Monday, November 23, 2015

PERTH CITY WESTERN AUSTRALIA

Perth adalah bandaraya terbesar terahir di Australia yang pernah ZBA jejaki.  Kali pertama ialah tahun 1981 dan berada disana selama satu tahun atas urusan negara. Diikuti tahun 1994 dan terahir dan kini selepas 21 tahun ke Perth.  Benua pertama dan negara ketiga ZBA berada diluar negara selepas Thailand dan Singapura.
Dahulunya Australia ialah sebuah negara anti kulit hitam khususnya bagi orang-orang daripada negara-negara Asean. Gelaran bagi kita orang-orang Asia ialah sebagai "Fucking Black" tertulis dimana-mana ditempat awam khususnya di Melbourne dan Sydney. ZBA juga pernah dilihat sebagai "Aborigines" ketika bersama-sama dengan masyrakat peribumi Aussie ketika itu di Brisbane.  
Ketika Sukan Commenwelth di Brisbane 1981, kami juga turut serta menunjuk perasaan sebagai tanda simpati bersama kaum peribumi menuntut hak keadilan "Land Right"   mereka daripada kaum kulit putih yang merupakan
"lanun" yang dibuang daerah oleh British ke Australia.  Namun sehingga kini mereka tetap terpinggir dek "wang saku" yang diterima setiap 2 minggu sekali.  Wang tersebut adalah memadai untuk melenakan mereka dengan seteguk bir. Kaedah ini samalah seperti orang Melayu menerima BRIM sebagai suapan demi kepentingan politaik umNo untuk mengekalkan kuasa.  Sesungguhnya nasib malang ini ada sehingga hari ini.
























Walau pun Australia negara berpendudukan "lanun buangan" British,  tetapi mereka membangun seiring dengan negara-negara maju didunia.  Dewasa ini ramai sekali warganegara asing ingin menjadi kerakyatan mereka tetapi dipilih, dipantau dan diselidiki serta diberi tempuh masa sebelum diberi taraf penduduk tetap.  Perkara ini tidak terjadi sebagaimana di NegaraKu dimana "Bangla" pencari plastik dan kertas dilonggokan sampah pun diberi "IC Biru" kerana menghargai kerajinan mereka kata "Menteri".  
Jadi, sebelum pembaca mengunjungi Australia, pastikan visa diperolehi terlebih dahulu.  Caranya amat mudah dengan e-visa yang diluluskan  dalam masa 24J.  Passport tidak perlu ditampal dengan   "Visa Stamping" sebagaimana bagi negara-negara lain.  Semuanya dalam bentuk dalam talian. Walau bagaimana pun pastikan satu salinan pengesahan dibawa bersama.
Kebiasaanya kita mengambil jalan mudah.  Betul itu satu keistimewaan.  Tetapi tidak bagi pengunjung yang akan mengunjungi Australia.  Oleh yang demikian, sungguh pun ada diantara kita yang telah "check-in" tetapi pastikan kita melapurkan diri di kaunter penerbangan.  Ini kerana check -in kita tidak valid sehinggalah pengesahan visa kemasukan ke Australia disahkan oleh kaunter penerbangan. 
Sesampai kita dimana-mana pintu kemasukan ke Australia, dengan e-visa, kita hanya perlu mengisi borang pendaratan dan menyerahkan passport. Tidak ada stamping dilekatkan malah memadainya dengan
Pinnacle at Nambung National Park

