Assalamualaikum,
Sedih juga untuk meninggalkan Muscat yang baru dikenali selama 3H/2M setelah jatuh cinta dengan kebersihan dan kemakmuran negara Sinbad yang kaya raya tetapi berwajah berperwatakan sederhana.
Kali ini ZBA memilih jalan darat untuk bepergian meninggalkan Oman ke UAE. Dari pengalaman pengembara barat ini merupakan laluan advanture yang harus dilihat dan dicuba sebagai seorang pengembara jalanan.
Idaman untuk melalui laluan ini telah lama tersirat dan tersurat malah kali ini wajib diabdikan dan membuat catatan untuk bakal pembaca bagi percubaan akan datang. Tak cuba manakan tahu dan apabila mencuba, itu satu pengalaman. Penat lelah dan wang ringgit bukan menjadi ukuran tetapi mata yang melihat akan menerangkan segala yang dilihat adalah hakikat yang nyata dan tidak boleh diputar belitkan.
Diawal pagi ZBA meninggalkan Nuzha Hotel & Apartment dan menuju Ruwi, perhentian bas kesemua destinasi di Muscat. Alhamdulillah diawal pagi segalanya berjalan sebagaimana dirancang. ZBA membeli tiket bas untuk laluan sehala menuju Dubai dengan harga OMR 6 bagi bas pelancungan. Tetapi ada juga perkhidmatan bas yang disediakan oleh Kerajaan Oman dikenali sebagai Oman National Transport Company (ONTC) dengan bayaran cuma OMR 5.50 ke Dubai. Bas pertama bertolak seawal 0600, 07.30, 13.30 dan 16.30 setiap hari. Masa perjalanan ialah 6J sejauh 285 km. Membuat sekali perhentian Toilet Stop dan dua kali pemberhentian pemeriksaan Imigresen diantara dua negara bersempadan. Keadaan bas dikategorikan sebagai selesa dan berpatutan dengan harga yang dibayar.
Sedia maklum jalanraya di Oman adalah dalam kelas yang tersendiri. Kemas, cantik dan lebuhraya 3 lorong yang tidak berlubang dan ditampal sana sini. Perjalanan menjadi sangat lancar dengan kenderaan berjenama bertali arus. Rata-rata mereka menggunakan kenderaan dari jenis Toyota, Hundai dan kereta-kereta mewah berjenama dari barat. Pacuan empat roda adalah kereta kegemaran dan yang berselirat dijalanraya.

Bertolak keluar dari Ruwi Bas Stesyen, baru ZBA dapat melihat bandar Muscat yang sebenar. Siapa raayat Muscat yang sebenarnya. Rupa-rupanya mereka mempunyai kediaman yang besar dan amat selesa. Walaupun di pekan kita melihat rumah mereka berkotak-kotak tetapi bukan diluar bandar. Mereka memiliki lebih daripada bangalo mewah malah Villa yang tersangat indah.
ZBA akan mengharungi laluan ini selama 6J dan mungkin banyak yang dapat dilahat dan diceritakan. Negara membangun ini banyak memberi kesedaran bahawa apa yang ada diNegaraKu sebenarnya lebih kepada momokan sahaja tetapi tiada pada realiti. Contoh penggunaan Bahasa Malaysia di papan tanda. Berkokok siang dan malam tetapi bahasa-bahasa lain khususnya Bahasa Inggeris juga yang diagungkan. Ini tidak terjadi kepada Oman. Mereka menggunakan Bahasa Kebangsaan mereka "Arab" dan semuanya dalam bahasa Arab. Mereka ada jatidiri dengan bahasa ibunda mereka dan menterjemahkan dalam bentuk amalan. Contoh, syarikat gergasi seperti, Toyota, Honda, Hunydai dan segalanya diterjemahkan kedalam bahasa Arab. Kenapa mereka boleh lakukan kenapa tidak kita ?. Persolan yang sukar dijawab dan diterjemahkan.
Dari Muscat sekarang kita melalui Barka laluan tepi pantai iaitu lebih kurang satu jam perjalanan. Apa yang kita dapat lihat ialah kawasan penempatan dan perdagangan. Manakala taman pula ialah pepohon tamar dan tanaman kontan sampingan. Tiada kelihatan aktiviti penternakan walau pun diluar sedikit dari laluan ini terdapat kawasan gurun yang sesuai untuk ternakan.
