Friday, June 27, 2014

PAMUKKALE COTTON CASTLE

Dengan Nama Allah yang Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum, 
Menempuh perjalanan malam yang panjang daripada Cappodacia menuju Pamukkale. Bus yang ditumpangai berhenti beberapa kali  untuk berehat dan toilet stop.  Cuaca diluar amat sejuk dan didalam bas dipasang pemanas dan ZBA dapat tidur dengan nyenyak sepanjang perjalanan 9j tersebut.
Diawal pagi kami diturunkan dipersimpangan jalan menuju Denizli dan menggunakan van menuju cotton castle Pamukkale yang terletak 8km.
























Selepas makan tengahari ZBA memulakan perjalananan. Sebenarnya cotton castle adalah lebih kurang 100m daripada hotel penginapan kami pagi tadi.  Ianya menganjur daripada sebuah bukit  dan  airnya  "terjun"  dan  berahir  di bandar  Pamukkale.  
Bagi melihat Cotton Castle secara jelas dan mendapatkan gambaran sebenarnya, kita hendaklah mendaki keatas bukit yang terletak kira-kira 5km keatas.  Dalam perjalanan ini kami menaiki mini bus dan berpeluang hampair 3j mengenali "SPA" asli Pamukkale. 
Sebelum kita mengenali waterfalls "Unesco World Heritage Side", elok ZBA beri sedikit gambaran untuk kesana.  Ini merupakan satu-satunya entrace dan semua pelancung dikenakan bayaran masuk.   Sebelum itu kami berpeluang melihat satu lagi Roman Amphitheater of Hierapolis yang merupakan juga tarikan penting bandar Pamukkale.



























Sign board ini menunjukan arah dimana pembaca boleh explore sendiri tanpa menggunakan perkhidmtan khidmat pelancung.  Bagi ZBA ini cara yang terbaik amalan semasa merayap.
























Setelah menghabiskan masa sekitar 2j, kini ZBA akan melihat SPA Cotton Castle secara dekat.  Terletak ditebing sebuah bukit yang agak curam dan air yang jernih  mengalir turun membentuk kolam-kolam yang cantik berisi air dan melimpah kebawah dan membentuk lagi kolam-kolam sehinggalah kebawah.  Permukaan kolam berupa  air batu yang menakung air. Putih bersih dan sekali imbas seakan-akan kapas.  Itu sebab dipanggil dengan nama jolokan sebagai Cotton Castle.  Air yang menalir turun dikatakan bermula dari tempat ZBA dibawah. 

























Gambar bawah pula ialah pemandangan paling atas dan disebelah kanan gambar adalah saliran dimana kedatangan punca air yang datangnya   1km  daripada  tempat  ZBA  berdiri.  
















































Kolam air panas dan menempatkan semua aktiviti disekitar Cotton Caslte.

























Pembentukan kolam-kolam berikutnya adalah seperti gambar-gambar paparan dibawah.


























Pemandangan diperingkat atas







Pemandangan diperingkat bawah 















































 Ini adalah pemandangan dari atas dimana air yang mengalir akan tertumpu dibahagian ini dan disebelah bawah sekali ialah bandar Pamukkale.  Terdapat sebuah kolam besar dan dijadikan sebagai pusat reakreasi khusus kepada pelawat yang tidak mahu keatas.

Secara keseluruhan Pamukkale ialah sebuah bandar kecil tetapi mempunyai dua tarikan yang menonjolkan emej Pamukkale dimata dunia.  Satunya Roman Amphitheater of Hierapolis dan Waterfalls Unesco World Heritage Side.  

Dari     Pamukkale    ZBA    meneruskan    perjalanan   185km    ke Selcuk    dan    Kusadasi.

Thursday, June 26, 2014

KUSADASI RESORT TOWN

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum, 
Rasa terpanggil untuk melawat bandar ini.  Apa tidaknya jarak daripada Selcuk cuma 22 km sahaja. Banyak bas awam sedia memberi perkhidmatan ulang alik dengan tambang RM 10.00 sehala.
Kusadasi terkenal dengan dengan jolokan "Resort town of Turkey Aegean Coast". Sebuah pekan peranginan tepi pantai yang cantik yang mengadap kepulauan-kepulauan Greek. Suasana bandar ini seakan-akan bandar elit kerana sepanjang masa akan dikunjungi oleh pelancung asing yang bertaraf elit. Mereka bukan pelancung biasa atau backpacker malah gulungan elit yang menghabiskan masa mereka dengan cruise-cruise mewah mengelilingi dunia.  Oleh yang demikian tiada yang murah dibandar ini kerana semuanya bertaraf international.
 Menjadi pintu masuk utama khususnya bagi penumpang-penumpang kapal-kapal pelayaran mewah dan yath yang akan melawat City of Hierapolis, Temple of Artemis, Ancient City of Ephesus dan sebagainya. 





Mengambil masa kurang 30M ZBA telah di Kusadasi.  Perjalanan yang lancar dengan dihiasi   pemandangan   yang   cantik   dan   suasana   pantai   Mediteranean  yang   nyaman.  



Cara terbaik untuk explore Kusadsi ialah dengan berjalan kaki.  






















Kusadasi ialah bandar tepian laut Mediretanean yang cantik dan mengadap ke Greek dengan pulau terdekat yang dikenali sebagai Samos.  Perjalanan ke Samos boleh dilakukan dengan daily trip yang memakan masa 30m perjalanan sehala daripada Kusadasi.
ZBA mengambil masa hampir 5j berada disini menikmati keindahan alam dan udara yang segar.  Penduduk Kusadasi dilihat amat peramah jika dibandingkan dengan daerah-daerah lain. Sebagaimana dimaklumkan sebelumnya, bandar ini termasuk dalam katogeri bandar pelancungan terkenal dan dikenali ramai oleh pelancung barat.  Oleh yang demikian tidak hairanlah, serba serbi disini mahal jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain di Turkey. Penerimaan matawang Euro adalah lumrah dan ini amat membebankan kita yang menggunakan Rupiah Malaysia. 

























Kepada semua pembaca yang telah melawati  Selcuk, diharap tidak terlepas pandang dengan keindahan dan kecantikan Kusadasi.  Ambillah peluang yang ada setidak-tidaknya satu malam berada dipusat peranginan tepian pantai ini.
Selamat datang dan selamat beristirehat.  Malam nanti ZBA akan kembali ke Istanbul dalam perjalanan menuju Bandaraya Rome.


SEEN IS BETTER THEN LISTEN