scerening passport yang dilakukan kita dibenarkan memasuki Australia. Satu sistem yang mudah, cepat dan efisyen.  Kalau ini dilakukan dinegara-negara lain, kita dapat menjimatkan satu muka surat di dalam passport bagi setiap satu
perjalanan.  Dan perlu diingatkan juga bahawa pengisian borang pelepasan adalah diperlukan semasa hendak meninggalkan Australia.
Australia bukan sekadar sebuah         negara       tetapi
merupakan sebuah benua tersendiri.  Jadi semua pengunjung dialu-alukan. Sesungguhnya Australia mempunyai tarikan yang tersendiri.  Apa yang penting kita mesti mengikut garis panduan yang ditetapkan.  
Seringkali     ZBA   mendengar
rungutan berhubung penggunaan anjing semasa pemeriksaan Kastam di Australia.  Itu tidak dapat dielakan. Perkara telah dilakukan sejak tahun 1981 malah lebih awal daripada itu.  Kalau dahulunya anjing masuk kedalam beg tetapi kini tidak lagi memadai dengan hiduan oleh anjing pengesan.  
Kita sepatutnya berterima kasih dengan tindakan mereka, sungguhkan pun melanggar tatasusila keagamaan. Hakikatnya kita tidak pernah mendengar
kemasukan secara haram dadah kenegara mereka. Semua petualang-petualang tumpas, ditangkap dan dipenjarakan. Manakala negara mereka bebas daripada dadah.  Tidak sebagaimana NegaraKu.
Diperhatikan khususnya diawal pagi di KLIA dan KLIA2. Apakah yang dilakukan oleh Pegawai Kastam bertugas. Mesin Ex-Ray dibeli dengan ratusan juta wang raayat tetapi tidak digunakan. Laluan dibiarkan terbuka dengan puluhan beg dari pengunjung luar negara senang lenang ditarik keluar.   Manakala pegawai bertugas sibuk dengan talipon bimbit ditangan menjawap washap.
Dengan kelemahan tersebut, telah puluhan kali didada media, pihak berkuasa berjaya merampas dadah bernilai jutaan RM disana dan disini.  Di FELDA-FELDA pula Mat Gian ada dimana-mana. Kes-kes yang melibatkan penagihan dadah melakukan jenayah bunuh, rogol dan sebagainya hari-hari terpapar didada akhbar.  Jawapan oleh Menteri "Malaysia masih aman".
Restorant  Malaysia yang terkenal di Perth
Sepatutnya kita perlu mengambil iktibar daripada apa yang mereka lakukan untuk menyelamatkan keadaan yang semakin tenatdan membimbangkan. Oleh itu kita perlu akur kenapa mereka tidak membenarkan kita membawa makanan dan barang-barang yang dilarang.  Jika memerlukan sangat-sangat adalah lebih baik berterus terang dan jangan mencari helah.  
IM amat  berbangga sebagai negara berbilang bangsa dan kononnya hidup aman damai. "Malaysia masih aman", tetapi jenayah dimana mana dilapurkan oleh media  saban hari. Gimik media pencacai mencari publisiti murahan. Perth.
Laluan Basikal
Tidak kurang juga berbilang bangsa dan keterunan. Tetapi kenapa mereka dapat hidup dalam dan damai. Kerana apa, kerana tahap penguatkuasa undang undang mereka tidak korap. Tindakan keras dikenakan kepada sesiapa yang melanggar peraturan. Pembaca bebas berbuat apa saja asalkan peraturan  dihormati dan dipatuhi.

