Monday, October 31, 2016

BALKANS TRAIN CIRCLE TO BOSNIA

Satu perjalanan yang mencabar minda dan fizikal. Walau bagaimana pun semuanya berbayar dengan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.  Bermula daripada 13 Mac 2016 di Athens dan berahir di Sarajevo pada 30 Mac 16. Perjalanan dengan keretapi yang jarang-jarang pembaca dengar daripada pengembara-pengembara sebelumnya mungkin. Jika benar, disini ZBA paparkan serba sedikit yang mungkin boleh dijadikan pedoman yang bermanfaat.
Rentetan perjalanan bermula daripada Athens (Larissa Stesyen) dan berahir di Thessaloniki. Tambang EUR35 dengan jarak 499km mengambil masa 5j22m dan 9 kali berhenti.  

Thessaloniki menuju Sofia bersamaan 7j21m.  Bermula 06.55am dan tiba 14.00pm.  Tambang EUR18.  Jarak perjalanan 360km dengan 9 perhentian.
Sofia ke Bucharest (North Gara).  Serdica Train bertolak jam 08.22am dan sampai 15.30pm.  Tambang EUR29 dan jarak perjalanan 539km.  Masa 9j17m dengan 19 perhentian.
Bucharest menuju Budapest Keleti.  Bermula 17.35pm dan tiba keesokan harinya 08.50am.  Tambang EUR40 dan jarak destinasi 839km.  Masa perjalanan  16j7m dengan 14 perhentian.
Budapest ke Zagreb.  14.45pm dan tiba 20.44pm.  Tambang EUR29 untuk 351km perjalanan.  23 perhentian dan mengambil masa 6j21m.
Zagreb ke Sarajevo sebagai destinasi terahir.  Bertolak jam 08.55am dan tiba di Sarajevo 18.15pm.  Tambang EUR24 dengan  jarak perjalanan sejauh 466km.  Mengambil masa 8j56m dengan 13 perhentian.
Jumlah keseluruhan perjalanan ialah 3,054km. Bermula daripada Greece ke Bulgaria ke Romania ke Hungary ke Croatia dan Bosnia Herzegovina
Manakala fasa terahir ialah daripada Zegreb ke Sarajevo melalui Banja Luka dan seterusnya Sarajevo.




 Pemandangan perkampungan  penduduk Croatia disepanjang perjalanan daripada Zagreb ke Sempadan Bosnia.
















 Dua diantara Stesen keretapi dalam 
                              perjalanan ini.                              















Sungai yang memisahkan sempadan diantara Croatia dan Bosnia.

Pemandangan semasa melintasi sempadan memasuki Bosnia dan lihat perbezaan diantara dua negara ini.  Manakala, "first inspiration" apabila dapat melihat Masjid yang pertama dan berikutnya di Bosnia Herzegovina.


Keretapi yang ZBA naiki lewat hampir satu jam semasa ketibaan di Stesyen Sarajevo.  Tidak ramai penumpang bersama kami dan ketika ini stesyen telah ditutup dan keadaan sudah gelap. Kami tiada pilihan lain kecuali mendapatkan teksi untuk kehotel penginapan.
Keesokan harinya ZBA terus bergerak ke Monstar dan Dubronik dan akan kembali semula ke Sarajevo selang beberapa hari disana.  Sarajevo adalah destinasi terahir ZBA di Balkan sebelum terbang ke Istanbul dan menamatkan "Balkan Train Journey" yang menyambil masa lebih daripada 3 minggu. 
Sarajevo secara detail akan dibuat dalam topik yang berasingan untuk memudahkan pembaca mendapat info yang tepat.
 JERUSALEM OF THE BALKANS

