Thursday, May 31, 2018

CUBA




































FACT ABOUT TRAVEL TO CENTRAL AMERIKA


Satu   perjalanan   yang   jauh.  Kesan daripada percaturan politik mungkin satu laluan yang sukar. Negara yang mundur juga menjadi faktor pengangkutan yang sukar. Jadi perancangan yang teliti, persediaan yang rapi dan ketahanan mental yang tinggi adalah perlu bagi semua peserta yang ingin mengikuti pengembaraan ini.
Jambatan yang menyemberangi Honduras dengan Tapachula di Mexico yang sering berlakunya kejadian jenayah secara terang terangan. (Day light robbery)

Setelah 47 tahun dijalanan, inilah pertama kali ZBA memecah rekod sendiri dengan memilih 8 peserta yang merangkumi 3 etnik, Melayu, China dan India menjadikan "Malaysian" dalam satu pengembaraan yang asing.  Kumpulan dianggotai oleh 4 lelaki dan 4 perempuan.  Sebenarnya tiada saringan dikenakan       kepada      peserta
memandangkan mereka merupakan kekawan yang sudah biasa bersama.
Mungkin ada yang bertanya kenapa angka lapan yang menjadi pilihan.  Sebenarnya satu kebetulan berdasarkan kepada beberapa faktor keselamatan.  Kesempatan ini memberi peluang "One in the life time" kepada sesiapa yang turut serta.

Pertama.  Central Amerika adalah negara asing dan jarang sekali diterokai oleh pengembara-pengembara daripada Malaysia kecuali dari pengamatan ZBA cuma 2 sahaja yang pernah kesana.  Itu pun mereka tidak memberi banyak impak kepada maklumat apa yang ada disana.  Mereka juga tidak pergi menyeluruh bagi setiap negara.  Ini  bermakna  mungkin  kami  merupakan kumpulan  pertama yang membuat "Overland"  merangkumi Panama,  Costa Rica, Nicaragua, El Salvador, Honduras, Guatemala, Mexico dan Cuba.  

Havana Cuba International Airport
 Kedua. Faktor keselamatan.  Ini adalah amat penting dalam setiap pengembaraan.  Mungkin dengan ramai peserta kita sedikit sebanyak akan mengharapkan kerjasama yang baik dan dapat mengelakan risiko yang bakal dihadapi.
Ketiga.  Majoriti daripada peserta adalah berpengalaman menerokai suka duka dijalanan dikebanyakan negara-negara didunia.  Pengalaman mereka mungkin akan memberi manfaat jika terdapat rintangan dijalanan. 
ZBA  merangka perjalanan 6 bulan sebelum pengembaraan bermula.  Tiada maklumat terperinci tentang Central Amerika kecuali dengan bantuan google. 
Kos bagi perjalanan ini agak tinggi  kerana kos penerbangan yang jauh dan tiada ada alternatif untuk tidak menggunakan penerbangan ke destinasi tertentu.  Manakala penerbangan domestk dimonopoli oleh syarikat tertentu dan kita tidak ada pilihan untuk mengelak khususnya di Central Amerika.  Secara keseluruhan budget untuk trip ini kurang lebih RM 200.00 sehari termasuk semua perbelanjaaan.
Beban ini bertambah lagi kerana ekonomi Central Amerika banyak dipengaruhi oleh USD dan kadar pertukaran MYR sekitar RM 4.15 bagi setiap USD.  Kebanyakan negara menerima USD dan mengabaikan kos matawang sendiri dalam urusan perniagaan seharian.  Dengan yang demikian kos sara hidup menjadi tinggi tetapi hakikatnya penduduk berada dalam keadaan kemiskinan.
China Southern Airlines A380-9
Masalah bahasa menjadi amat terhad kerana semua negara-negara Central Amerika menggunakan  bahasa Sepanyol kecuali Belize yang satu-satuya menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi negara.  Mereka boleh dikatakan total Spanish dan buta Inggeris dimana-mana.  Tiada bahasa
ibunda bagi negara-negara di Central Amerika.  Ini menunjukan betapa kejam pemerintahan Sepangol sehingga boleh merobek budaya dan identiti masyarakat setempat.  Sesungguhnya sejarah yang dapat menceritakan segala-galanya tentang kekejaman yang
menimpa raayat Central Amerika dizaman awal penjajahan.  Bagi raayat Malaysia mungkin tidak mengerti kerana kita jauh dan tidak mempelajari sejarah negara-negara berkenaan.  Malah mungkin ramai diantara raayat kita tidak tahu dimana letanya negara-negara yang dikenali sebagai Central Amerika.
Semua persediaan tiket penerbangan ditempah melalui dalam talian.  Kali ini ZBA memilih China Southern Airline dan menjadikan Los Angeles sebagai hub penerbangan berikutnya.  Diikuti penerbangan dengan Interjet.com, Copa Amerika, United Airlines dan Avianca.  Satu keistimewaan bagi China Southern Airlines ialah mereka menyediakan menu Muslim yang sedap setelah tempahan dan menggunakan pesawat terkini Airbus A380 untuk penerbangan ulang alik Guangzhoa, Los Angeles yang memakan masa 13jam sehala.  Sebelumnya ZBA juga pernah menaiki penerbangan China Airlines daripada Kuala Lumpur ke Vancouver  tetapi rating memihak kepada China Southern Airline yang lebih canggih dan selesa.
Tapachula Bus Station
Bagi tujuan "Overland",  ZBA menggunakan perkhidmatan Ticabus International secara keseluruhan daripada Panama City sehinggalah Tapachula di Mexico.  Mereka melengkapkan perkhidmatan yang profesional dengan pemanduan yang berhemah demi keselamatan penumpang.  Disamping itu juga mereka ada menyediakan hotel penginapan disetiap perhentian disemua negara.  Ini bermakna kita diberi jaminan keselamatan dan kesenangan jika ketibaan yang dijadual lewat pada larut malam.  Bagi ZBA perkhidmatan Ticabus satu-satunya yang terbaik dan profesional di Central Amerika.  Tiket boleh ditempah dalam talian melalui ticabus.com.
OCC Bus Ticket Tapachula to Mexico City
Malaysian Embassy Mexico City
Raayat Malaysia, dikecualikan daripada sebarang Visa untuk memasuki Central Amerika tetapi ada bayaran-bayaran tertentu dikenakan dan perkara ini akan ZBA halusi dalam pengembaran mengikut negara-negara berkenaan.  Perlu juga diingat bahawa tidak semua negara di Central Amerika yang menempatkan Kedutaan Malaysia disana kecuali negara-negara terpilih sahaja. Jadi sekiranya berlaku keadaan diluar jangka agak sukar untuk berhubungan dalan usaha menyelesaikan masalah. 
Havana Cuban Muslim 
Penerbangan Air China

