Sunday, January 10, 2016

JOURNEY INTO CHINA


Perjalanan yang amat meletihkan. Mengambil masa dua malam dan sehari suntuk. Laluan agak sukar dan masalah tranportasi merencatkan perjalanan ZBA. Perjalanan bermula tengah malam 22.35 pm daripada Stesyen keretapi Almaty menuju sebuah pekan kecil Altynkol (Khorgas) disempadan Kazakstan dan China.  
Tambang bagi sleeper class ialah KZT 3,000  Keretapi empat gerabak ini meninggalkaan Almaty bersama mimpi kami yang telah padam sebaik keretapi beredar. Sementelahan tiada apa yang dapat dilihat didalam kegelapan malam. Sesedar kami dikejutkan oleh petugas keretapi, bahawa ZBA telah sampai kedestinasi yang dituju Khorgos, 286 km ketimur Kazakstan seawal jam 05.30 pagi.  Cuaca amat sejuk dan sementara menunggu siang, ZBA menumpang sementara dibangunan stesen keretapi.



Khorgas Railway Station atau juga dikenali sebagai Altynkol didalam bahasa Kazakstan



Lokasi nya agak terpencil dan walau bagaimana pun terdapat kenderaan awam seperti teksi dan bus untuk kegunaan awam. 




Khorgos Railway Station

Jam 6.30am, bus pertama sampai dan 30 minit kemudian setelah bus dipenuhi penumbang ZBA bertolak ke sempadan Kazakstan dan China.  Perjalanan mengambil masa 20 minit dengan bayaran sekitar USD 3.00.  Perjalanan memasuki sempadan tergendala lebih dua jam kerana semua kenderaan dan penumpang
Sempadan Kazakstan dan China di Khorgos

tidak dibenarkan memasuki sempadan sehingga jam 0930 am. Beberapa buah ekspress sleeping  bas juga menunggu giliran untuk melintasi sempadan. Tempatnya ditanah lapang dengan gerai-gerai kecil menjual minuman.  Tidak sebarang kemudahan asas disediakan.  Sedih dengan keadaan.

Kami membayar TEN 3,000 dengan tujuan untuk ke Yining, China. Tetapi drop-off selepas memasuki China disempadan dan mencari kenderaan alternatif agar lebih cepat sampai di Yining. Hari semakim petang dan perjalanan ke Yining masih jauh.
Sempadan dibuka tepat jam 09.30 am.  Kenderaan mula memasuki kawasan "No men land" melalui jalan tanah merah dalam hutan belukar. Sana sini kelihatan pihak berkuasa mengadakan kawalan keselamatan.  Lebih dua jam dalam jarak kurang daripada 3 km untuk sampai ke pos Imigresen Kazakstan.  Disini lagi satu jam lebih untuk urusan passport dan kastam.  
Bas meninggalkan sempadan dan menuju Yining, China. Bandar Khorgos, China kelihatan dihadapan.  Kedua-dua bandar sempadan ini terletak lebih kurang 2 km diantara satu sama lain.  Tetapi birokrasi di Kazakstan sukar diduga dan amat bosan dengan kerenah mereka mengendalikan urusan sempadan.  Pembaca diuji ketahanan mental dan fizikal dan memerlukan banyak kesabaran.
Lihat "Belukang" mencekik mangsa di sempadan
Di Imigresen China, kita akan lihat perbezaan dimana mereka dilihat lebih profesional dan lebih mesra melayani pengunjung-pengunjung ke China. Tahniah.  Selesai urusan Imigresen dan Kastam yang megambil masa kurang daripada 30 minit, ZBA keluar dan cuaca amat panas dan kering.
Episod kedua dalam perjalanan ini bermula.  Kami mencari perjalanan alternatif.  Dua pilihan untuk sampai ke Urumqi. Satu dengan bus ke Yining dan keretapi ke Urumqi.  Kedua melewati Yining dan terus ke Urumqi. Perjalanan masih jauh yaani hampir 700 km dan mustahil     untuk    sampai      ke

Urumqi.  Dalam pada kami memikirkan sesuatu, dengan pertolongan Allah yang menentukan segalanya, disebuah kedai makan ZBA disapa oleh sekumpulan "Expidisi China" yang kebetulan bersama kami didalam bas menyeberangi sempadan sedang makan.  Kami saling bersalaman dan mereka mengajak ZBA bersama mereka ke Urumqi.  Bagai pucuk dicipta dan ulam mendatang.   