5 hari ZBA memandu disana hampir 700km.  Tiada sekali pun kedengaran hon dibunyikan.  Jalan rayanya bertaraf dunia sekalipun kasar dan berbatu kerikil. Tiada lubang dan tampal tampung      kelihatan.   Tiada perempet jalanan.  Kelihatan motosikal tetapi semuanya ada kelas dan berkuasa tinggi. Maaf buat perempet kerana tempat anda digantikan dengan basikal. Laluan khas basikal ada dimana-mana.  Mereka tidak mengganggu pengguna jalanraya malah pemandu kenderaan menghormati mereka.  Satu sikap yang amat baik ditunjukan oleh warga Perth.
 IM menggunakan bermacam-macam kaedah untuk mendisiplinkan pengguna jalan raya sehingga ketahap menteri bodoh.  Kemalangan maut dilapurkan saban hari. Tetapi tidak  di Perth. Mereka cuma menggunakan papan tanda dan camera.  Kalau kederasan dihadkan 60 kmj, maka pembaca
boleh melihat semua pemandu memandu dengan kelajuan yang ditetapkan.  Kalau 90 kmj, maka kenderaan yang dipandunya juga 90 kmj. Manakala bagi lebuhraya, laluan  memotong  khas  dibina dalam  jarak  antara 10km dan selebihnya khusus untuk kenderaan yang laju memotong. Mereka amat patuh dan peka dengan arahan dan ketetapan yang dibuat.  Tiada kemalangan maut dilapurkan. Media mereka seolah-olah tiada berita tempatan untuk disiarkan.
Apa yang pelek ZBA lihat, kalangan pemandu grand prix khususnya dari 1M boleh pula mematuhi arahan tersebut. Malah lebih berhati-hati dengan tatatertib memandu yang tinggi.
Jika   di 1M  mereka  adalah hero paling   hebat  dijalanraya.   Apa tidak, jika pembaca memandu di lebuhraya di1M dan terdapat laluan"susur" didepan, lorong kanan yang selalunya untuk kenderaan laju akan "berhenti" manakala lorong kiri yang sepatutnya kenderaan perlahan dan berhenti menjadi
"lancar" perjalanan.  Di lampu isyarat pula, perempet melakukan apa saja yang mereka suka walaupun dihadapan trafik bertugas. Mereka tidak hairan malah mencabul undang-undang sedangkan petugas memerhati tanpa sebarang tindakan.  Itulah antara fenomina yang kita dapat lihat setiap hari.  Itulah imej kita dimata asing.  
Pagi dan petang media pencacai melapurkan perkara yang sama 365 hari setahun.  Apa tindakan, tiada tindakan. Ratusan pengguna jalan raya meninggal setiap bulan. Ops sana Ops sini, saman sana saman sini,  pokoknya raayat ditipu buat selamanya.
Perth tidak kurang juga mempunyai banyak tempat-tempat yang menarik untuk dilawati.  Almaklum oleh kerana Australia adalah sebuah benua maka tidak hairanlah jarak diantara satu tempat dengan yang lain amat jauh.  Jadi untuk merancang perjalanan setidak-tidaknya masa seminggu atau lebih adalah wajar dalam rangka lawatan yang munasabah.
Perth mempunyai segala-galanya untuk pelawat. Dari yang asas kepada keperluan yang dikehendaki boleh diperolehi dengan mudah.  Kos of living adalah munasabah dan mampu untuk dilawati.   Tetapi bagi pemastautin tetap, mereka menikmati kehidupan yang murah jika dibandingkan dengan negara  terbaik dunia 1M.
Makanan halal tiada menjadi masalah bagi yang beragama Islam. Terdapat berbagai restorant halal de ngan kepelbagaian citarasa dan masakan di bandaraya Perth.  Pilihan adalah ditangan pengguna.
Manakala sembelihan halal dan bahan mentah makanan Asean juga ada dijual dan mudah untuk didapati.  Perlu diingat, semua pusat membeli belah mereka hanya dibuka seawal jam 10am dan ditutup sekitar 8pm. Hari sabtu dan ahad adalah hari kelepasan am dan merupakan hari bersukan dan riadah.  Selepas jam 8pm semua kawasan bandar dan perumahan menjadi sepi dan jarang-jarang kelihatan manusia berkeliaran khususnya semasa musim sejuk.
Dengan teknologi 'fingers tips' rasa-rasa tidak perlu ZBA meyenaraikan tempat-tempat menarik yang terdapat di Perth. Pembaca boleh mencari sendiri mengikut minat masing-masing. Pastinya "Park" adalah tarikan utama pengunjung ke Perth.

