Assalamualaikum,
Sawadee kap. Rau maa leei. Sebai di reaa wanni ?.
Terjemahanya :
Salam sejahtera. Kami datang lagi. Sihat ke hari ini ?
ZBA sebagaimana sebahagian penduduk daerah utara Semenanjung yang lain, sedikit sebanyak boleh bertutur dalam bahasa Thai daileg Kedah (Telo Kedah) dan Insyaallah semasa berada di Negara Gajah Putih kami tidak mempunyai masalah bahasa untuk berkomunikasi dengan mereka. Cuma kami sahaja kekadang kurang faham dengan kelancaran dan kefasihan mereka tetapi bagi mereka tiada ada masalah untuk memahami setiap patah perkataan dan maksud dalam apa yang kami perkatakan. Payah sedikit mereka hendak mengena kami khususnya dalam urusan jual beli.
Penerbangan ke Hadyai mengambil masa 1.15 jam daripada Kula Lumpur. Juruterbang pesawat Air Asia hari ini ialah Kapten Roslan dengan dibantu oleh kakitangan penerbangan yang lain. Kami selamat mendarat dan melalui pelepasan Imigration dan Kastam lapangan terbang Hadyai. Cuaca agak mendung dan pada keseluruhanya baik.

Penuntut Master Degree dari Malaysia
Kami pengembara jalanan. ZBA tidak pandai untuk mencari limosine atau airport coach dan sebagainya. Senyuman pembuka kata dari ZBA pagi ini ialah dengan seorang gadis manis seorang pegawai kastam yang bertudung putih bersih. Sawadee Khaa ?. Assalamualaikum. Khap, Mualaikum Salam jawapnya dengan melemparkan lebaran senyuman dari susunan gigi yang putih. Dalam hati, oh manis. Aduh. bangganya saya kerana walaupun negara ini negara 80% buddha tetapi masyarakat Islam juga tidak ketinggalan diberi ruang untuk berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan Thai.
Hidangan Segera Khlong Hae Hadyai

Maaf, tujuannya bukan kerana kecantikan sigenit. Tetapi untuk bertanyakan berapa jauh untuk mengambil kenderaan songtheow ke bandar Hadyai. Sambil mengajukan petunjuk dengan penuh kesopanan beliau menunjukan nun 100 meter daripada pintu utama airport. Kami berjalan terus dan menanti sebuah songtheow sedang menunggu penumpang diperhentian. Sebagai makluman, songtheow tidak dibenarkan melintasi bahagaian hadapan airport dan kepada pembaca yang miskin ala ZBA, mereka harus berjalan keluar dari airport terminal. Bayar B20 pembaca akan dibawa terus ke Hadyai dan berhenti menurunkan penumpang dihadapan Sikarin Hospital. Dari sana dengan menggunakan perkhidmatan Tuk-tuk B10 @ B20, pembaca akan dibawa kedestinasi penginapan yang dituju. Dalam perjalanan tiada ada apa-apa yang istimewa untuk diceritakan. Memadai sepanjang perjalanan 9 km daripada airport ke Hadyai suasana perkemapungan dan perbandaran adalah seiras pemandangan bandar Alor Star di Kedah.
Pemandangan di Khlong Hae setiap Jumaat, Sabtu & Ahad mulai jam 3pm.
Pemandangan di Khlong Hae setiap Jumaat, Sabtu & Ahad mulai jam 3pm.
ZBA check-in di Daiichi Hotel Hadyai sekitar jam 2pm dan selepas Solat Jama' kami terpaksa mengikuti dendangan perut yang sedang kelaparan. Pusing kiri, pusing kanan setelah bertaichi untuk mendapat harga tambang ke KHFM, alhamdulillah seorang pemandu tuk-tuk bersedia membawa kami kesana dengan bayaran B200 (RM 20.00) seorang pulang dan pergi. Ingatan kepada pembaca, tuk-tuk selalunya meminta B500 untuk perjalanan ke KHFM bagi sekali perkhidmatan ulang alik dan berada disana selama 40 minit. Jarak kesana ialah cuma 7 km dari pusat bandar Hadyai melalui kawasan perbandaran dan rumah-rumah perkampungan.
Lemang " Kheneaw Lam" dalam Bahasa Thai. Kekadang dari beras pulut biasa dan kekadang dari beras pulut hitam.
Khlong Hae Floting Market. Tidak seindah nama Samarinda Floting Market di Kalimantan atau Palembang Floting Market di Sumatera atau Bangkok Floting Market. Tetapi memadai dengan sebuah usaha dan minat kreatif masyarakat Islam setempat bagi mengujudkan satu pusat reakrasi dan perniagaan yang unik untuk pelancung. Tahniah diatas usaha tersebut.
Pusat perniagaan dan reakrasi ini sudah cukup untuk menjana jutaan Bath bagi tiga hari seminggu perniagaan mereka. Dalam serba kekurangan, mereka dapat menarik ribuan manusia untuk berkunjung dan merasai masakan tempatan yang dihidangkan dalam bentuk tradisi masyarakat Thai. Pengunjung paling ramai adalah dari NegaraKu, Singapura dan Indonesia meliputi semua kaum, Melayu, China dan India.
Petugas Keselamatan di Khlong Hae Floting Market
Selain penjualan makanan melalui sampan, pembaca juga boleh membeli belah diatas tebian sungai ini dengan disediakan berbagai-bagai segala macam samaada pakaian, barangan kraf, makanan dan sebagainya. Unik, deretan kedai mereka dibina dengan menggunakan buluh dan beratapkan nipah atau rumbia. Pemandangan seumpama ini juga pembaca boleh melihat di Pasar Malam dibandar Siem Reap, Cambodia.
Wajah ceria Pengembara Jalanan yang sentiasa memberikan INFO dari mata yang melihat.
Ini adalah pemandangan biasa setiap hari Jumaat, sabtu dan Ahad mulai jam 3pm hingga 10.00pm di mana pelancung dan peniaga berinteraksi memenuhi keperluan masing-masing.
Deretan kedai-kedai di Khlong Hae Floting Market
KHOP KUN KAP