Makanan halal tiada dalam kamus di Central Amerika secara keseluruhan.  Terdapat penempatan orang-orang Islam tetapi bilangan mereka terlalu minoriti jika dibandingkan dengan papulasi penduduk setempat.  Itu pun sekadar penempatan penduduk mendatang terdiri daripada keturunan India, Pakistan dan Arab.  
Penerbangan untuk trip ini bermula 28 Mac 2018 daripada KLIA menuju Guangzhoau selama 4J 30M.  Transit dan seterusnya meneruskan penerbangan 13J 10M menuju Los Angeles. Transit di LA untuk connection flight ke Panama City. Di Los Angeles kami beralih penerbangan kepada Avancia Airlines menuju San Salvador dan seterusnya Copa Airlines ke destinasi terahir Panama City.  Jumlah penerbangan bagi dua sektor ini memakan masa hampir 7J.
Sesungguhnya kebanyakan penerbangan daripada Asia menuju US akan melalui China keutara Semenanjung Kamchatca, Rusia dan ke Utara melintasi Garisan International Data Line dan terus membelok ke Alaska dan destinasi terahir di US.  Disini akan berlaku pertukaran waktu melebihi 12 jam antara Asia dan US. Apa yang menarik disini jika keadaan cuaca pagi yang baik, kita akan dapat melihat bongkah-bongkah pepejal ice dengan jelas dibawah.  Satu fenomina yang  mengkagumkan akan kebesaran Allah SWT.  Manakala kemasukan dari Asia ke US memutarkan kembali waktu kehari sebelum lebih awal.
Sesampai di Panama City International Airport, terbayang di fikiran bahawasanya Central Amerika adalah dalam jangkaan awal apa yang pernah difikirkan oleh ZBA sebelum kesini.
Malam masih tenang dan awal dan kedatangan kami malam ini disambut dengan hujan gerimis.  Selepas selesai urusan imigrasi dan kastam kami berusaha untuk terus ke hotel penginapan.  Namun demikian tiada ada lagi perkhidmatan awam disediakan kecuali teksi.  ZBA berurusan dengan teksi tetapi dinasihatkan oleh kakitangan airport bahawasanya "U are not safe on the road at this time".
Alternatif terahir kami bermalam di "Airport Hotel"

WELLCOME TO PANAMA