                     PAGE UNDER  CONSTRUCTION
THANK YOU 

ISSKY LAKE CHOLPON-ATA



Issky Lake atau terkenal  dan dikenali sebagai "Warm water". Lake, 182 kilometres panjang dan melebihi   60 km lebar. Merupakan tasik kedua terbesar dengan keluasan 6,236 km persegi selepas Tasik Titicaca di Peru. Berlatar belakangkan Banjaran Tian Shan yang memutih salji sepanjang tahun. Berada di altitude 1,607 meter daripada paras laut dengan kedalaman dicatatkan sedalam 668 meter. Di fahamkan terdapat 118 sungai dan jeram mengalir masuk ke tasik ini.



The lake's southern shore is dominated by the ruggedly beautiful Teskey Ala-Too Range of the Tian Shan mountains. The Kungey Alatau of the Tian Shan runs parallel to the north shore.
Pagi ini cuaca amat mendamaikan.  ZBA keluar daripada hotel agak awal dengan harapan untuk mendapatkan perkhimatan bas yang awal ke Issky Lake. Berbekalkan sekeping roti tempayan dan sebotol air
mineral ZBA berjalan kaki lebih kurang 10 minit telah kelihatan deretan kereta tumpangan dan sejumlah bas mini menanti untuk bergerak sebaik quota penumpang penuh.  Orang ramai masih kurang kecuali penjawat awam bergegas menuju lokasi pejabat masing-masing.
Awal pagi kami disapa "Ulat-ulat station" untuk memberi perkhidmatan dan untuk disembelih konon. Mereka salah orang, kami adalah traveller dan bukan hari ini merayap ke luar negara. Kami telah membuat kajian dan mencatatkan apa yang perlu disetiap mana-mana negara yang menjadi tujuan lokasi merayap.  
Dengan izin Allah pemandu sebuah Mercedes Ben menyapa ZBA dan membuat tawaran perkhidmatan. Tawar menawar bermula dan akhirnya kami memperolehi harga yang lumrah dibayar Som700 untuk dua tempat duduk       bagi      perjalanan 
sehala Bishkek ke Cholpon Ata.  10 minit kemudian sepasang suami isteri warga tempatan memenuhi dua lagi kerusi dan kami memulakan perjalanan yang dijangka mengambil masa 3j hingga 3.30.  Kenderaan yangb serba mewah dengan 4 penumpang dan seorang pemandu yang berhemah. (Warga tempatan membayar Som800 sedangkan ZBA membayar Som700. Itulah hikmah jika kita membuat Initerary sendiri dan faham tentang selok belok perjalanan).


