengimbau kenangan silam semasa masih kanak-kanak bermain lumpur dikampung. Kehidupan serba dhaif ketika itu tetapi tidak disangka bahawa kedaifan itu membawa kezaman sekarang. 
Pertanian adalah sumber pendapatan penduduk setempat disamping perikanan dan pelancungan. Binatang ternakan seperti kerbau, lembu dan kambing adalah rakan mereka dalam berkongsi tenaga mengerjakan sawah dan keperluan lain. Dikawasan-kawasan lembah terdapat sawah-sawah padi yang masih menguning dan sesetengahnya baru dituai dengan kanak-kanak bebas bermain dipermatang.  
Hasil pertanian bagi  sara hidup adalah seperti padi, kelapa, mangga, gajus  dan tanaman kontan sebagai sampingan. 
Selepas 2J, ZBA sampai di Roxas.  Sebuah pekan kecil untuk makan tengahari disebuah "restoran" bangsal daripada sumber hutan ditepi jalan.  Roxas sebuah  pekan kecil ditepian pantai   yang dilihat sebagai perkampungan nelayan  yang dhaif dan berdebu.  
Meneruskan perjalanan dan 2J kemudian berehat sebentar di Taytay.  Taytay adalah stesyen pengambilan penumpang untuk ke El Nido atau Roxas atau bahagian-bahagian lain diutara.  Jam 4pm ZBA sampai di El Nido.   Solat, berehat dan sempat bersantai dengan sunset di pantai.
                                                                                   An Evening in El Nido
Suasana air tenang bagai dikali. Siangnya ribuan manusia hiruk pikok dipermukaan.  Kini petang damai menanti.  Sayup mata memandang bagi mencari damai dihati.  El Nido. 































Banyak diperkatakan media dan pengembara yang terdahulu tentang El Nido. Kecantikan dan suasana kelautan dengan air yang jernih sebagai syurga snorkeling. Kalau pengembara 1M sering menggambarkan kecantikan dan aktiviti Phuket, Krabi, Ao Nang dan kepulauan sekitarnya serta kepulauan-kepulauan lain di Asia, jangan terlepas pandang dengan kecantikan El-Nido. Filipina sebenarnya negara dengan 7,000 lebih pulau sudah tentu mempunyai banyak pantai-pantai yang menarik.  Boracay merupakan pantai terpanjang dan tercantik untuk beristirehat dan menenangkan fikiran.
El-Nido nama baru dan pada pandangan ZBA lebih cantik dan berkerampilan jika dibandingkan dengan pantai-pantai di Thailand.  Satu lagi ialah Coron di utara El-Nido juga ibarat syurga paradise bagi penggemar air dan pantai.
El-Nido.  Berbagai package tours disediakan dan terpulang kepada individu untuk memilih.  Walau bagaimanapun diantara semua tours tersebut, Tour "A" dan "C" adalah paling menarik dan wajar
dikunjungi apabila berada di El-Nido. Jadikan sampingan untuk tours "B" dan "D". Kesemua tours tersebut memakan masa satu hari untuk dilawati dan semua tours disediakan makanan tengahari disamping peralatan untuk snorkeling.  Harga package bergantung kepada sesetengah operator tetapi diantara PHP700-PHP1200.
Perlu diingat pergerakan sesuatu tours adalah bergantung kepada keadaan laut dan cuaca dan   kebiasaannya  mereka  akan
mengelakan daripada berkumpul disatu-satu tempat dalam sesuatu masa.  Itinerary adalah bergantung kepada kebijaksanaa tours guide itu sendiri. Walau bagaimanapun bagi semua tempat-tempat yang tercatat dalam itinerary tidak akan terkecuali daripada lawatan. Mereka berbuat demikian adalah bertujuan mengelakan kesesakan disatu-satu lokasi dengan kebanjiran pelancung yang terlaupau ramai.  
Helicopter Island dari pandangan hadapan dengan kecantikan pantai yang berteluk.

ZBA tidak bercadang untuk menceritakan pengalaman yang menarik berhubung dengan El-Nido.   Memadai pembaca boleh merujuk kepada laman-laman web yang mencerikan dengan jelas perihal Ei-Nido.  Sebagai kesimpulan, El-Nido ialah sebuah lokasi pelancungan yang amat cantik untuk dikunjungi.
ZBA menghabiskan 3H/2M mengenali El-Nido secara dekat.  Mengunjungi lebih daripada 10 lokasi yang menarik dalam 2 hari package.  Secara peribadi ZBA maklumkan bahawa lokasi ini sangat-sangat wajar untuk dikunjungi terutama kepada penggemar-penggemar alam semula jadi khususnya pantai.  Akhir kata sebagai santapan mata berikut ZBA kepilkan gambar-gambar yang dirakamkan. 





























Pengangkutan laut 
di Ei-Nido







Keindahan Pantai 
di El-Nido
















































































Sebahagian daripada gambar-gambar di El-Nido
 










































































EL-NIDO
 SALAMAT POO


3 comments:

  1. Here you can find more info and accommodation for Palawan Island on www.palawanisland.org

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete