Wednesday, May 15, 2019

THE GREAT OCEAN ROAD


Satu daripada destinasi  tarikan terbaru dan kegemaran kepada setiap pengunjung ke Melbourne khususnya daripada Malaysia.  Tidak tersedia kenderaan awam kecuali dengan menggunakan kenderaan persendirian, sewa kereta atau ajensi pelancungan.  


The Great Ocean Road merupakan laluan pesisir pantai yang menghubung bandar-bandar kecil daripada Perth dengan Melbourne di selatan.  Bermula daripada Torquay ke Warrnamboll sejauh 243km.  Dibina ketika WW1 oleh pasukan tentera Australia.  Banyak pantai-pantai yang cantik dan resort-resort peranginan disediakan untuk kemudahan pengunjung.  Memandu dilaluan ini amat mudah dihari-hari biasa kecuali cuti umum dan dihari minggu.  Kerana pada hari-hari tersebut ramai masyarakat setempat akan keluar berkelah dan berhari minggu.

ZBA memulakan perjalanan daripada Tullamarine Airport melewati Geelong dan terus keselatan.  Perjalanan berjalan lancar dan selamat dengan budaya pemanduan raayat Australia yang mementingkan keselamatan dan patuh kepada peraturan. Kami dapat menikmati kecantikan pemandangan perumahan, ladang-ladang ternakan dan pertanian yang sayup-sayup mata memandang.   

Arah tujuan kami sebenarnya ialah Port Campbell  National Park yang terletak 280 km daripada Melbourne yang dijangka mengambil masa 4J. Memandangkan kami mempunyai masa yang terluang, kami singgah dimana-mana sahaja pantai-pantai yang menarik bergambar dan berehat. Melewati beberapa pekan kecil disamping dapat melihat aktiviti penduduk setempat dari dekat.
ZBA telah melewati hampir 200km dan banyak pemandangan cantek dengan pantai yang bersih dan terbentang luas.  Kini kita akan melalui jalan tepi pantai yang bertebing tinggi dan berliku-liku.  Harus memandu dengan cermat dan berhati-hati tetapi pemandangan amat mengagumkan.
Berikut sedikit info bagi  attraction di Great Ocean Road.
One of the best ways to experience the Great Ocean Road is with a 3-day tour, which packs in so much sightseeing and fun with the help of an experienced guide. I recommend the top-rated Great Ocean Road tour, which is a 3-day adventure from Melbourne which includes:
  • Visit Torquay Surf City, home of the famous Rip Curl
  • Admire the Southern Ocean and the surfers on Bells Beach
  • Spot koalas in the wild!
  • Go on a rainforest walk through fragrant eucalyptus trees
  • See the 12 Apostles in the enchanting morning light
  • Visit the collapsed London Bridge
  • Visit Narana Aboriginal Cultural Centre and enjoy Didgeridoo performance (Tuesday & Friday only)
  • Explore the striking sandstone mountain ranges of Grampians National Park
  • Cool off in the majestic Mackenzie Falls
  • Get superb views of Victoria Valley from Reed’s Lookout and the Balconies
Destinasi terahir ZBA ialah Port Campblell untuk melihat 12 Apostles yang terkenal.  Kami sampai disana lewat jam 4pm dan mengahabiskan hampir 2J menikmati kecantikan alam ciptaan Allah SWT.
Rugged splendour of the famous 12 Apostles, magnificent rock stacks that rise up majestically from the Southern Ocean on Victoria's dramatic coastline.

Limestone cliffs

Created by constant erosion of the limestone cliffs of the mainland beginning 10–20 million years ago, the stormy Southern Ocean and blasting winds gradually eroded the softer limestone, forming caves in the cliffs. 

The caves eventually became arches and when they collapsed rock stacks up to 45 metres high were left isolated from the shore. View the 12 Apostles at sunrise and sunset as they change colour from dark and foreboding in shadow to brilliant sandy yellow under a full sun.































Kita boleh sahaja memilih mengikut jalan kearah utara sedikit untuk pulang semula ke Melbourne.  Walau bagaimana ZBA kembali mengikut jalan yang sama.  Kerana jalan alternatif banyak melalui "country road" dan sukar untuk memohon pertolongan jika terjadi sesuatu yang tidak diingini pada waktu malam.
ZBA kembali semula ke Melbourne lewat tengah malam dan keesokan harinya bertolak ke Tasmania.