Friday, October 25, 2013

PARADISE ON THE EARTH MALDIVES

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani
Assalamualaikum,
Sebuah pusingan bermula.  Dari padang pasir yang kering kontang (Timur Tengah) ZBA melangkah ke hutan belantara (Cotabato, Mindanao) dan kali ini terjun pula ke lautan (Maldives).  Satu rahmat yang tidak terhingga kerana bumi Cotabato mengingatkan kami kepada kematian dan bumi Maldives membuka pula harapan untuk merayap dan beristirehat.  
Tiga demensi alam yang sungguh berbedza. Sebelum ini banyak pengembara menceritakan keunikan dan kecantikan pantai Boracay di Filipina yang saya juga pernah kesana dan kini kita akan membicarakan pula Kepulauan Maldives yang dikatakan sebagai "Paradise on the earth".
Sebenarnya ini satu penantian yang telah lama dan kini jawapannya terjawab.  AirAsia, penerbangan yang sinonim dengan ZBA membuka laluan bagi perayap yang tidak berduit. Dengan tambang RM828 dan Marble Hotel menawarkan harga istimewa 5H/4M berjumlah RM622 + 18% + USD 8 overnight tax, membuka ruang untuk  ZBA  merayap ke bumi Maldives. 
Maldives dikatakan lautan yang tidak bertepi dan pandangan yang tidak berpenghujung. Tahniah sekali lagi kepada AirAsia yang julung kali mengendalikan penerbangan transit dan juga merupakan satu-satunya penerbangan mereka setakat ini.  
Sebenarnya bukan pertama kali ZBA singgah dan merayap di bumi Sri Lanka. Colombo merupakan transit terbaik bagi mendapatkan penerbangan tambang murah ke negara-negara Timur Tengah.  Tetapi pembaca harus ingat bahawa bagi tempoh 2H/1M, pemegang passport 1M tidak dikenakan bayaran Visa dan pembaca boleh keluar daripada lapangan terbang dengan syarat tempahan hotel sebagai pengesahan untuk pihak imigresen Sri Lanka.

Free 30 days VOA to all visitor to visit Maldives. Satu berita gembira buat para merayap.  Tetapi harus ingat bahawa syarat-syarat berikut wajib dipatuhi.  Pertama adanya "returned ticket" dan kedua  posession money USD 30 bagi setiap malam tinggal di Maldives atau confirmation bahawa kita telah mempunyai tempahan bilik hotel.
Maldives mempunyai currency tersendiri di kenali sebagai Rufiyaa. 1RM bersamaan MVR 4.889 atau 1MVR bersamaan RM 0.204.  Musim paling panas ialah April dan paling sejuk ialah Disember.
Pengangkutan popular ialah "Dhoni" atau "Maldivian Ferry" yang menghubungkan antara pulau ke pulau dan pengangkutan udara yang dikenali sebagai "Water taxi". Kepada pembaca yang berkemampuan, banyak perkhidmatan speed boat disediakan menghubungkan ribuan Kepulauan Maldives.
Di Maldives ujudnya "Syurga" dari tebaran ribuan pulau di Lautan Hindi.  Dari mata kasar pendapatannya utama adalah bergantung dari hasil perikanan dan pelancungan.  Ya, Maldives memang terkenal dengan eksport tuna segar. Sekilo filet tuna beharga RM4.00 bagi gred A. Everage besar tuna yang ditangkap ialah 60kg dan yang paling besar ialah 140kg.  Unik sekali bagi Maldives.  Sepanjang kawasan teritori Maldives sejauh 400km keliling, penangkapan ikan secara ber "jaring" (pukat) tidak dibenarkan sama sekali.  Mereka yang melanggar peraturan ini dikenakan tindakan tegas dan hukuman yang berat.  Canggih negara  perikanan yang tidak menggunakan jaring untuk menangkap ikan.  Jadi mereka akan menggunakan pancing sebagai satu cara menangkap ikan.
Kedatangan pelancung ke Maldives ialah kerana tiga  sebab utama. Pertama, kecantikan dan keunikan pantainya. Kedua, aktiviti sukan kelautan. Ketika, beristirehat dan berbulan madu. Oleh yang demikian tidak hairanlah Maldives dikatakan salah satu daripada pulau pelancungan yang mempunyai resort yang termahal didunia.  
Anugerah Allah kepada penduduk Maldives yang 100% berugama Islam.
ZBA dimaklumkan bahawa terdapat sebuah resort di Maldives yang cuma mempunyai 3 buah bilik dengan setiap sebuah bilik beharga USD 35,000 satu malam bertempat di L. Atol. Kedua termahal dengan restoran didalam air beharga USD 3,000 semalam di S. Atol. Selebihnya sekitar USD 200 paling murah. Harga berkenaan tidak termasuk 18% tax, overnight charge USD 8 pernight perperson dan 8% GST tax.  Tambang boat pulau kepulau dan lapangan terbang dan sebagainya tidak termasuk dalam kos.  Manakala over night dekat mana-mana pulau dikenakan bayaran sebanyak USD 21 semalam dan penggunaan harian untuk berkelah dan snorkling  berjumlah USD 11 untuk satu orang.  Untuk makluman, resort-resort di Kepulauan Maldives semuanya berurusan dengan USD walaupun mereka mempunyai mata wang sendiri.
ZBA telah melewati 3.10 jam penerbangan daripada LCCT ke Colombo.  Transit 1jam didada pesawat di Colombo. Meneruskan penerbangan 1.10jam lagi ke Male, Maldives.  Ini bermakna penerbangan daripada LCCT-Colombo-Male mengambil masa 4.20 + 1jam transit.  Letih. Walau bagaimana pun penerbangan dari Male, pesawat akan  terus ke LCCT kecuali bagi penerbangan hari selasa.  Unik  dan ini merupakan  satu-satunya penerbangan AA yang membekalkan makanan percuma pergi dan balik.
Dari ketinggian 2,000 kaki diudara kita akan dapat melihat pemandangan cantik lapangan terbang Antarabangsa Male. Terdampar membujur seolah-olah sebuah kapal Pengangkut Kapal terbang yang terapung dilautan luas. Tebing ketebing semuanya lautan.  Manakala bersebelahan pula "water taxi" naik turun mendarat diair membawa penumpang dari pulau ke pulau dari sejauh 400 km persegi dari sejumlah 1150 buah kepulauan Maldives.
Kebetulan ZBA sampai ialah hari Jumaat.  Hari cuti umum bagi raayat Maldives.  Satu counter imigrasi sahaja dibuka bagi menyambut kedatangan penumbang sebuah pesawat Airbus 330. Aduhai malangnya bagi penumpang dibelakang yang secara kebetulan sebuah lagi pesawat Airbus 330 Air France menyusuli kami.  Sungguhpun Maldives memberi VOA sebagaimana diterangkan diatas, ZBA masih lagi dikehendaki menunjukan pengesahan "hotel booking" dan "returned ticket" serta mempunyai "Credit Card" sebagai bukti.  Oleh yang demikian, pembaca harus mengambil iktibar ini agar perjalanan tidak tergendala.
Sebagaimana kebiasaan, ZBA menukarkan USD kepada Rufiya agar senang berbelanja. Ingat Maldives mempunyai sistem kawalan pertukaran matawang yang agak ketat. Kita wajib menyimpan resip pertukaran matawang untuk ditukarkan kembali. Kita tidak boleh sesuka hati pergi menukar kemana-mana money changer sedia ada. Mereka tidak akan menerima kecuali  kita menukar membeli dan menjual ditempat yang sama beserta resip sebagai bukti.  Jika tidak pembaca akan pulang dengan Rufiya dan mungkin tidak diterima dimana-mana negara.
Selesai urusan kastam, ZBA meneruskan perjalanan ke Male ibu negara Maldives dengan pengangkutan air dikenali sebagai  "Dhoni".  Tiket beharga R10 bagi perjalanan sehala yang mengambil masa 20 minit kesebuah pulau yang lain.  Dari kejauhan Male seolah-olah sebuah pulau yang ditumbuhi batu bata dan dikelilingi oleh laut dan pada bila-bila masa sahaja akan karam jika ombak menghempas dari lautan luas.


Benar sebagaimana nampak dari jauh.  Male padat sepadatnya dengan  hutan batu bata.  Jalan-jalan hanya sekadar muat untuk berselisih sebuah kenderaan kecil. Pandu arah menjadi sukar kerana tiada landmark yang nyata dan jelas walau pun pulaunya sebesar 3 X 2 km keliling. Kenderaanya hanya motosikal disamping teksi dan sedikit kenderaan persendirian. Pengangkutan bas kecil ada disediakan tetapi hanya sekadar ada.  Cara terbaik adalah berjalan kaki dari satu tempat kesatu tempat.  Male iras sebagai "Venice" kedua di Asia Selatan. 
Dua perkara unik bagi Maldives.  Satu. Sistem memproses air laut sebagai air minuman dikatakan yang terbaik dan diiktiraf oleh WHO. Jika kita mandi di hotel atau membasuh dimana-mana, sememangnya kita tidak mengetahui bahawa air yang digunakan adalah air yang ditapis daripada air laut.

Kedua.  Tiada sistem perparitan di Male.  Sebenarnya tiada ruang untuk diadakan. Tiada tumbuh-tumbuhan kecuali sedikit dikawasan pesisiran pantai.  Manakala dikeliling pulau juga ditambak untuk mengelakan daripada dibadai ombak besar. 
ZBA difahamkan setiap kaki persegi tanah di Pulau Male berharga sekitar RM 7,000.00 dan pendapatan perkapita mereka diantara yang tertinggi didunia. 
Maldives dilihat sebagai Negara yang  patuh  mengamalkan pemerintahan Islam. Minuman keras dilarang dimana-mana kecuali di resort-resort nun jauh dikepulauan yang bertaburan. Wanita mereka banyak yang menutup aurat tetapi jarang melihat lelaki yang berkopiah. Mereka berkahwin diusia muda dibawah umur 25 tahun. Perkahwinan mereka tidak dikenakan hantaran atau douri kepada pengantin perempuan. Sekadar memadai dengan mas kahwin yang dipersetujui oleh kedua ibubapa mempelai.
Jika di1M, rokok menjadi amalan biasa selepas makan.  Tetapi di Maldives sebaliknya. Jarang kita jumpa penduduknya merokok dikhayak ramai.  Tetapi menjadi kebiasaan bagi mereka akan mengungah sirih pinang selepas makan.  Tidak kira dimana samaada  ditempat awam, kedai, restoran, cafe dan sebagainya. Tabiat mereka tidaklah se"kotor" sebagaimana masyarakat Myanmar mengungah sireh dengan membuangan air liur yang merah dimana-mana. "Prit" sana dan  prit sini tanpa mengira kebersihan.  Tapi tidak bagi masyarakat Maldives. Mereka mengungah dan menelan sebagaimana memakan sesuatu sebagaimana biasa.
Semua pulau-pulau yang menjadi tumpuan pelancung akan dikenakan bayaran ada juga pulau-pulau yang tidak dikenakan bayaran kepada pelancung.  Contoh.  Male, Wilingli, Hulmale dan pulau-pulau lain.  Setiap pulau-pulau ini mempunyai kecantikan dan keistimewaan masing-masing  dan senang untuk dilawati.

Willingli.  
Sebuah pulau diselatan Male. Terletak 10 minit  perjalanan dengan dhoni.  Tambang sehala yang dikenakan ialah R3.25. Dhoni akan berulang alik setiap 15M sekali dan perkhidmatanya sehingga jam 12TM.  Pulau kecil yang menjadi perkampungan utama masyarakat pekerja yang lari daripada kesibukan Male. Istimewanya pulau ini ia mempunyai sebuah pantai yang bersih dan amat sesuai untuk kaki penggemar sukan laut. 


Pasir memutih dan berhampiran dengannya ada disediakan hotel-hotel kecil untuk penginapan. Uniknya pulau ini tiada sebarang kenderaan disediakan.  Baik kereta, motosikal dan malah basikal sekali pun.  Semua orang diatas pulau ini kesana kemari hanya dengan berjalan kaki. Jarak diantara tebing ke tebing pulau sekitar 1 X 1 KM sahaja. ZBA menghabiskan masa berjalan kaki kesana kemari sekitar 45 minit pusing keliling.

Hulmale.

Pulau terbesar diantara pulau-pulau didaerah Male. Disini terletaknya Lapangan Terbang Antarabangsa Male dan pusat penempatan penduduk yang baru dibina. Sebenarnya pulau ini adalah hasil daripada "reclaiming land" yang diperbesarkan dari masa kesemasa. System transportasi dipulau ini agak canggih dan pembaca boleh kesana kemari dengan bas berhawa dingin, teksi disamping pengangkutan air yang lain.
Dari jetty dipulau Male mengambil masa 25M dengan dhoni dan tambangnya R5.5. Perkhidmatan disediakan sehingga tengah malam.  Untuk kepusat bandar Hulmale pembaca boleh menaiki bus dengan harga R2 untuk perjalanan sekitar 7M kesebelah sana pulau atau berjalan kaki sekitar 15M.  Disini tertetak sebuah pantai yang pasirnya putih memanjang saujana mata memandang.  Pusat peranginan disini disediakan dengan hotel-hotel bertaraf 3* dengan harga sekitar USD70.  Banyak juga restoran-restoran untuk kemudahan pelancung.






 Perlu diingat bahawa ini adalah "reclaiming land" dan merupakan penempatan dan bandar morden bagi Maldives satu ketika nanti. Jalanraya dan pengangkutan adalah yang terbaik dalam kelasnya.  Rumah-rumah dari jenis bungalo berderet, kondo dan sebagainya dibina secara terancang dan tersusun. Difahamkan bahawa Hulmale adalah merupakan satu-satunya kos commersil paling tinggi di Maldives setakat ini.

