Sunday, March 15, 2015

LATIN AMERICA TRAVEL BEGIN

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani,

Assalamualikum,

World Final Destination. Satu tekad dan nekad yang diidamkan oleh "Perayap Jalanan". Menuju Benua yang ke-7 dunia yang merupakan benua terahir dalam siri jelajah dunia dalam usia 61 tahun. Alhamdulillah semuanya kerana IzinNya.
AlQuran Surah Al-Ankabut 29:20
Mengembaralah kamu dimuka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Upper Deck MAS 380-800
Benua ketujuh. Benua Amerika. Merangkumi utara dan selatan dicantum menjadi Amerika Latin. Disana ZBA akan melawat dua daripada "7 wonder in the world" di Machu Picchu dan Cristh  the Redeemer serta tasik tertinggi dunia "Titicaca Lake" Pastinya disana akan tercacak bendera kegemaran "Hijau Putih" dengan kibaran megah melambangkan daulah keIslaman. Walaupun kosnya paling tinggi dalam sejarah "Perayap Jalanan" tapi  apa ada pada wang kalau kita yang selalu menjadi hambanya. Biarlah kali ini dia menjadi hamba yang paling setia kepada ZBA.

Bermula daripada Kuala Lumpur (KLIA) dengan penerbangan share kod MAS (Airbus380) menuju Paris (CDG). Dengan pesawat tercanggih  dunia terkini yang dijangka mengambil masa 13J diudara. Penerbangan paling jauh dan lama bagi julung kalinya. Transit di Paris selama 4J dan delay 1J. Dari Paris (CDG) meneruskan perjalanan dengan American Airline (AA Boeng 767) menuju New York (JFK).  Perjalanan mengambil masa 7J30M.
JFK International Airport, New York, USA
Transit selama 8J dan seterusnya meneruskan perjalanan dengan (AA Boeng 777) menuju Buenos Aires (EZE). Layover EZE  selama 9J sebelum meneruskan perjalanan ke Lima (LIM). Dari EZE ke LIM, ZBA memilih LAN Airlines (Airbus 320) dan penerbangan mengambil masa 4J30M.
AEP Domestik Airport, Buenos Aires
Penerbangan rentas bermula daripada Kuala Lumpur pada 26 Apr 15 jam 11.40pm dengan destinasi terahir di Lima, Peru pada 28 Apr 15 jam 10.20pm. Jarak penerbangan ialah 27,910km. Jumlah jam penerbangan selama 36J dan 45M untuk perjalanan  sehala.
Sajian makan malam MAS
Walau  pun semua penerbangan adalah pesawat commersial yang menyajikan makanan tetapi dalam penerbangan kali ini ketahanan mental amat diperlukan kerana perlu menempuh perjalanan dalam tekanan udara tinggi sepanjang perjalanan.
Lima International Airport, Peru
Semalaman di Lima, Peru dan keesokan paginya ZBA akan meneruskan lagi perjalanan menuju Cusco.  Penerbangan cuma mengambil masa 1J30M. Penerbangan ini dikira unik sebab ZBA pertama kali menaiki pesawat BAe 146 dengan empat injin berkembar.  Pesawat ini walaupun kecil tetapi mempunyai tempat duduk yang luas dan lapang. Dari sana barulah ZBA akan memulakan pengembaraan dibumi Latin Amerika.
Pesawat BAe 146 over Cusco Airport (3800MSNM)
Sedikit mengenai Pesawat MAS380-800 yang kini belum menjangkau satu tahun dalam perkhidmatan. Pesawat dari luaran nampak canggih tetapi didalam seakan-akan "rumah buruk".
EZE International Airport Buenos Aires
Dekorasi kabin dan tandas amat basic dan tidak sepadan dengan publisiti yang diberikan. Mungkin juga kerana kita berkehendakan "Basic" dan bukan "Full speck", maka inilah yang kita ada sekarang. Dengan kemelut                       hutang,
Santiago International Airport, Chile

