Assalamualaikum,
Sawadee kap. Rau maa leei. Sebai di reaa wanni ?.
Terjemahanya :
Salam sejahtera. Kami datang lagi. Sihat ke hari ini ?
ZBA sebagaimana sebahagian penduduk daerah utara Semenanjung yang lain, sedikit sebanyak boleh bertutur dalam bahasa Thai daileg Kedah (Telo Kedah) dan Insyaallah semasa berada di Negara Gajah Putih kami tidak mempunyai masalah bahasa untuk berkomunikasi dengan mereka. Cuma kami sahaja kekadang kurang faham dengan kelancaran dan kefasihan mereka tetapi bagi mereka tiada ada masalah untuk memahami setiap patah perkataan dan maksud dalam apa yang kami perkatakan. Payah sedikit mereka hendak mengena kami khususnya dalam urusan jual beli.
Penerbangan ke Hadyai mengambil masa 1.15 jam daripada Kula Lumpur. Juruterbang pesawat Air Asia hari ini ialah Kapten Roslan dengan dibantu oleh kakitangan penerbangan yang lain. Kami selamat mendarat dan melalui pelepasan Imigration dan Kastam lapangan terbang Hadyai. Cuaca agak mendung dan pada keseluruhanya baik.
Terjemahanya :
Salam sejahtera. Kami datang lagi. Sihat ke hari ini ?
Penuntut Master Degree dari Malaysia
Kami pengembara jalanan. ZBA tidak pandai untuk mencari limosine atau airport coach dan sebagainya. Senyuman pembuka kata dari ZBA pagi ini ialah dengan seorang gadis manis seorang pegawai kastam yang bertudung putih bersih. Sawadee Khaa ?. Assalamualaikum. Khap, Mualaikum Salam jawapnya dengan melemparkan lebaran senyuman dari susunan gigi yang putih. Dalam hati, oh manis. Aduh. bangganya saya kerana walaupun negara ini negara 80% buddha tetapi masyarakat Islam juga tidak ketinggalan diberi ruang untuk berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan Thai.
Hidangan Segera Khlong Hae Hadyai

Pemandangan di Khlong Hae setiap Jumaat, Sabtu & Ahad mulai jam 3pm.
Lemang " Kheneaw Lam" dalam Bahasa Thai. Kekadang dari beras pulut biasa dan kekadang dari beras pulut hitam.
Khlong Hae Floting Market. Tidak seindah nama Samarinda Floting Market di Kalimantan atau Palembang Floting Market di Sumatera atau Bangkok Floting Market. Tetapi memadai dengan sebuah usaha dan minat kreatif masyarakat Islam setempat bagi mengujudkan satu pusat reakrasi dan perniagaan yang unik untuk pelancung. Tahniah diatas usaha tersebut.
Pusat perniagaan dan reakrasi ini sudah cukup untuk menjana jutaan Bath bagi tiga hari seminggu perniagaan mereka. Dalam serba kekurangan, mereka dapat menarik ribuan manusia untuk berkunjung dan merasai masakan tempatan yang dihidangkan dalam bentuk tradisi masyarakat Thai. Pengunjung paling ramai adalah dari NegaraKu, Singapura dan Indonesia meliputi semua kaum, Melayu, China dan India.
Petugas Keselamatan di Khlong Hae Floting Market
Wajah ceria Pengembara Jalanan yang sentiasa memberikan INFO dari mata yang melihat.
Deretan kedai-kedai di Khlong Hae Floting Market
KHOP KUN KAP