Thursday, February 26, 2015

METROPOLITAN MANILA

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,
Tahun 1981, ZBA pertama kali menjejaki bumi Filipina daripada Cebu. Penerbangan MAS ketika itu daripada Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan seterusnya Cebu.   
Cebu masih lagi sebuah bandar perkampungan. Daripada Cebu ZBA menjejaki Manila dengan menaiki "Super Ferry" dan pertama kali melihat ikan lumba-lumba berterbangan mengiringi ferry dilautan dalam.  Bukan seekor, dua, tiga dan kekadang mencecah belasan ekor sesekali timbul dipermukaan air.
Berkejaran, timbul, tenggelam dengan berbagai saiz dan sesetengahnya mungkin melebihi 100 kg.  Mereka seolah-olah menayangkan kepantasan bergerak, pantas, tangkas seiring dengan pergerakan ferry.   Dari kabin kelas pertama gelagat mereka dapat dilihat dengan jelas dan amat menyeronokan. Perjalanan sehari semalam berahir di Teluk Manila berhampirang Rizal Park dan juga US Embassy Manila.  Teluk Manila ketika itu masih dipenuhi dengan sampah sarap dan penghuni bot-bot kecil yang kais pagi makan pagi.  Tidak kurang juga pengemis jalanan yang menangguk simpati daripada pengunjung. 


Hari ini, Manila telah jauh kehadapan menjadi kota metropolitan.  Dahulunya, Makati merupakan kawasan elit yang bersih dan teratur dan daerah-daerah lain tidak ubah sebagaimana Jakarta satu ketika dahulu.  Kotor dan seolah-olah tidak terurus.  Kini 2015, Manila berubah dan membangun seiring dengan negara-negara ASEAN yang lain. Dalam satu jangkamasa yang pendek mereka telah menandingi Negara 1M dengan pembangunan yang pesat dan terancang.  

Satu daripada daerahnya ialah Makati City. Bersih dan berkeketerampilan.  Pusat membeli belah dibina  bertaraf gedung-gedung  antarabangsa. 




Paling menarik tiada GST dikenakan dan barangan keperluan murah jika dibandingkan dengan 1M. Pusat commercial dimana-mana. Bangunan morden mencakar langit dengan rekabentuk yang menarik. Sistem pengangkutan yang serba canggih dan memudahkan. Jalanrayanya bersih, kemas dan tiada tempat-tempat meletak kenderaan disediakan ditepi-tepi jalan.  Secara peribadi, Makati City bukan tandingan Kuala Lumpur disegi perancangan. Mereka mendahului dalam serba serbi. Sebuah daerah yang wajar dikunjungi jika berada di Manila.  Kepada para pembaca wanita yang gemar membeli-belah, Manila khususnya Makati City boleh membuatkan anda putus jari untuk membeli belah.




























Daripada daerah elit Makati City kini ZBA beralih  kekawasan penempatan sesak di Quiapo. Disini terletak dua buah Masjid yang cantik dikenali sebagai Golden Mosque & Culture Centre dan Blue Mosque.  ZBA pernah kesini sebelumnya dan pernah berbual dengan iman Golden Mosque dan mengenali penduduk setempat.  Golden Mosque merupakan masjid terbesar di Manila dan nama Golden Mosque diambil dari Kubahnya yang berwarna keemasan.  Manakala Blue Mosque pula kerana Kubahnya bewarna biru. Terletak dijarak lebih kurang 1 km diantara keduanya.  Blue Mosque terletak berhampiran dengan Malacanang Park dan Istana Malacanang.  Sebuah lagi masjid ialah Al-Huda Mosque & Ma-Had Tahfiz di daerah Mandaluyong dan Filipino Muslim Foundation Inc. di daerah Ermita.
Quiapo.  Daerah yang agak padat.  Lanskapnya merupai "China Town" di KL.  Pasarnya penuh sesak daripada pagi sehingga ke malam hari. Namakan apa saja barangan yang dikehendaki, semuanya ada dan harga yang ditawarkan amat murah walaupun kualitinya dipersoalkan.  Ramai juga dikalangan  peniaga-peniaga muslim menjalankan perniagaan disini.  Daerah Quiapo tiada perbezaan dengan  Baclaran yang menjadi tumpuan penduduk setempat membeli belah.
Mercu Tanda Muslim di Daerah Quiapo, Manila.








Pembaca yang ingin kesini dinasihatkan menggunakan perkhidmatan MRT dan turun di stesen Quinrino.  Daripada situ berjalan kaki kearah Quiapo Church dan 2oom berikutnya kita akan melalui banyak kedai-kedai yang pemiliknya terdiri dari kalangan muslimin termasuk kedai-kedai makan untuk sampai ke Golden Mosque.  Dalam erti kata mudah, pembaca secara mudah akan mengenali kaum muslimin disini dengan cara berpakaian mereka.   