bencana yang menimpa MAS dan sebagainya, pada pandangan ZBA, MAS akan lebih malang jika inilah penonjolan yang dipamirkan sebagai penerbangan komersial nasional negara. Makanan yang disajikan juga jauh lebih teruk kualiti jika
CDG International Airport, Paris
dibandingkan zaman kegemilangan nya dahulu. Ini ditambah lagi dengan tersebarnya berita daripada
CNN yang MAS akan menjual 3 buah 380-800 yang baru dimilikinya. Apapun imej MAS adalah sukar untuk dipulihkan kerana angkara kegelojohan dan politaik yang mencari keuntungan hasil keringat negara.
Miami International Airport, USA
Perjalanan 3 benua. Asia, Eropah dan Amerika. Merentasi Lautan Atlantik, melewati 4 bandaraya utama seperti Paris, New York, Buenos Aires dan Lima, Peru. 
Sedikit tentang penerbangan awam (commersial) negara-negara Amerika Latin. Sukar dipercayai tetapi itulah yang bakal terjadi kepada sesiapa yang bakal menaiki penerbanganAmerican Airlines(AA). Dipintu masuk (Boarding Gate), penumpang akan disoal siasat secara tidak langsung dengan berbagai soalan dalam kelumpuk individu, keluarga dan berkumpulan. Bentuk soalan-soalan yang disoal ialah sebagaimana kita ditemuduga untuk mendapatkan visa ke US. Ini akan mengambil masa sekitar 10-15M.  Oleh yang demikian penumpag AA diminta berada di boarding gate berdasarkan masa yang diberikan agar tidak ketinggalan penerbangan.

Sao Paulo International Airport
Perkara yang juga akan berlaku apabila penumpang menyerahkan custum decleration form kepada pegawai kastam bertugas. Banyak soalan-soalan bodoh dipersoalkan. Walau bagaimana pun kita harus akur dan senantiasa senyum bagi memudahkan segala urusan.
Dalam penerbangan commersial di Amerika Latin, 90% sajian yang dihidangkan adalah boleh dimakan kerana mereka tidak menghidangkan "Babi". Menu utama ialah pasta dan ayam disamping salat, biskut, roti dan sebagainya.  Tetapi harus waspada kepada penerbangan yang kurang daripada 2J kerana mereka akan menghidangkan minuman ringan dengan sanwish yang kekadang didatangkan dengan "ham".  
CDG Paris International Airport
Satu kebanggaan bagi negara-negara Asia dan Timur Tengah kerana pramugari kita lebih berkerampilan dan cantik-cantik jika dibandingkan dengan mereka.  Secara ikhlas ZBA katakan 50% pramugari mereka boleh dipanggil "Nenek". Bagi mereka pramugari bukanlah satu pekerjaan glamour malah sekadar pekerjaan biasa.
Satu perasaan sahaja apabila kita berada diudara.  "Jatuh pasti mati" tapi bagi ZBA ajal dimana-mana.  Tetapi setakat ini belum pernah dan mohon dihindarkan Allah daripada kejadian yang tidak diingini. Tetapi perasan itu akan tinggal dalam mimpi sekiranya kita mendapat "three @ four in one", bermaksud kekurangan penumpang dan kita dapat menggunakan 3 @ 4 seat sekali untuk tidur sepanjang penerbangan. 
Sao Paulo International Airport
Tektiknya dengan cara kita memasuki pesawat paling akhir atau menggunakan khidmat check-in dan meminta seat kosong disaat-saat terahir check-in.  Apa pun ini terpulang kepada "luck" sesaorang. Kebiasaanya teknik ZBA ini berkesan dan jarang sekali tersasar kecuali pesawat dipenuhi penumpang.
Diringkas cerita perjalanan pergi ZBA ke Amerika Latin bermula Kuala Lumpur menuju Paris.  Paris-New York. New York-Buenos Aires. Buenos Aires-Lima. 
Penerbangan Domestik. Lima-Cusco. Cusco-LimaLima-Santiago.  Santiago-Buenos Aires. Buenos Aires-Sao Paulo. Sao Paulo-Rio De Janeiro. Rio De Janeiro-Buenos Aires. Buenos Aires-Iguazu.  Iguazu-Buenos Aires.
Penerbangan        balik. Buenos Aires-Miami.  Miami-Frankfurt. Franfurt-Kuala Lumpur. Jumlah keseluruhan jam penerbangan antarabangsa ialah 68jam pergi dan balik.  Ini tidak termasuk penerbangan domestik lebih kurang 20jam.
Satu pengalaman bersejarah dalam hidup.  Walau bagaimanapun ZBA bersyukur kepada Allah atas kurnianNya yang tidak terhingga dalam semua nikmat yang membolehkan "Perayap Jalanan" menjejaki 7 benua didunia yang meliputi satu dunia. 
Cita-cita yang bermula ketika melakukan trail seusia muda 15 tahun tercapai sudah.  45 tahun menghadapi suka duka, liku-liku kehidupan dari penghayatan Firman Allah dalam Al-Quran dari Surat Al-Ankabut Ayat 20.


SUBHANALLAH, WALHAMDULILLAH, WALLAH HUAKBAR