Matahari beransur tinggi.  ZBA disebelah tempat duduk dihadapan. Camera tersedia ditangan dengan fastspeed stanby.  Mercedes yang kami tumpangi beransur meninggalkan bandaraya Bishkek. Bishkek sebenarnya bukanlah sebuah bandaraya
yang besar memadai sebuah bandar lama peninggalan era Soviet Union. Jarang kelihatan bangunan melebihi 10 tingkat yang morden kecuali beberapa buah hotel mewah.  Jalanraya pemanduan sebelah kanan dengan keadaan bentuk jalanraya yang sederhana. Oleh kerana waktu masih awal, kesesakan jalanraya dimana-mana.
Setengah jam berlalu kami melintasi jalan pintas menuju Cholpon Ata.  Lengang dan masih tidak banyak kenderaaan ulang alik. Banjaran Tian Shan kelihatan jelas merentangi, memagari Bandaraya Bishkek saujana mata memanjang. Cahaya matahari memancar dan
memberikan pantulan yang amat cantik dengan berbagai warna. Salji masih kelihatan memutih dipuncak. Pemandangan bertambah indah dengan latar belakang tanaman ladang yang mendatar, berpetak dan tersusun  lurus.  Al maklum semasa kunjungan ZBA,  Kyrgyzstan sedang menghadapi longgokan musim buah-buahan.
Bersama keluarga tempatan di Issyk Lake.
Epal, anggur, pear dan pelbagai buah-buahan musim sejuk didapati disini.  Antara buah-buah teropika yang juga segar bugar  ialah pelbagai spesis
Ikan daripada Issyk Lake
tembikai.  Longgokan berlori lori ditepi-tepi jalan. 
Sebut saja  mana satu yang menjadi pilihan.  Harganya cukup murah. Saiznya paling kurang 5kg dan paling besar sebesar tong gas. Rasanya amat manis jika dibandingkan daripada tembikai dinegara-negara lain.  Rock water melon mereka, manisnya menyamai rock water melon di Gilgit, Pakistan. Pembaca tidak digalakan memakan ditempat terbuka dibimbangi akan disengat lebah.  
Satu jam perjalanan, ZBA telah merakamkan hampir seratus pemandangan terbuka yang cantik.  Jalanraya ke Cholpon Ata agak cantik dan kami masih sepertiga perjalanan sejauh 263 km.  Cuaca panas dan terang walau pun diluar sana  sejuk.
Jarang kelihatan penempatan penduduk disepanjang perjalanan. Ladang ternakan terbuka luas khusus untuk ternakan dan perladangan.  Ternakan yang lumrah didapati ialah ternakan kambing, bebiri, lembu dan kuda.  Kami meneruskan perjalanan selepas toilet stop dan mengisi minyak.
Jajaran laluan keretapi mulai kelihatan sebaik melepasi bandar kecil Tokmok.  Kami memulakan perjalanan merentasi kawasan pergunungan.  Matahari semakin tinggi memancar daripada atas. Kawasan pergunungan bagai dilimpahi cahaya dan kelihatan berbalam-balam dengan pemandangan yang cantik.  Jajaran jalan keretapi
keatas kebawah berliku liku mengikut kontour muka bumi. Sungai dibawah mengalirkan arus deras dengan air yang amat jernih dan sejuk. Beberapa penempatan penduduk kelihatan ditepi-tepi jalan dan juga R & R bagi pemandu-pemandu berehat dan penumpang menikmati keindahan alam semula jadi ciptaan Allah.  Subhanallah.

Dua jam berlalu ZBA menikmati kecantikan dan keunikan bumi Kyrgyzstan.  Tiada perkataan dan ungkapan dapat dilahirkan dengan perkataan sekadar menyebut Masyaallah, Subhanallah dan Allah Huakbar.
Dalam keasyikan dan lamunan, ZBA sampai kesebuah bandar pengantara laluan ke Barat dan ke Timur di utara Issky Lake. Bandar kecil yang dinamakan "Balykchy".  Perhentian terahir keretapi ke sektor selatan yang saya kira laluan tercantik untuk sampai dan melihat tasik Issky Lake.  Sebagai makluman perjalanan keretapi kesini memakan masa 6 jam dengan harga sekitar RM 3.00 bagi perjalanan sehala  daripada Bishkek.
Balykchy(‘the fisherman’), a town of 42,000 people at the western end of the lake. Once a major transport hub (it’s the railhead of the line from Bishkek), Balykchy today is a quiet, dusty place. Lenin’s portrait looks over the rooftops; his statue stands, arm outstretched, in front of the town hall. On the other side of town there’s a statue commemorating the contribution of mothers during the Great Patriotic War. A green tank on a podium is a memorial to the men from the town who died in Afghanistan. ‘We will always remember.’ 
Dari Balykchy sehinggalah ke pekan kecil Cholpon Ata adalah jalan pesisir diutara Issky Lake.  Selatan Issky Lake pula dipagari dengan Banjaran Tian Shan dan diutara tanah pamah dan juga banjaran pergunungan.  
Satu jam lagi kata pemandu kami.  Aduh kematu buntut. Jalanraya memasuki fasa jalan tarmek tetapi berbatu kerikil keras.  Berdesing kenderaan diatasnya.  Pemandangan ZBA banyak tertumpu kepada kecantikan Issky Lake daripada kawasan pergunungan. Disepanjang perjalanan boleh dikatakan terdapat 60 % penempatan penduduk tempatan. Mereka kebanyakan adalah para petani, penternak serta nelayan tasik. Beberapa penempatan lake resort dibina ditepi tasik untuk kemudahan pelancung.
Sebagai umat Islam ZBA amat teruju melintasi laluan ini kerana kita dapat melihat Masjid dimana-mana sahaja.  Tidak sebagaimana Uzbekistan memang sukar sekali untuk melihat masjid apatah lagi bersama mereka berjamaah. Bentuk binaan Masjid agak sama
dengan kubah berwarna biru dan tidak ketinggalan terdapat tanah perkuburan yang unik dibina bersebelahan.  ZBA difahamkan majoriti penduduk disini berugama Islam dengan segelintir berugama Kristian dari kalangan minoriti orang-orang Russian yang sekian lama bertapak di Kyrgyzstan.
Pergunungan Tian Shan
Diawal perjalanan ZBA ceritakan tentang musim buah-buahan. Ya, sungguh pun ZBA telah merayap kesana kemari, inilah pertama kali melihat dan memegang bual epal seumur hidup dari ranting dan pokok sebenar.  Disepanjang laluan ini dimana sahaja ada rumah, disitu ada anggur, epal dan pear.  Merah, kuning, hijau bergayutan dipokok.  Ibarat kita di 1M, dimana ada rumah disitu ada pokok rambutan.  Sungguh menakjubkan.  Rezeki melimpah Allah berikan kepada mereka.