Dari Quaipo ZBA merayap ke Rizal Park dengan 30 minit berjalan kaki.  Sebuah taman yang banyak menempatkan replika pahlawan-pahlawan Filipina yang menentang penjajah semasa zaman penjajahan Sepanyol. Anehnya jika kita rajin membaca satu persatu diantara ramai-ramai pejuang berkenaan,   setengah daripada mereka adalah pahlawan-Pahlawan daripada kalangan orang-orang Islam.  Tapi sayang, walaupun kegigihan mereka menentang penjajah dipahat megah ditugu peringatan tetapi kemerdekaan Filipina diberikan kepada orang-orang kristian.  Jadi tidak salah jika perjuangan Bangsa Moro sekarang masih berjuang untuk menuntut hak-hak mereka yang jelas. 
Rizal Memorial Park Manila
Sunset di Manila Bay
ZBA menghabiskan 3H/2M di Manila sebelum kembali melalui Kota Kinabalu.  Dari pengalaman berada di Filipina,  sekali lagi dimaklumkan bahawa Filipina adalah selamat dikunjungi pada keseluruhannya kecuali di Kepulauan Mindanau.  Elakan daripada memperkenalkan diri sebagai Malaysian dan jangan menyentuh langsong tentang politik yang berhubung kait dengan keadaan di Selatan Filipina.

SALAMAT POO
    

Thursday, February 12, 2015

EL NIDO PALAWAN ISLANDS

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,
Dalam keriuhan ulat-ulat lapangan terbang mencekik mangsa-mangsa demi sesuap nasi, ZBA menggelinap keluar dan terus mendapatkan perkhidmatan Van yang akan membawa ZBA  ke El Nido. Proses berjalan agak perlahan kerana terpaksa menanti beberapa lagi penumpang yang secara kebetulan akan menuju ke lokasi yang sama.  Sungguhpun penantian satu siksaan tetapi dengan adanya internet lapangan terbang, terasa terubat seketika disamping dapat check-in lokasi memaklumkan perubahan destinasi.  30M kemudian kami bertolak menuju El Nido yang perjalanannya dijangka mengambil masa 5-6J.
Pengangkutan utama untuk keseluruhan Kepulauan Palawan ialah Bus (Roro), Van, dan Trishaw.  Puerto Princesa ke El Nido bus PHP 483 dan mengambil masa 7-8 jam. Manakala Van pula PHP 500 bagi    perjalanan   selama    5-6J. Semua perkhidmatan bus dan van akan berhenti  di Roxas dan Taytay untuk toilet stop dan makan tengahari.  Penumpang juga boleh mencuba  keenakan biji gajus di Taytay yang merupakan hasil perusahanan tempatan.
Tidak banyak perbezaan muka bumi walaupun dimana anda berada di bumi Filipina. Kehidupan penuh cabaran dapat dilihat disepanjang perjalanan daripada Puerto Princesa ke El Nido.  Jalan raya masih ditahap kelas 3 dengan jalan satu lorong sepanjang kepulauan. Hakikatnya, semua jalan raya mereka menggunakan jalan simen yang baik tidak berlubang jika dibandingkan dengan jalan berturap. Sepanjang perjalanan 230km, kecuali ketika hampir menghampiri El Nido   barulah
terdapat sedikit sebanyak jalanraya yang sedang dalam pembinaan dan menaik taraf. Jalanrayanya mendatar dan lurus dan sekali sekali melepasi selekoh dengan pemandangan perkampungan yang menarik. Sekali sekala kita akan dapat melihat keadaan tepi pantai dengan pukulan ombak berjajaran ke pantai.  Secara keseluruhan perjalanan kedestinasi ini berjalan lancar dan tiada halangan bagi semua musim.   
Sebahagian daripada gambar-gambar pemandangan perjalanan ke El Nido.
Disebutkan diatas bahawa penduduk Kepulauan Palawan adalah ditahap kemiskinan. Lihat rumah-rumah mereka masih ada lagi yang diperbuat daripada buluh dan kayu daripada sumber alam semula jadi. Situasi begini dapat kita lihat sepanjang jalan. Suasana ini ZBA rasai ketika masih kecil diperkampungan "Tobiar" tahun 60an yang lampau.  Jadi ini bukanlah satu kejutan minda bagi ZBA malah mengimbau kenangan silam semasa masih kanak-kanak bermain lumpur dikampung. Kehidupan serba dhaif ketika itu tetapi tidak disangka bahawa kedaifan itu membawa kezaman sekarang. 
Pertanian adalah sumber pendapatan penduduk setempat disamping perikanan dan pelancungan. Binatang ternakan seperti kerbau, lembu dan kambing adalah rakan mereka dalam berkongsi tenaga mengerjakan sawah dan keperluan lain. Dikawasan-kawasan lembah terdapat sawah-sawah padi yang masih menguning dan sesetengahnya baru dituai dengan kanak-kanak bebas bermain dipermatang.  
Hasil pertanian bagi  sara hidup adalah seperti padi, kelapa, mangga, gajus  dan tanaman kontan sebagai sampingan. 
Selepas 2J, ZBA sampai di Roxas.  Sebuah pekan kecil untuk makan tengahari disebuah "restoran" bangsal daripada sumber hutan ditepi jalan.  Roxas sebuah  pekan kecil ditepian pantai   yang dilihat sebagai perkampungan nelayan  yang dhaif dan berdebu.  
Meneruskan perjalanan dan 2J kemudian berehat sebentar di Taytay.  Taytay adalah stesyen pengambilan penumpang untuk ke El Nido atau Roxas atau bahagian-bahagian lain diutara.  Jam 4pm ZBA sampai di El Nido.   Solat, berehat dan sempat bersantai dengan sunset di pantai.
                                                                                   An Evening in El Nido
Suasana air tenang bagai dikali. Siangnya ribuan manusia hiruk pikok dipermukaan.  Kini petang damai menanti.  Sayup mata memandang bagi mencari damai dihati.  El Nido. 