Mereka ialah pengembara Expidisi daripada China merentasi Monggolia, Russia, Kazakstan dan kembali ke China dengan 4 buah kenderaan khas dan 12 peserta.  Selesai makan dan berehat kami meneruskan perjalanan ke Urumqi.  Untuk makluman pembaca, jalanraya di China dimana-mana adalah dalam taraf World Class. Sangat cantik, rata dan berteknologi tinggi dan hanya terdapat beberapa plaza tol dengan bayaran yang amat berpatutan. 

ZBA melintasi banjaran Tian Shan yang bermula daripada China sehinggalah Kazakstan.  Pemandangan amat mengujakan.  Tapi malang semasa gambar ini diambil cuaca agak mendung dan sesekali panas. 





























China sebuah negara maju. "Bukan akan menjadi negara maju dan negara berpendapatan tinggi", kata Menteri yang otak kronik di negara 1M.  Mereka adalah raayat yang rajin berusaha dan mencuba.  Bekerja keras siang dan malam.  Dibantu
dengan teknologi yang tinggi dan canggih.  Oleh yang demikian disepanjang perjalanan daripada Khorgos, China ke Urumqi kita akan dapat melihat pembangunan dan kawasan pertanian dimana sahaja ada tanah lapang.  Walau pun dikawasan pasir tandus tetapi ada sahaja pertanian yang diusahakan.  Dari sayur-sayuran kepada buah-buahan dan sebagainya.
Ternakan     juga        diusahakan dengan sekala besar khususnya ternakan kambing, bebiri yang merupakan makanan utama bagi penduduk di bahagian barat China khususnya di daerah Xinjiang.
ZBA gelarkan sebagai  Jambanatan di awangan.








Biar gambar berbicara apa yang terdapat di China.
Dalam perjalanan yang mengasyikan dan terumandangja dengan kecantikan alam ciptaan Allah SWT terkadang terlelap juga sejenak kerana dek keletihan.  Setakat ini ZBA telah melebihi 24 jam perjalanan tanpa henti.  400 km lagi menuju destinasi Urumqi.  
Kami cuma beberapa kali sahaja berehat untuk membuang air. Pemandu telah bertukar tangan dan sedang berehat dikatil belakang.  ZBA bersama teman dan pemandu meneruskan lamunan dan kenderaan meluncur pergi. Sekali sekala kami berbual tentang keadaan
semasa dalam bahasa "Taichi" yang mudah dengan pemandu yang tidak langsung boleh berbahasa Inggeris.  Manakala teman ZBA sedikit sebanyak faham bahasa Mandarin yang mudah.
Memandangkan waktu hampir dinihari    manakala   perjalanan
menuju Urumqi masih berbaki 300 km lebih, ketua Expedisi China mengambil keputusan yang mereka tidak akan meneruskan perjalanan dan akan berehat menunggu sehingga keesokan harinya. Kami berhenti disatu lokasi ditengah perjalanan dan menerima keputusan beliau.
Kami bersalaman dan berpelukan tanda persahabatan selaku pengembara.  Mengucapkan terima kasih diantara satu sama lain dan bertukar alamat dan email semuga bertemu kembali.
30 minit kemudian sebuah bas berhenti dan mengambil ZBA dan kumpulan.  Kumpulan disini bermaksud ada juga kumpulan expidisi yang turut serta dengan ZBA menaiki bas ke Urumqi.  Mereka berpisah dengan kumpulan indok setelah 3 bulan bersama. Termasuk jurugambar, pemberita dan anggota-anggota lain.  Jam menunjukan sekitar 6 petang dan kami meneruskan perjalanan dalam malam gelap menuju Urumqi destinasi terahir hari ini.  Bas tempat tidur yang selisa dan kami tidur dibuai mimpi dek keletihan dan sesedarnya jam 12.30 pagi, ZBA sampai di Urumqi.

WELLCOME TO URUMQI

2 comments: