Assalamualaikum,
Bukan pertama kali. Tidak juga kerap kali. Malah bukan berkali-kali. Justeru puluhan kali ZBA kesini. Sejak bila sejak masih remaja. Sejak 1 SGD bersamaan RM 1.10. Dari dulu dan kini dan seterusnya nanti sebelum kembali. Namanya segagah lambang yang dipakai. Pembangunan canggih dengan kekayaanya mantap dimilikinya. Politik mantap dengan pemimpin
berkelibar dan disegani dunia.
berkelibar dan disegani dunia.
Kehebatan "Kota Singa"
Singapura atau lebih dikenali sebagai Israel di Asia Tenggara. Raja bagi segala-galanya. Gergasi ekonomi yang sukar ditandingi. Negara sifar rasuah dan contoh terbaik sebuah negara termaju didunia. Tidak pernah menunjukan riak dan lagaknya jika dibandingkan dengan negara yang dikenali sebagai 1M. Bersama membangun dalam era tahun 70an seiring dengan Korea dan 1M. Tapi kini berada dipuncak dituruti Korea dan meninggal jauh negara 1M yang masih kabur mencari arah tetapi amat berbangga dengan segala-galanya No One didunia.
Bandar dalam Taman dan Taman dalam Bandar.
Mana satu yang betul ?
Singapura juga mengambil raayat asing untuk membina negara mereka. Semua pekerja mestilah dalam tahap berkebolihan yaani bersekil tinggi sahaja dibenarkan masuk untuk bekerja di Singapura. (Bukan macam negara 1M) main ambil sahaja dan sebagai penghargaan terima kasih diberi kerakyatan dan segala macam keistimewaan sehinggakan rakyat sendiri kebuluran). Semua raayat asing di Singapura dikawal ketat dengan undang-undang. Penempatan dikhaskan dan apabila tamat tempoh permit dikeluarkan tanpa persoalan. Tidak ada kompromi mereka wajib pulang apabila tiba masanya.
Sebenarnya banyak yang Kerajaan Singapura lakukan perlu mendapat perhatian kita. Bukan meniru atau mencedok idea tetapi memadai jika dikatakan berkongsi idea demi kesejahteraan rakyat itu sendiri. Ambil yang baik dan persisihkan mana-mana yang bertentangan khususnya dari nilai-nilai keIslaman.
BERSAMA DIGARISAN KINI SINGAPURA DIDEPAN