Barka terus keutara Al-Kaburah, Subar dan Shina sebelum kita menghampiri sempadan UAE dan Oman dimana terletaknya sebuah bandar bernama Hatta. Lanskap semakin keutara semakin berubah. Jika tadinya dikiri kanan jalan ditumbuhi tumbuhan hijau seperti pepohon mangga, jagung, pisang, tamar dan sebagainya dan kini bertukar kepada kawasan gurun yang cuma ditumbuhi pepohon kering gurun. Dari gurun kini memasuki kawasan bukit yang berbatu pejal dimana-mana. Cuaca semakin panas dan jam menunjukan 0900 pagi tetapi matahari seolah-olah jam 1200 tengahari. Kami singgah di Imigresen Oman untuk urusan Imigresen selama 45 minit sebelum meneruskan perjalanan kesempadan UAE. Pembaca diingatkan tidak mengambil gambar disekitar pusat Imigresen.
Jarak diatara Imigresen Oman dan UAE ialah sekitar 15m perjalanan. Sempadan kedua negara ini walaupun bergunung ganang tetapi masih dipagari dengan kemas. Walau pun begitu, raayat dari kedua-dua negara yang berbedza ini, mereka bebas keluar masuk hanya dengan menggunakan IC negara masing-masing dan tidak payah menggunakan Passport Antarabangsa. (Mereka terikat dengan Peraturan Negara-Negara Teluk GGC) . Begitu juga dengan keselamatan. Kawalan keluar masuk sempadan adalah longgar jika dibandingkan dengan negara-negara ASEAN.
Jam 10.00am, ZBA memasuki UAE melalui bandar sempadan Hatta. Sebuah bandar perkampungan kecil terletak dilembah yang subur. Sekali lagi kami dikehendaki turun dan membuat urusan Imigresen dengan pihak berkuasa UAE. Hanya dengan senyuman dan sekeping passport ditangan. Proses berjalan lancar dalam masa kurang daripada 5 minit untuk mendapatkan VOA percuma dan "Thank you" untuk membolehkan kita tinggal di UAE selama sebulan.
Setengah perjalanan berlalu. Kini selepas pemeriksaan kastam kami dibenarkan berlepas menuju Dubai. Keadaan seolah-olah berada didataran Tibet. Kawasan bergunung-ganang dengan cuaca amat panas tetapi tidaklah berada diketinggian seperti di Tibet. Jalan raya yang cantik membelah kawasan pergunungan menuju bandar Metropolitan Dubai. Disini ZBA sertakan gambar-gambar untuk pembaca melihat keadaan sebenarnya.

Pemandangan sepanjang perjalanan dari Bandar Sempadan Hatta menuju Dubai
Selepas kawasan pergunungan kini melewati kawasan Padang Pasir dengan aktiviti ternakan Unta
Kawasan Gurun Padang Pasir bewarna merah untuk aktiviti "Safari dan Desart Camping"
Red Sand akan berterbangan ditiup angin dan menyebabkan kawasan gurun berdebu dan kabus dan amat berbahaya kepada pengguna jalan raya.
Peniaga ditepian Jalanraya khususnya dibandar-bandar kecil sepanjang perjalanan memasuki UAE daripada Bandar Sempadan Hatta.
Hakikatnya bukan 6J perjalanan yang kami tempuh daripada Muscat ke Dubai. Masa sebenarnya ialah melebihi 7J diperjalanan termasuk urusan Imigresen. Oleh yang demikian jangan percaya mana-mana company pengangkutan yang menjanjikan dua destinasi ini mengambil masa 6J.
Dari segi keselamatan tidak menjadi masalah kepada mana-mana nasionalitis. Urusan pihak berkuasa kedua-dua negara juga amat efisyen dan bertanggungjawab. Dalam ertikata lain dengan senyuman dan thank you, para pengembara akan disambut sebagai tetamu mereka pada bila-bila masa.
Catatan berahir dan kami sambai di Dubai dan menyambut kedatangan ZBA ialah sebuah Restorant Pakistani dengan Nasi Briayani Kambing. Alhamdulillah.