Perth adalah bandaraya terbesar terahir di Australia yang pernah ZBA jejaki. Kali pertama ialah tahun 1981 dan berada disana selama satu tahun atas urusan negara. Diikuti tahun 1994 dan terahir dan kini selepas 21 tahun ke Perth. Benua pertama dan negara ketiga ZBA berada diluar negara selepas Thailand dan Singapura.
Dahulunya Australia ialah sebuah negara anti kulit hitam khususnya bagi orang-orang daripada negara-negara Asean. Gelaran bagi kita orang-orang Asia ialah sebagai "Fucking Black" tertulis dimana-mana ditempat awam khususnya di Melbourne dan Sydney. ZBA juga pernah dilihat sebagai "Aborigines" ketika bersama-sama dengan masyrakat peribumi Aussie ketika itu di Brisbane.
Ketika Sukan Commenwelth di Brisbane 1981, kami juga turut serta menunjuk perasaan sebagai tanda simpati bersama kaum peribumi menuntut hak keadilan "Land Right" mereka daripada kaum kulit putih yang merupakan
"lanun" yang dibuang daerah oleh British ke Australia. Namun sehingga kini mereka tetap terpinggir dek "wang saku" yang diterima setiap 2 minggu sekali. Wang tersebut adalah memadai untuk melenakan mereka dengan seteguk bir. Kaedah ini samalah seperti orang Melayu menerima BRIM sebagai suapan demi kepentingan politaik umNo untuk mengekalkan kuasa. Sesungguhnya nasib malang ini ada sehingga hari ini.
Walau pun Australia negara berpendudukan "lanun buangan" British, tetapi mereka membangun seiring dengan negara-negara maju didunia. Dewasa ini ramai sekali warganegara asing ingin menjadi kerakyatan mereka tetapi dipilih, dipantau dan diselidiki serta diberi tempuh masa sebelum diberi taraf penduduk tetap. Perkara ini tidak terjadi sebagaimana di NegaraKu dimana "Bangla" pencari plastik dan kertas dilonggokan sampah pun diberi "IC Biru" kerana menghargai kerajinan mereka kata "Menteri".
Jadi, sebelum pembaca mengunjungi Australia, pastikan visa diperolehi terlebih dahulu. Caranya amat mudah dengan e-visa yang diluluskan dalam masa 24J. Passport tidak perlu ditampal dengan "Visa Stamping" sebagaimana bagi negara-negara lain. Semuanya dalam bentuk dalam talian. Walau bagaimana pun pastikan satu salinan pengesahan dibawa bersama.
Kebiasaanya kita mengambil jalan mudah. Betul itu satu keistimewaan. Tetapi tidak bagi pengunjung yang akan mengunjungi Australia. Oleh yang demikian, sungguh pun ada diantara kita yang telah "check-in" tetapi pastikan kita melapurkan diri di kaunter penerbangan. Ini kerana check -in kita tidak valid sehinggalah pengesahan visa kemasukan ke Australia disahkan oleh kaunter penerbangan.
Pinnacle at Nambung National Park |
scerening passport yang dilakukan kita dibenarkan memasuki Australia. Satu sistem yang mudah, cepat dan efisyen. Kalau ini dilakukan dinegara-negara lain, kita dapat menjimatkan satu muka surat di dalam passport bagi setiap satu
perjalanan. Dan perlu diingatkan juga bahawa pengisian borang pelepasan adalah diperlukan semasa hendak meninggalkan Australia.
Australia bukan sekadar sebuah negara tetapi
merupakan sebuah benua tersendiri. Jadi semua pengunjung dialu-alukan. Sesungguhnya Australia mempunyai tarikan yang tersendiri. Apa yang penting kita mesti mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Seringkali ZBA mendengar
rungutan berhubung penggunaan anjing semasa pemeriksaan Kastam di Australia. Itu tidak dapat dielakan. Perkara telah dilakukan sejak tahun 1981 malah lebih awal daripada itu. Kalau dahulunya anjing masuk kedalam beg tetapi kini tidak lagi memadai dengan hiduan oleh anjing pengesan.
Kita sepatutnya berterima kasih dengan tindakan mereka, sungguhkan pun melanggar tatasusila keagamaan. Hakikatnya kita tidak pernah mendengar
kemasukan secara haram dadah kenegara mereka. Semua petualang-petualang tumpas, ditangkap dan dipenjarakan. Manakala negara mereka bebas daripada dadah. Tidak sebagaimana NegaraKu.
Diperhatikan khususnya diawal pagi di KLIA dan KLIA2. Apakah yang dilakukan oleh Pegawai Kastam bertugas. Mesin Ex-Ray dibeli dengan ratusan juta wang raayat tetapi tidak digunakan. Laluan dibiarkan terbuka dengan puluhan beg dari pengunjung luar negara senang lenang ditarik keluar. Manakala pegawai bertugas sibuk dengan talipon bimbit ditangan menjawap washap.
Dengan kelemahan tersebut, telah puluhan kali didada media, pihak berkuasa berjaya merampas dadah bernilai jutaan RM disana dan disini. Di FELDA-FELDA pula Mat Gian ada dimana-mana. Kes-kes yang melibatkan penagihan dadah melakukan jenayah bunuh, rogol dan sebagainya hari-hari terpapar didada akhbar. Jawapan oleh Menteri "Malaysia masih aman".
