Monday, November 23, 2015

ISSKY LAKE CHOLPON-ATA



Issky Lake atau terkenal  dan dikenali sebagai "Warm water". Lake, 182 kilometres panjang dan melebihi   60 km lebar. Merupakan tasik kedua terbesar dengan keluasan 6,236 km persegi selepas Tasik Titicaca di Peru. Berlatar belakangkan Banjaran Tian Shan yang memutih salji sepanjang tahun. Berada di altitude 1,607 meter daripada paras laut dengan kedalaman dicatatkan sedalam 668 meter. Di fahamkan terdapat 118 sungai dan jeram mengalir masuk ke tasik ini.



The lake's southern shore is dominated by the ruggedly beautiful Teskey Ala-Too Range of the Tian Shan mountains. The Kungey Alatau of the Tian Shan runs parallel to the north shore.
Pagi ini cuaca amat mendamaikan.  ZBA keluar daripada hotel agak awal dengan harapan untuk mendapatkan perkhimatan bas yang awal ke Issky Lake. Berbekalkan sekeping roti tempayan dan sebotol air
mineral ZBA berjalan kaki lebih kurang 10 minit telah kelihatan deretan kereta tumpangan dan sejumlah bas mini menanti untuk bergerak sebaik quota penumpang penuh.  Orang ramai masih kurang kecuali penjawat awam bergegas menuju lokasi pejabat masing-masing.
Awal pagi kami disapa "Ulat-ulat station" untuk memberi perkhidmatan dan untuk disembelih konon. Mereka salah orang, kami adalah traveller dan bukan hari ini merayap ke luar negara. Kami telah membuat kajian dan mencatatkan apa yang perlu disetiap mana-mana negara yang menjadi tujuan lokasi merayap.  
Dengan izin Allah pemandu sebuah Mercedes Ben menyapa ZBA dan membuat tawaran perkhidmatan. Tawar menawar bermula dan akhirnya kami memperolehi harga yang lumrah dibayar Som700 untuk dua tempat duduk       bagi      perjalanan 
sehala Bishkek ke Cholpon Ata.  10 minit kemudian sepasang suami isteri warga tempatan memenuhi dua lagi kerusi dan kami memulakan perjalanan yang dijangka mengambil masa 3j hingga 3.30.  Kenderaan yangb serba mewah dengan 4 penumpang dan seorang pemandu yang berhemah. (Warga tempatan membayar Som800 sedangkan ZBA membayar Som700. Itulah hikmah jika kita membuat Initerary sendiri dan faham tentang selok belok perjalanan).


