Thursday, January 7, 2016

CENTRAL ASIA PEARL OF ASTANA


Hujan renyai-renyai dengan cuaca yang sejuk di Almaty pagi ini. Tiket keretapi kelas 2 (Kupe) tempat tidur sudah ditangan dan ZBA meninggalkan hotel penginapan dan berjalan kaki ke Stesyen Keretapi yang terletak 800M daripada hotel. Sebenarnya terdapat tiga jenis pengangkutan awam untuk sampai ke stesyen.
Bus No 5, Trem No 2 dan metro.  Tapi memandangkan masa masih awal dan cuaca yang segar dan selisa kami memilih untuk berjalan kaki disamping dapat mencari sedikit makanan sebagai bekalan untuk makan dalam keretapi. Apa yang perlu sebagai "perayap jalanan" air miniral adalah satu kemestian dalam apa keadaan.  Sedikit tissue, buah-buahan segar dan roti atau kek mengikut citarasa.  
Sejak 1997 Astana mengambil alih sebagai Ibu Negara merangkap pusat pentabiran kerajaan Kazakstan. Sebelumnya sejak turun temurun ibu negara berpusat di Almaty yang kini terkenal dengan pusat commersial terkenal dan terbesar di Asia Tengah.
Astana dibina berkonsepkan bandaraya paling moden abad ini dan diberi gelaran sebagai "Peal of Doha in Central Asia". Konsep ini juga merupai "Putrajaya" di Malaysia.  Banyak berpendapat Putrajaya adalah saduran daripada Astana dan ada pula yang mengatakan disebaliknya. Mana satu terdahulu dan terkemudian tidak menjadi persoalan.  Dari konsep binaan  didapati Astana lebih morden, teratur, tersusun dan mempunyai banyak bangunan-bangunan yang canggih sungguhpun tidak mencapai tahap pencakar langit.  Canggih dan berkerampilan.
Keretapi yang ZBA tumpangi bertolak mengikut jadual.  Jam menunjukan  1.30pm waktu Almaty.  Keretapi penuh dengan penumpang dan perlahan-lahan meninggalkan Almaty.  Station pertama selepas 30 minit ialah Almaty 11, dan selepas 2 atau 3 jam sekali barulah terdapat satu station lagi.  Amat membosankan. Selepas satu jam perjalanan tiada apa-apa yang menarik dijalanan  sekadar kandang kuda, kambing di tepi-tepi landasan keretapi. 
Almaty Railway Station dan pemandangan perjalanan ke Astana
 

Tiada alternatif walau pun mata mengantuk tetapi hati tetap ingin melihat secara terperinci bumi Kazakstan.  Telah menjadi tabiat ZBA, jarang sekali tidor dalam perjalanan siang hari.  Sama ada dengan keretapi, bas, kapal dan apa jua kenderaan.  Seolah-olah rasa kehilangan sesuatu jika tertidor.  
Satu demi satu station ditinggal pergi tetapi keadaan muka bumi sama dan tiada perubahan. Ramai teman-teman katil bersebelahan telah dua tiga kali bangun tidur, makan dan minum tetapi ZBA masih dengan DSLR ditangan untuk merakamkan sesuatu sebagai kenangan.

Pernghabisan kepada hari siang adalah malam. Beberapa gambar sunset sempat dirakamkan untuk santapan mata.







Sang matahari melabuhkan tirainya untuk petang ini, ZBA menceraikan semua DSLR dan memasukan kedalam beg. Episod seterusnya sehinggalah keesokan harinya.  Sayup sayup deruan keretapi membelah malam yang hitam pekat dan sesedar ZBA telah berada disebuah station yang agak besar dan dikejutkan dengan kebisingan penjaja "Ikan Salmon".  Baunya amat mengancam tetapi keenakan tidur telah melupakan segala-galanya.




























Perlahan-lahan keretapi menyusuri perhentian destinasi terahir, Astana.  Waktu tempatan menunjukan hampir jam 0900 am. Sebentar lagi ZBA akan turun dan menjejaki bumi Astana.  Diluar sana kelihatan pekerja keretapi berbaju tebal dan ini menunjukan bahawa cuaca sejuk diluar sana.  Ramai para penumbang telah bangun dan bersiap-siap dengan beg masing-
masing.  Satu kebiasaan, kami acah tak acah sahaja.  Mungkin juga sedang mencari arah dan tidak mahu dipancung oleh pemandu-pemandu teksi yang mencari kesempatan mencekek pelanggan. Secara kebetulan dalam pada itu ada seorang hamba Allah, seorang pelajar universiti katanya, dalam bahasa Inggeris yang tersekat-sekat menegur ZBA. Dari mana dan hendak kemana.  Hotel, jawab
saya pendek sambil menunjukan alamat hotel berdasarkan tempahan di booking.com.  Mudah katanya sambil menunjukan bas No 10 yang sedia menunggu diplatform, 50 meter diluar daripada station keretapi. Sambil berbincang sesuatu dengan pemandu bas beliau turun dan beredar setelah memberi salam perpisahan.
Astana terbahagi kepada dua bandar.  Satu dikenali sebagai bandar lama dan satu lagi yang dikenali sebagai "Pearl of Doha in Central Asia".  Bandar morden dan merupakan bandar pentadbiran kerajaan Kazakstan.  Kalau di 1M, ibarat Putrajaya. Keduanya berada dalam jarak 12 km atau 35 minit dengan bas.  Penginapan ZBA betul-betul terletak dipintu masuk dan berhadapan dengan Istana Presiden.
Setengah kalangan mengatakan Astana adalah acuan daripada Putrajaya dan sebaliknya.  Itu tidak penting bagi ZBA.  Jika diamati dari susunan dan bangunan canggih yang dibangunkan, Astana lebih berketerampilan dan sesuai di gelar "Pearl of Doha in Central Asia" dan bukannya Putrajaya.
ZBA tidak bercadang untuk menceritakan kecantikan Astana secara terperinci memadai dengan gambar-gambar untuk dibuat penilaian oleh pembaca.  Semua tempat-tempat menarik dikumpulkan dalam sebuah bandaraya yang morden. Manakala jarak Astana dengan bandar-bandar lain adalah diluar ratusan km perjalanan.
Berikut dibawah tempat-tempat menarik yang menjadi kunjungan pelancung. (Astana City Attraction)
Bayterek Monument

President Palace

Palace of peace and Reconciliation 

Nur Astana Mosque
Khan Shatyr Entertainment  Center














































ZBA merayap seluruh bandar  Astana   selama berada    disana selama 4H/3M.  Belum pernah ada bandaraya secantik Astana kecuali Doha dan Dubai. Adalah amat beruntung  kepada sesiapa yang berjaya sampai kepadanya.                                       

WE LOVE YOU TOO ASTANA


No comments:

Post a Comment