Restorant Malaysia yang terkenal di Perth |
IM amat berbangga sebagai negara berbilang bangsa dan kononnya hidup aman damai. "Malaysia masih aman", tetapi jenayah dimana mana dilapurkan oleh media saban hari. Gimik media pencacai mencari publisiti murahan. Perth.
Laluan Basikal |
5 hari ZBA memandu disana hampir 700km. Tiada sekali pun kedengaran hon dibunyikan. Jalan rayanya bertaraf dunia sekalipun kasar dan berbatu kerikil. Tiada lubang dan tampal tampung kelihatan. Tiada perempet jalanan. Kelihatan motosikal tetapi semuanya ada kelas dan berkuasa tinggi. Maaf buat perempet kerana tempat anda digantikan dengan basikal. Laluan khas basikal ada dimana-mana. Mereka tidak mengganggu pengguna jalanraya malah pemandu kenderaan menghormati mereka. Satu sikap yang amat baik ditunjukan oleh warga Perth.
IM menggunakan bermacam-macam kaedah untuk mendisiplinkan pengguna jalan raya sehingga ketahap menteri bodoh. Kemalangan maut dilapurkan saban hari. Tetapi tidak di Perth. Mereka cuma menggunakan papan tanda dan camera. Kalau kederasan dihadkan 60 kmj, maka pembaca
boleh melihat semua pemandu memandu dengan kelajuan yang ditetapkan. Kalau 90 kmj, maka kenderaan yang dipandunya juga 90 kmj. Manakala bagi lebuhraya, laluan memotong khas dibina dalam jarak antara 10km dan selebihnya khusus untuk kenderaan yang laju memotong. Mereka amat patuh dan peka dengan arahan dan ketetapan yang dibuat. Tiada kemalangan maut dilapurkan. Media mereka seolah-olah tiada berita tempatan untuk disiarkan.
Apa yang pelek ZBA lihat, kalangan pemandu grand prix khususnya dari 1M boleh pula mematuhi arahan tersebut. Malah lebih berhati-hati dengan tatatertib memandu yang tinggi.
Jika di 1M mereka adalah hero paling hebat dijalanraya. Apa tidak, jika pembaca memandu di lebuhraya di1M dan terdapat laluan"susur" didepan, lorong kanan yang selalunya untuk kenderaan laju akan "berhenti" manakala lorong kiri yang sepatutnya kenderaan perlahan dan berhenti menjadi
"lancar" perjalanan. Di lampu isyarat pula, perempet melakukan apa saja yang mereka suka walaupun dihadapan trafik bertugas. Mereka tidak hairan malah mencabul undang-undang sedangkan petugas memerhati tanpa sebarang tindakan. Itulah antara fenomina yang kita dapat lihat setiap hari. Itulah imej kita dimata asing.
Pagi dan petang media pencacai melapurkan perkara yang sama 365 hari setahun. Apa tindakan, tiada tindakan. Ratusan pengguna jalan raya meninggal setiap bulan. Ops sana Ops sini, saman sana saman sini, pokoknya raayat ditipu buat selamanya.
Perth tidak kurang juga mempunyai banyak tempat-tempat yang menarik untuk dilawati. Almaklum oleh kerana Australia adalah sebuah benua maka tidak hairanlah jarak diantara satu tempat dengan yang lain amat jauh. Jadi untuk merancang perjalanan setidak-tidaknya masa seminggu atau lebih adalah wajar dalam rangka lawatan yang munasabah.
Perth mempunyai segala-galanya untuk pelawat. Dari yang asas kepada keperluan yang dikehendaki boleh diperolehi dengan mudah. Kos of living adalah munasabah dan mampu untuk dilawati. Tetapi bagi pemastautin tetap, mereka menikmati kehidupan yang murah jika dibandingkan dengan negara terbaik dunia 1M.Makanan halal tiada menjadi masalah bagi yang beragama Islam. Terdapat berbagai restorant halal de ngan kepelbagaian citarasa dan masakan di bandaraya Perth. Pilihan adalah ditangan pengguna.
Manakala sembelihan halal dan bahan mentah makanan Asean juga ada dijual dan mudah untuk didapati. Perlu diingat, semua pusat membeli belah mereka hanya dibuka seawal jam 10am dan ditutup sekitar 8pm. Hari sabtu dan ahad adalah hari kelepasan am dan merupakan hari bersukan dan riadah. Selepas jam 8pm semua kawasan bandar dan perumahan menjadi sepi dan jarang-jarang kelihatan manusia berkeliaran khususnya semasa musim sejuk.
Dengan teknologi 'fingers tips' rasa-rasa tidak perlu ZBA meyenaraikan tempat-tempat menarik yang terdapat di Perth. Pembaca boleh mencari sendiri mengikut minat masing-masing. Pastinya "Park" adalah tarikan utama pengunjung ke Perth.
PAGE UNDER CONSTRUCTION
THANK YOU
No comments:
Post a Comment