Matahari beransur tinggi.  ZBA disebelah tempat duduk dihadapan. Camera tersedia ditangan dengan fastspeed stanby.  Mercedes yang kami tumpangi beransur meninggalkan bandaraya Bishkek. Bishkek sebenarnya bukanlah sebuah bandaraya
yang besar memadai sebuah bandar lama peninggalan era Soviet Union. Jarang kelihatan bangunan melebihi 10 tingkat yang morden kecuali beberapa buah hotel mewah.  Jalanraya pemanduan sebelah kanan dengan keadaan bentuk jalanraya yang sederhana. Oleh kerana waktu masih awal, kesesakan jalanraya dimana-mana.
Setengah jam berlalu kami melintasi jalan pintas menuju Cholpon Ata.  Lengang dan masih tidak banyak kenderaaan ulang alik. Banjaran Tian Shan kelihatan jelas merentangi, memagari Bandaraya Bishkek saujana mata memanjang. Cahaya matahari memancar dan
memberikan pantulan yang amat cantik dengan berbagai warna. Salji masih kelihatan memutih dipuncak. Pemandangan bertambah indah dengan latar belakang tanaman ladang yang mendatar, berpetak dan tersusun  lurus.  Al maklum semasa kunjungan ZBA,  Kyrgyzstan sedang menghadapi longgokan musim buah-buahan.
Bersama keluarga tempatan di Issyk Lake.
Epal, anggur, pear dan pelbagai buah-buahan musim sejuk didapati disini.  Antara buah-buah teropika yang juga segar bugar  ialah pelbagai spesis
Ikan daripada Issyk Lake
tembikai.  Longgokan berlori lori ditepi-tepi jalan. 
Sebut saja  mana satu yang menjadi pilihan.  Harganya cukup murah. Saiznya paling kurang 5kg dan paling besar sebesar tong gas. Rasanya amat manis jika dibandingkan daripada tembikai dinegara-negara lain.  Rock water melon mereka, manisnya menyamai rock water melon di Gilgit, Pakistan. Pembaca tidak digalakan memakan ditempat terbuka dibimbangi akan disengat lebah.  
Satu jam perjalanan, ZBA telah merakamkan hampir seratus pemandangan terbuka yang cantik.  Jalanraya ke Cholpon Ata agak cantik dan kami masih sepertiga perjalanan sejauh 263 km.  Cuaca panas dan terang walau pun diluar sana  sejuk.
Jarang kelihatan penempatan penduduk disepanjang perjalanan. Ladang ternakan terbuka luas khusus untuk ternakan dan perladangan.  Ternakan yang lumrah didapati ialah ternakan kambing, bebiri, lembu dan kuda.  Kami meneruskan perjalanan selepas toilet stop dan mengisi minyak.
Jajaran laluan keretapi mulai kelihatan sebaik melepasi bandar kecil Tokmok.  Kami memulakan perjalanan merentasi kawasan pergunungan.  Matahari semakin tinggi memancar daripada atas. Kawasan pergunungan bagai dilimpahi cahaya dan kelihatan berbalam-balam dengan pemandangan yang cantik.  Jajaran jalan keretapi
keatas kebawah berliku liku mengikut kontour muka bumi. Sungai dibawah mengalirkan arus deras dengan air yang amat jernih dan sejuk. Beberapa penempatan penduduk kelihatan ditepi-tepi jalan dan juga R & R bagi pemandu-pemandu berehat dan penumpang menikmati keindahan alam semula jadi ciptaan Allah.  Subhanallah.

Dua jam berlalu ZBA menikmati kecantikan dan keunikan bumi Kyrgyzstan.  Tiada perkataan dan ungkapan dapat dilahirkan dengan perkataan sekadar menyebut Masyaallah, Subhanallah dan Allah Huakbar.
Dalam keasyikan dan lamunan, ZBA sampai kesebuah bandar pengantara laluan ke Barat dan ke Timur di utara Issky Lake. Bandar kecil yang dinamakan "Balykchy".  Perhentian terahir keretapi ke sektor selatan yang saya kira laluan tercantik untuk sampai dan melihat tasik Issky Lake.  Sebagai makluman perjalanan keretapi kesini memakan masa 6 jam dengan harga sekitar RM 3.00 bagi perjalanan sehala  daripada Bishkek.
Balykchy(‘the fisherman’), a town of 42,000 people at the western end of the lake. Once a major transport hub (it’s the railhead of the line from Bishkek), Balykchy today is a quiet, dusty place. Lenin’s portrait looks over the rooftops; his statue stands, arm outstretched, in front of the town hall. On the other side of town there’s a statue commemorating the contribution of mothers during the Great Patriotic War. A green tank on a podium is a memorial to the men from the town who died in Afghanistan. ‘We will always remember.’ 
Dari Balykchy sehinggalah ke pekan kecil Cholpon Ata adalah jalan pesisir diutara Issky Lake.  Selatan Issky Lake pula dipagari dengan Banjaran Tian Shan dan diutara tanah pamah dan juga banjaran pergunungan.  
Satu jam lagi kata pemandu kami.  Aduh kematu buntut. Jalanraya memasuki fasa jalan tarmek tetapi berbatu kerikil keras.  Berdesing kenderaan diatasnya.  Pemandangan ZBA banyak tertumpu kepada kecantikan Issky Lake daripada kawasan pergunungan. Disepanjang perjalanan boleh dikatakan terdapat 60 % penempatan penduduk tempatan. Mereka kebanyakan adalah para petani, penternak serta nelayan tasik. Beberapa penempatan lake resort dibina ditepi tasik untuk kemudahan pelancung.
Sebagai umat Islam ZBA amat teruju melintasi laluan ini kerana kita dapat melihat Masjid dimana-mana sahaja.  Tidak sebagaimana Uzbekistan memang sukar sekali untuk melihat masjid apatah lagi bersama mereka berjamaah. Bentuk binaan Masjid agak sama
dengan kubah berwarna biru dan tidak ketinggalan terdapat tanah perkuburan yang unik dibina bersebelahan.  ZBA difahamkan majoriti penduduk disini berugama Islam dengan segelintir berugama Kristian dari kalangan minoriti orang-orang Russian yang sekian lama bertapak di Kyrgyzstan.
Pergunungan Tian Shan
Diawal perjalanan ZBA ceritakan tentang musim buah-buahan. Ya, sungguh pun ZBA telah merayap kesana kemari, inilah pertama kali melihat dan memegang bual epal seumur hidup dari ranting dan pokok sebenar.  Disepanjang laluan ini dimana sahaja ada rumah, disitu ada anggur, epal dan pear.  Merah, kuning, hijau bergayutan dipokok.  Ibarat kita di 1M, dimana ada rumah disitu ada pokok rambutan.  Sungguh menakjubkan.  Rezeki melimpah Allah berikan kepada mereka.