Banyak diperkatakan media dan pengembara yang terdahulu tentang El Nido. Kecantikan dan suasana kelautan dengan air yang jernih sebagai syurga snorkeling. Kalau pengembara 1M sering menggambarkan kecantikan dan aktiviti Phuket, Krabi, Ao Nang dan kepulauan sekitarnya serta kepulauan-kepulauan lain di Asia, jangan terlepas pandang dengan kecantikan El-Nido. Filipina sebenarnya negara dengan 7,000 lebih pulau sudah tentu mempunyai banyak pantai-pantai yang menarik.  Boracay merupakan pantai terpanjang dan tercantik untuk beristirehat dan menenangkan fikiran.
El-Nido nama baru dan pada pandangan ZBA lebih cantik dan berkerampilan jika dibandingkan dengan pantai-pantai di Thailand.  Satu lagi ialah Coron di utara El-Nido juga ibarat syurga paradise bagi penggemar air dan pantai.
El-Nido.  Berbagai package tours disediakan dan terpulang kepada individu untuk memilih.  Walau bagaimanapun diantara semua tours tersebut, Tour "A" dan "C" adalah paling menarik dan wajar
dikunjungi apabila berada di El-Nido. Jadikan sampingan untuk tours "B" dan "D". Kesemua tours tersebut memakan masa satu hari untuk dilawati dan semua tours disediakan makanan tengahari disamping peralatan untuk snorkeling.  Harga package bergantung kepada sesetengah operator tetapi diantara PHP700-PHP1200.
Perlu diingat pergerakan sesuatu tours adalah bergantung kepada keadaan laut dan cuaca dan   kebiasaannya  mereka  akan
mengelakan daripada berkumpul disatu-satu tempat dalam sesuatu masa.  Itinerary adalah bergantung kepada kebijaksanaa tours guide itu sendiri. Walau bagaimanapun bagi semua tempat-tempat yang tercatat dalam itinerary tidak akan terkecuali daripada lawatan. Mereka berbuat demikian adalah bertujuan mengelakan kesesakan disatu-satu lokasi dengan kebanjiran pelancung yang terlaupau ramai.  
Helicopter Island dari pandangan hadapan dengan kecantikan pantai yang berteluk.

ZBA tidak bercadang untuk menceritakan pengalaman yang menarik berhubung dengan El-Nido.   Memadai pembaca boleh merujuk kepada laman-laman web yang mencerikan dengan jelas perihal Ei-Nido.  Sebagai kesimpulan, El-Nido ialah sebuah lokasi pelancungan yang amat cantik untuk dikunjungi.
ZBA menghabiskan 3H/2M mengenali El-Nido secara dekat.  Mengunjungi lebih daripada 10 lokasi yang menarik dalam 2 hari package.  Secara peribadi ZBA maklumkan bahawa lokasi ini sangat-sangat wajar untuk dikunjungi terutama kepada penggemar-penggemar alam semula jadi khususnya pantai.  Akhir kata sebagai santapan mata berikut ZBA kepilkan gambar-gambar yang dirakamkan. 





























Pengangkutan laut 
di Ei-Nido







Keindahan Pantai 
di El-Nido
















































































Sebahagian daripada gambar-gambar di El-Nido
 










































































EL-NIDO
 SALAMAT POO