Thursday, October 24, 2019

BARIO KELABIT HANDSHAKE

 

Selamat tahun baru 2020.  Penerbangan pertama bagi tahun baru selepas seketika menanti berahirnya cuti tahunan persekolahan yang mengundang ribuan ibubapa bercuti bersama keluarga didalam dan diluar negara.  Riuh rendah fb menceritakan pengalaman masing-masing.  Berbagai reaksi dan gelagat berfoto menandakan kegembiraan masing-masing.  Syabas kerana sudi berkongsi pengalaman dan kegembiraan bersama.  
Pertama kali menaiki Pesawat
 Twin Otter daripada Miri ke Bario



























Tahun 2020, sebagai menyambut tahun baru ZBA terbang dengan pesawat ATR 70 ke Kuala Terangganu dan diikuti dengan Pesawat Twin Otter ke Bario.  Terasa kegayatan kerana kali terahir menaiki pesawat jenis ATR 70 ialah sekitar 4 tahun lalu daripada Maumere ke Kupang.  Tapi lebih menyayat ketika terbang dengan pesawat Twin Otter walaupun hanya mengambil masa 50 minit diudara.  Penerbangan sulung merayap dalam negara ke tanah tinggi "Land of hundred handshake"di Bario Sarawak.

Para penumpang didalam pesawat
Melintasi Gunung Mulu
Sungai Baram pemandangan dari pesawat


Sebaik mungkin untuk berkunjung dan melawat Bario ialah 3H/2M minimum. Walau bagaimana pun demi keselesaan disyorkan 4H/3MIni bermakna kita wajar  mengambil penerbangan pagi ke Miri dan pada hari yang sama penerbangan tengahari ke Bario.  Atau, bermalam satu malam di Miri dan penerbangan pagi ke Bario.  Dalam erti kata lain masa sepenuhnya di Bario ialah 3H/2M dikira wajar dan cukup bagi melakukan aktiviti-aktiviti disana. Pengunjung dinasihatkan menggunakan perkhidmatan pemandu pelancung kerana jarak diantara satu-satu attraction adalah jauh dan terpencil didalam hutan.
Jadual kepulangan pula ialah dengan penerbangan tengahari daripada Bario dan penerbangan lewat petang kedestinasi masing-masing daripada Miri.

ZBA memulakan trip ke Bario dengan bermalam semalaman di Miri.  Awal sehari kerana tujuan melawat bandar Miri dan persekitarannya.  Miri, antara sebuah bandar terbesar di Sarawak yang kaya dengan pengeluaran minyak.  Walau bagaimana pun tidak banyak perubahan jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya.  Bandar ini  dikatakan akan ditandingi oleh Bintulu yang merupakan bandar memproses gas terulung di Sarawak.
Nenek ini berusia 78 tahun dan masih berladang
Tepat jam 10.00am kami mendarat disebuah lapangan terbang kecil yang dikatakan lapangan terbang ketiga dibina sejak perang dunia kedua di Bario.  Juga dimaklumkan ini adalah antara lapangan terbang termahal pernah dibina kerana bario ketika itu belum lagi dapat ditembusi dengan pengangkutan darat daripada mana-mana destinasi di Sarawak.
Cuaca ketika ini agak sejuk dan beransur panas ditengahari.  Walau bagaimana pun cuaca akan menurun secara mendadak pada waktu malam hari sehingga keparas 15C.  Pada waktu malam khususnya diawal pagi kita akan dapat melihat awan tebal menyeliputi Lembah Bario dan beransur hilang setelah terbit matahari.  Ini adalah fenomina biasa yang dapat dilihat setiap hari.  Ramai penggemar "sunrise" akan berkampung dibukit berhampiran untuk merakamkan  suasana yang cantik, unik dan indah ini.
Perkampungan Bario Asal





























Penduduk  Bario adalah dari suku kaum "Kelabit" yang berasal daripada Kalimantan dan berhijrah ke Bario sejak sekian  lama.  Mereka merupakan satu kaum yang mengamalkan cara hidup dengan adat istiadat yang tersendiri.  Kehidupan mereka amat harmoni dan secara peribadi ZBA katakan Kaum Kelabit adalah suku kaum yang amat peramah dan mempunyai budi pekerti yang amat tinggi. 
Pekerjaan utama ialah bertani dan memburu. Hasil utama ialah padi, nenas, kayu manis dan lain lain. Beras Bario dikatakan diantara beras yang terbaik di Malaysia.  Berharga RM 16.50 sekilogram dipasaran dan RM 13.00 kg di pasaran tempatan, Bario. Manakala hasil buruan ialah kerbau liar, rusa, kijang, babi hutan, pelanduk dan sebagainya. 
Keseluruhan penduduk Bario berugama Kristian dan cuma satu keluarga sahaja yang bertukar dan menganut Agama Islam di Bario ketika ini.  Jumlah mereka dimaklumkan sekitar 1,400 orang dan terdapat juga sedikit suku kaum "Kayan" yang tinggal diluar persekitaran lembah Bario.
Mereka mendapat semua kemudahan asas yang disediakan oleh kerajaan.  Kemudahan eletrik daripada tenaga solar,  bekalan air bersih, Pejabat Daerah, Klinik, Sekolah dan sebagainya.
Fakta Suku Kelabit.

Suku kaum Kelabit amat kecil dari segi jumlah dan satu-satunya hanya menghuni di daerah Lembah Bario.  Mempunyai susuk badan sama dengan kaum-kaum lain di Malaysia.  Namun terdapat satu keistimewaan bagi mereka.  Mereka merupakan masyarakat yang pintar dan ramai dikalangan suku Kelabit berjaya dalam kerjaya dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara amnya.   
Diantaranya suku Kelabit pernah ada yang menjawat jawatan sebagai Menteri dalam kerajaan,  Speaker DUN Sarawak, Fellow University, Doctor dan bermacam-macam proffesion yang lain.  Ini merupakan satu kebanggaan kepada kaumnya sendiri malah menyumbang kepada pembangunan negara.
Mengikut satu kajian pembangunan minda kaum Kelabit ini dikaitkan dengan satu  sumber asli "Garam".  Garam yang diproses  sendiri yang mana masih diusahakan sehingga sekarang.  Air masin daripada sebuah telaga yang berada diketinggian 3,200kdpl dipanas dan disejatkan sehingga menghasilkan garam yang digunakan sebagai perasa dalam makanan harian sejak berkurun.  Kajian mengatakan kepintaran mereka adalah daripada garam yang dimakan.

Sebagaimana yang kita sedia maklum masyarakat pendalaman adalah mesra alam.  Manusia dan alam adalah saling bergantungan membantu dan memerlukan.  Semua sumber alam ciptaanNya memberikan manfaat kepada manusia.  Cuma cara mana manfaatnya sahaja atas kepintaran manusia untuk menilai dan menggunakannya. Sebenarnya setiap kejadian dan ciptaan  Allah  mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
Ikhtiar hidup dengan keadaan setempat adalah amat penting.  Ini bukan sahaja tertumpu kepada kaum Kelabit yang menghuni lembah Bario malah semua kaum-kaum pendalaman diseluruh dunia.
Satu daripada ikhtiar hidup  mereka adalah  membuat "Teh" daripada sejenis daun.  Daun tersebut direndam didalam air panas dan akan menghasilkan teh sebagaimana teh commersial yang lain malah lebih wangi dan sedap daripada kebiasaan yang sedia ada. Dimaklumkan bahawa ialah mempunyai khasiat yang tersendiri dari segi kesihatan.
Sejak WW11 lagi Bario telah dibangunkan dengan sebuah lapangan terbang untuk kegunaan tentera Inggeris memerangi Jepun.  Jadi tidak hairanlah sekarang kita dapat melihat beberapa scrap bangkai kapat terbang di Lembah Bario.  Walau bagaimana pun lapangan terbang terdahulu sukar dikesan kerana telah bertukar menjadi sawah padi atau penempatan dan digantikan dengan lapangan terbang terkini.























Dua foto paling atas ialah serpihan bilah Helicopter yang terdapat di Kampong Pak Umor dan dua foto dibawah ialah bangkai helicopter tentera British berhampiran lapangan terbang lama.
Kepada pengembara yang ingin "Back to Nature",  Bario adalah salah  satu daripadanya.  Tidak ada hotel di Bario tetapi terdapat beberapa guest house yang menyediakan penginapan termasuk makanan tiga kali sehari dalam satu kos.  Dari pengamatan ZBA, Labang dan Pak Mus Guest House adalah yang terbaik bagi yang berugama Islam. 

Dewasa ini Lembah Bario telah agak sepi dimana ramai cerdik pandai  mereka telah berhijrah meninggalkan kampung halaman ke bandar setelah menjawat jawatan dalam kerajaan mahupun swasta. Rumah-rumah ditinggalkan kosong  tanpa penghuni kecuali mereka kembali ketika musim perayaan.  Walau bagaimana pun masih ada gulungan tua yang masih mengusahakan pertanian turun temurun.  Mereka juga mengamalkan adat tradisi nenek moyang sehingga kini.
ZBA menghabiskan masa 3H2M di Bario sebelum pulang melalui Miri ke Semenanjung.

Gadis Kelabit di Lembah Baria ketika dulu

zainaltobiaq.blogspot.com