Lawatan ke Pulau-pulau.
Maldives mempunyai lebih 1150 buah pulau.  Pengangkutan utama ialah dhoni.  Oleh yang demikian sebagai peringatan kepada pembaca yang bercadang untuk melawat Maldives, ini merupakan tip yang terpenting.  Sila buat perancangan secara teliti  jika berhasrat untuk meneroka keseluruhan Maldives secara total.  Semak laman web untuk mengetahui perjalanan dhoni dari satu pulau kesatu pulau.  Ini kerana perjalanan dhoni ialah "alternate" dan tiada perkhidmatan disediakan pada hari jumaat.  Kita kena singgah dan bermalam diantara pulau sebelum dapat meneruskan perjalanan semula pada keesokan harinya.  Buat tempahan hotel seperlunya agar tidak tergendala urusan perjalanan.

Sumber protin utama Maldives.  Tuna.  Paling kecil purata 60kg dan paling besar 140kg.  Pancing. 1kg =  RM4.00.



Berbekalkan kecantikan alam semula jadi, menjadikan Maldives syurga bagi pasangan berbulan madu.  Tidak hairan setiap satu daripada tiga bilik hotelnya berharga USD 35,000 bagi  semalaman.




Karumba Resort.  20minit daripada Male dengan menaiki dhoni.  harga penginapan satu malam ialah USD 400. Mempunyai private beach yang cantik dan mendamaikan.



Hulafaru Resort.  10 minit daripada Karumba Resort. Disamping enjoy dengan gelagat dolphine kami memasuki "Highway" diantara dua beting yang airnya cetek dan jernih dibawah.

Setelah menghabiskan masa 45 minit dilautan kami sampai di Sheraton Resort.  Resort pesisir pantai beratapkan dedaun ala jerami nampak nyaman dan cantik sekali. 


Harganya sekitar USD 400-500 semalam yang mungkin bagi kami sekadar melihat dari kejauhan.  Apa  pun terbayang kepuasan yang tidak terhingga melihat keindahan alam ciptaan Allah.







Sungguhpun tiada ramai yang mampu untuk membayar harga bagi sebuah keindahan ini tetapi kepuasan bagi seorang "perayap jalanan" tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.


Pulau yang menempat Sheraton Resort adalah pulau ketiga dalam turutan ZBA menjejaki resort-resort di utara Male.  Keseluruhan enam buah pulau didalam jadual.  





Berikut dibawah merupakan Paradise Island Resort. Sungguh berketerampilan dan mempesonakan.   



Hanimun chelet ditengah-tengah lautan. Indah dan mendapaikan.  Harga bagi penginapan semalaman ialah sekitar USD 350-500. 

Bagi insan yang berkemampuan, apalah ada pada harga yang ditawarkan.  Kehidupan berbulan madu bersama pasangan adalah sekali dalam seumur hidup.  Apa yang ada pada wang sekiranya ia tidak dinilai bagi sebuah kehidupan yang bahagia.

Setelah beberapa jam di lautan, ZBA singgah disebuah pulau bernama Langgili.  Pulau ini menempatkan perusahaan memproses ikan tuna dan penyediaan air minuman bertapis. Terdapat penempatan dipulau ini dan berbagai kemudahan disediakan untuk kemudahan pelancung.  
Walau bagaimanapun tiada perkhidmatan dhoni ulang alik disediakan kepada pelancung kecuali untuk kegunaan penduduk tempatan.

                                                                            ZBA berkesempatan melihat bagaimana ikan-ikan tuna segar diturunkan dari kapal dan dikelaskan mengikut piawaian sebelum dijual kepada kilang-kilang untuk diproses dan ditinkan.  Kami makan tengahari secara ringkas disebuah restoran sebelum meneruskan perjalanan ke pulau terahir dikenali sebagai Himafushi.  Himafushi adalah destinasi terahir dan merupakan klimek selama kami berada di-Maldives.  

Himafushi.  Sebuah pulau kecil 300M x 300M luas dengan dikelilingi pasir halus memutih disekeliling pulau.

Terdapat sebuah resort sederhana mewah disini merupakan tempat perkelahan dan snorkeling yang paling hampir dengan Male.
Bulan didaratkan di Himafushi.  Berkibar megah semegah harapan untuk menegakan Islam dibumi 1M. Kami enjoy sepuas-puasnya disamping bersnorkeling dan mandi manda.


























5D/4M di Kepulauan Maldives.  Sukar untuk digambarkan tentang air laut dan pantainya.  Pemandanganya amat cantik dan mempesonakan.  Kepada pembaca yang terpikat dan jatuh hati dengan bumi Maldives, ZBA sedia membantu untuk mendapatkan package yang termurah.

Email :  zainaltobiak@yahoo.com.my