Jam kini menunjukan 12.15th, ZBA sampai di pekan kecil Cholpon Ata.  Walaupun keletihan menempuh perjalanan tanpa henti tapi terbayang kepuasan disetiap kami. Pemandu meminta alamat dan menghantar kami kelokasi penginapan.
Cholpon Ata.  Sebuah pekan kecil ditengah-tengah perjalanan dari barat ke timur dan sebaliknya diutara Issky Lake. Penduduknya kurang lebih 13 ribu orang dan merupakan sebuah pekan peranginan pantai. Pantai disini bermaksud pesisir tasik air tawar Issky Lake.
Ramai pengunjung kebanyakanya daripada negara-negara Central Asia yang menghabiskan cuti musim panas mereka disini. Al-maklumkan bagi mereka yang tidak pernah melihat laut, walaupun sebuah tasik tetapi telah merupai sebuah lautan bagi mereka. 
Penginapan bagi para pengunjung tiada menjadi masalah.  Banyak penginapan budget dan sederhana dengan harga yang berpatutan tersedia. Bagitu juga bagi pengunjung muslim untuk mendapatkan makanan halal, pilih dan makan. 
Issky Lake secara kasar bagi pandangan ZBA tidaklah secantik negara pesisir pantai yang sering kita kunjungi.  Tetapi bagi mereka yang tidak pernah melihat laut mungkin satu kecantikan sebagaimana yang pernah diceritakan oleh media.
ZBA menghabiskan 4H/3M disini dengan menghirup udara panas dan dingin disiang hari dan malamnya menggigil kesejukan.  
Dalam perjalanan pulang kami mengambil laluan yang sama walaupun jarak diantara Almaty dan Cholpon Ata tidak sampai 100km melalui jalan pintas. Dimaklumkan sempadan Kazakstan dan Kyrgyzstan bagi sempadan berkenaan telah ditutup untuk pelancung asing kecuali penduduk kedua-dua negara berurusan harian.
Tambang Cholpon Ata ke Bishkek ialah Som300 sehala dengan Van yang merupakan pengangkutan ulang alik terbaik dan terpantas.  Mereka bergerak sebaik penuh dan masa perjalanan adalah 3.30 minit.
ISSKY LAKE
LAKES OF CENTRAL ASIA

3 comments:

  1. tahniah,satu pengembaraan yg sgt menakjubkan..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih tuan. Insyaallah banyak lagi artikal yg U boleh lihat. Insyaallah

    ReplyDelete
  3. "San Diego is so fabulous, Dawson List of Top 10 Beaches in India has to do with the briefing
    Coldest Hill Station in South India has very much eveolved
    Long Drives Around Bangalore nothing to take care of
    7 Star Hotels in Rajasthan
    It is very awesome place
    Famous Street Food in Bangalore you should definitely come
    Things to Bring When Traveling Abroad a must visit
    romantic Vacations in india definitely check
    spend money on travel not things"

    ReplyDelete