Begin : 16 Dis until 24 Dis 2017
Sunday, December 10, 2017
Sunday, December 3, 2017
Tuesday, November 28, 2017
Friday, November 24, 2017
Monday, November 13, 2017
BALI TO BANDUNG OVERLAND

Peralatan untuk upacara yang diadakan setiap dua kali sehari. Pagi dan petang. Kekadang ditinggal bersepahan dan menjadi sampah dan kotor. |
Dietakan dimana saja termasuk diatas jalan-jalan |

![]() |
Ubud Rice Padi Field |
Semalam di Bali dan keesokan harinya sempat juga reroad ketempat-tempat tumpuan pelancung. Tapi cuaca agak kurang baik dengan hujan lewat petang dan terus menerus sehingga malam.

Tapi apa yang diragukan adalah perkhidmatan bas yang disediakan untuk standard antarabangsa. Mungkin berbedza dengan negara-negara lain tetapi tidak di Indonesia.
Bas yang dijadualkan berangkat 7.00pm telah ditunda sehingga jam 9.30pm gara-gara mencari penumpang. Perkara ini sama dengan kejadian ulat-ulat memburu penumpang seperti di Pudu Raya satu ketika dulu. Tiada sebarang makluman diberikan kepada penumpang yang tiba mengikut jadual. Tunggulah ! sehingga kehendak hati manager melepaskan keberangkatan bas.
bacaan tilawah ayat-ayat Suci Al Quran. Ini berlanjutan sehingga jam 7.00am dan disambung dengan kuliah dhuha yang boleh dikatakan dikeseluruhan Masjid. Satu fenomina yang belum pernah dilihat dimana-mana Masjid dinegara-negara diseluruh dunia.
Probolinggo seindah nama diberi. Kotanya bersih dan ZBA takrifkan sebagai "Kota Islam" yang sedang pesat membangunkan agama di Indonesia.
Upacara Masyarakat Hindu Bali |
setelah dipenuhi 16 penumpang. Tambang yang dikenakan ialah Rp 35K seorang dan perjalanan mengambil masa 1J30M sehingga ke pintu masuk ke National Bromo Park. Jika tiada penumpang lain, bas akan bergerak juga tetapi pada jam 12.00 tengahari mengikut keadaan dan keperluan. Bas untuk ke Bromo terletak 200m daripada Stesyen Bas Kota Probolinggo.
Laluan ke puncak Bromo daripada Probolinggo |
Al Kisah dari seekor kuda jantan |
Package termurah ialah dengan menggunakan Ojek atau motosikal. Mereka beroperasi tidak mengikut waktu dan perkhidmatan ini terdapat diluar Stasyen Bas Kota Probolinggo.
Tambang yang dikenakan ialah sekitar Rp70K satu perjalanan sehingga Cemaro Lawang, titik paling atas untuk didaki oleh kenderaan awam. Tapi ingat, risiko dimana-mana kerana keadaan jalan raya dan kecuraman dan pendakian yang harus dilalui.
Pemandangan diluar Kawah Bromo |
pelancung. Cuaca dianggarkan sekitar 10-15C dan sejuk. Ini adalah lokasi sebenar untuk pembaca mengambil kira bagi mendapatkan penginapan dan view yang cantik disekitar Bromo. Juga lokasi tumpuan paling dekat untuk memasuki Bromo dan bergerak ke sunrise di Gunung Penanjakan pada awal pagi.
Gunung Penanjakan. Dari sana pelancung akan diturunkan dan berjalan kaki keatas. Bagi yang kurang upaya mereka boleh menyewa perkhidmatan berkuda yang disediakan oleh penduduk tempatan dengan bayaran Rp100K kesatu point sebelum pembaca membuat pendakian hampir 100m keatas dan puncak.
Disini juga disediakan perkhidmatan berkuda dengan bayaran yang dipersetujui. Sekiranya dengan Ojek, pembaca akan dibawa terus kekaki gunung dan berjalan 200m ke tangga pendakian.



![]() |
Jeti Perikanan Kota Probolinggo |
ZBA menghabiskan masa sekitar 2 jam menikmati keindahan dan kecantikan Bromo dan persekitaranya. Cuaca yang diawal pagi agak sejuk dan bertukar panas selepas matahari terbit dan meninggi. Kawah gunung berapi mengaum walaupun pelancung datang dan pergi. Satu petanda Allah tunjukan kepada manusia akan kehebatanNya yang tidak terfikir oleh kecerdikan dan kepandaian manusia.
![]() |
Gunung Botak |
Bromo Info. Lokasi yang menarik untuk dikunjungi melihat kebesaran Allah khususnya tentang kejadian gunung berapi.
#Sewaan jeep untul explorasi ke Gunung Penanjakan dan Gunung Bromo dan sekitar kosnya Rp 150K. Bayaran masuk, antarabangsa Rp 250K dan lokal Rp 35K.
#Bersama Ojek ke kedua-dua destinasi seperti diatas kosnya Rp100K. Bayaran masuk biasanya terkecuali dengan kebijaksanaan pemilik Ojek menunggu saat untuk melepasi pintu masuk.
Penginapan atas kesesuaian dan pilihan daripada Rp 1j dan paling murah sekitar Rp100K.
#Kebanyakan penduduk di Cemara Lawang adalah berugama Hindu dan memilih makanan halal adalah satu kepastian.
ZBA masih mempunyai satu hari lagi di Problinggo. Kami turun daripada dataran tinggi Bromo dan menginap serta explore Kota Probolinggo sekitar jam 11.00am. Sebenarnya Kota Probolinggo agak besar dan dan mempunyai pelabuhan yang tersendiri. Mempunyai pengangkutan awam yang baik untuk bergerak kesana sini. Beca adalah pengangkutan utama dikawasan-kawasan pesisir bandar dengan harga yang amat murah.
![]() |
Keretapi Indonesia |

Nasib menyebelahi ZBA. Kebetulan ada perkhidmatan keretapi daripada Probolinggo ke Lempuyangan (Yokjakarta). Sebagai makluman stesyen Lempuyangan adalah satu km daripada Stesyen Tugu yang merupakan hub keretapi bagi Yokjakarta.
Perjalanan ini mengambl masa 8j adalah lebih selisa daripada bas yang juga mengambil masa sekitar masa yang sama. Tambangnya juga murah Rp94K. Laluan atau jalur keretapi ini daripada Probolinggo ke Surabaya dan Yokjakarta.
Re-road yang ZBA lakukan kali ini, bermula dari Bali ke Bayu Wangi ke Probolinggo ke Bromo ke Surabaya ke Yokjakatra dan berahir di Bandung. Perjalanan selama 9H/8M dengan kos kurang daripada RM1K.
![]() |
KELUANG |
Subscribe to:
Posts (Atom)