Sunday, October 30, 2016

SCENIC TRAIN JOURNEY BUDAPEST TO ZAGREB

Dibayangi kejadian keganasan di Paris yang mengorbankan beberapa mangsa, tempias kepada kejadian itu Hungary juga mengambil langkah-langkah keselamatan yang tegas.  ZBA dikejudkan dengan penempatan anggota polis dan tentera yang lengkap disemua tempat tumpuan ramai pengunjung. Keadaan di Stesen keretapi bagaikan zon perang. Pasukan khas daripada kedua-dua cawangan tersebut dalam keadaan siap siaga bertindak. Tetapi dengan laluan "senyum", kami seperti biasa diterima dengan baik sebagai pelancung.
Mengikut jadual, keretapi daripada Budapest menuju Zagreb bertolak jam 14.45 dan dijangka sampai ke Zagreb jam 20.44pm Tambang ialah EUR 29 bagi kelas 2 untuk 4 orang sebilik yang agak selisa.
Walau     bagaimana        pun kebiasaanya "Keretapi antara Negara" tidak ramai penumpang khususnya yang melintasi sempadan negara. Menjadi perkara biasa keretapi akan berhenti distesen terahir dan mengambil masa lebih satu jam untuk urusan pertukaran lokomotif dan pemeriksaan imigrasi.
Selepas memasuki negara berikutnya, sekali lagi keretapi berhenti untuk pemeriksaan kemasukan oleh pihak Imigrasi negara berikutnya.  Lama mana kita harus menunggu kebiasaan bergantung kepada jumlah
penumpang sedia ada. Kurang lebih sekitar 50 penumpang didalam dua gerabak yang terahir. Kebiasaan mengambil masa 1 jam dan lebih.
Mana-mana negara didunia kebanyakan laluan   keretapi
adalah "Laluan belakang" yang memperlihatkan kita kepada kehidupan penduduk setempat. Ini bermakna perjalanan 30 minit pertama kita pada awal perjalanan ialah "City live". Realiti
kehidupan sebenar penduduk disesuatu bandaraya. Kalau teratur, tersusun dan cantik bermakna, masyarakatnya juga begitu.  Tapi jika sebaliknya samalah seperti kita lihat di 1M.  Rumah-rumah dibina membelakangkan landasan keretapi dan lihatlah bagaimana kehidupan masyarakat kita. 
Budapest dilihat lebih teratur dan tersusun sehinggalah ZBA memasuki pusingan berikutnya dimana keretapi menyusur laluan pergunungan mengikuti susuh bukit yang curam.
Kebiasaanya disana mengalir sungai yang jernih dan terpelihara. Jadi untuk laluan ini pembaca harus memilih tempat duduk disebelak kanan perjalanan. Keretapi masuk dan keluar terowong adalah perkara biasa.  Pemandangan amat cantik kerana ketika ini keadaan tumbuh tumbuhan masih diperingkat awal berbunga.  Lupakan saja hasrat untuk tidur jika tidak mahu terlepas pandangan. 




















Melihat kepada penempatan penduduk, dilaluan ini tidak ada bandar besar dimana jarang sekali keretapi berhenti dan menurunkan penumpang kecuali beberapa stesen kecil pada jarak yang jauh.  Penduduk hidup dalam kelompok-kelompok kecil ditebing-tebing sungai dan dihubungi dengan jalan raya yang seiring dengan landasan keretapi. Rumah-rumah mereka tidak besar tetapi dalam bentuk sesebuah. Tidak kelihatan kawasan perindustrian kecuali pertanian dan ternakan secara kecil-kecilan.   
Secara keseluruhan, sepanjang perjalanan menuju Crotia daripada Hungary kita akan melintasi kawasan berbukit, hutan dan sungai  bersebelahan sehinggalah di sempadan kedua negara.  Mereka dipisahkan oleh sebuah sungai yang dikenali sebagai Mur River.
Hari telah merangkak malam dan ZBA  meneruskan perjalanan menyeberangi sempadan.  Sayup-sayup dikejauhan, berbalam-balam nyalaan lampu.  Tidak apa yang dapat dilihat diluar kecuali  deruan keretapi memecah kesunyian petang.
Jam menunjukan 20.45pm dan ZBA tiba di Stesen Keretapi Zagreb.  Stesen masih dipenuhi orang ramai dan kami dijemput oleh tuan punya GH yang terletak kurang 1km daripada sini.

Zagreb Historical Building

Laluan tram untuk ke Zagreb old Town

Zagreb pemandangan daripada Old Town








Zagreb diantara bandar termurah di Balkan. Merupakan ibu negara bagi Crotia. Penduduknya terdiri daripada Croat, Serbia dan lain-lain.  Terdapat sedikit minority Croat yang berugama Islam.  Di Zagreb terdapat sebuah Masjid yang terletak 4km daripada Zagreb. Penduduknya peramah dan negaranya selamat untuk dikunjungi.
Selain daripada Old Town yang menjadi tarikan pelancung ke sini, kebanyakan kawasan pelancungan adalah diluar Zagreb.   Mempunyai rangkaian transpotasi yang baik dan tidak menjadi masalah untuk bergerak kemana sahaja. Maklumat terperinci, pembaca boleh dapati daripada google sebagai nota untuk membuat perancangan perjalanan.

























WELL COME TO REPUBLIC OF CROTIA