Jam kini menunjukan 12.15th, ZBA sampai di pekan kecil Cholpon Ata.  Walaupun keletihan menempuh perjalanan tanpa henti tapi terbayang kepuasan disetiap kami. Pemandu meminta alamat dan menghantar kami kelokasi penginapan.
Cholpon Ata.  Sebuah pekan kecil ditengah-tengah perjalanan dari barat ke timur dan sebaliknya diutara Issky Lake. Penduduknya kurang lebih 13 ribu orang dan merupakan sebuah pekan peranginan pantai. Pantai disini bermaksud pesisir tasik air tawar Issky Lake.
Ramai pengunjung kebanyakanya daripada negara-negara Central Asia yang menghabiskan cuti musim panas mereka disini. Al-maklumkan bagi mereka yang tidak pernah melihat laut, walaupun sebuah tasik tetapi telah merupai sebuah lautan bagi mereka. 
Penginapan bagi para pengunjung tiada menjadi masalah.  Banyak penginapan budget dan sederhana dengan harga yang berpatutan tersedia. Bagitu juga bagi pengunjung muslim untuk mendapatkan makanan halal, pilih dan makan. 
Issky Lake secara kasar bagi pandangan ZBA tidaklah secantik negara pesisir pantai yang sering kita kunjungi.  Tetapi bagi mereka yang tidak pernah melihat laut mungkin satu kecantikan sebagaimana yang pernah diceritakan oleh media.
ZBA menghabiskan 4H/3M disini dengan menghirup udara panas dan dingin disiang hari dan malamnya menggigil kesejukan.  
Dalam perjalanan pulang kami mengambil laluan yang sama walaupun jarak diantara Almaty dan Cholpon Ata tidak sampai 100km melalui jalan pintas. Dimaklumkan sempadan Kazakstan dan Kyrgyzstan bagi sempadan berkenaan telah ditutup untuk pelancung asing kecuali penduduk kedua-dua negara berurusan harian.
Tambang Cholpon Ata ke Bishkek ialah Som300 sehala dengan Van yang merupakan pengangkutan ulang alik terbaik dan terpantas.  Mereka bergerak sebaik penuh dan masa perjalanan adalah 3.30 minit.
ISSKY LAKE
LAKES OF CENTRAL ASIA