Assalamualaikum,
Maka kali ini mengambil laluan atas melalui Uzbekistan, Kyrgystan, Kazakstan dan China. Dan besar kemungkinan jika tiada halangan keselamatan ZBA akan memasuki China melalui Irkeshtam Pass daripada Osh ke Kashgar. Satu laluan yang jarang dilalui oleh pengembara dan agak merbahaya.
Namun diawal perancangan telah nampak bahawa laluan ini merupakan laluan yang sukar untuk ditembusi. Tidak banyak bahan-bahan yang dapat dijadikan panduan daripada pengembara-pengembara yang terdahulu. Walau bahaimana pun ZBA bertekad untuk membuka era baru sebagai Malaysian yang berjaya melalui laluan ini dengan penuh kejayaan. Insyaallah.
Sebelumnya semua Malaysian yang ingin mengunjungi Uzbekistan dikehendaki untuk mendapatkan "Invitation Latter" sebelum proses visa dapat dilakukan. Walau bagaimana pun permintaan tersebut telah dibatalkan dan hanya perlu untuk menyediakan dokumen-dokumen perjalanan lain sebagai "saporting ducument seperti, itinerary, tempahan hotel, tiket penerbangan, salinan penduaan passport antarabangsa." dan dokumen yang dianggap perlu.
Silk Road combination maps and direction |
Penerbangan Uzbekistan Airways Pesawat Boeng 767-300 |
Pemandangan dari ketinggian 38,000M bumi Afghanistan yang subur |
Tashkent Trem |
Tashkent Railway Station |
Perbualan kami terhenti dan semua penumpang Uzbekistan Airways Flight No 552 dijemput memasuki pesawat dan 30 minit kemudian, pesawat menerjah keudara.
Railway Station Muzium Tashkent |
Tashkent Memorial |
Periwayat Al-Hadith Rasullullah SAW yang terkenal dikalangan umat Islam seluruh dunia. Beliau ialah Al Imam Muhammad Ismail Al-Bukhari atau lebih dikenali sebagai "Imam Bukhari" dinegara-negara Asia Tenggara.
Di Memorial inilah dizaman Era Soviet Union ramai dikalangan Ahli Politik, Cerdiakawan, Ulama-ulama termasuk kitab-kitab yang dikarang oleh para Ilmuan Islam dibunuh dan ditembak mati. Al Fatihah |
Sajian daging kuda |
Chorsu Market |
Kepala kambing |
Tashkent Railways Station |
pertolongan kenalan raayat-rakyat tempatan yang bersama dalam satu penerbangan kami melepasi pemeriksaan imigrasi tanpa sebarang masalah. Proses menunggu begasi pula menagih kesabaran. Hampir 1 jam menunggu satu persatu bag dikeluarkan secara menual. Sampai giliran kastam satu lagi masalah dan akhirnya hampir dinihari ZBA sampai di hotel penginapan.
Uzbekistan adalah sebuah negara yang baru bebas daripada cengkaman dan pengarauh Soviet Union sejak 1991. Mereka menggunakan bahasa ibunda Uzbek dan Russia. Jadi tidak hairanlah semua papan tanda disini menggunakan kedua dua bahasa tersebut. Agak sukar bagi pelancung luar untuk berkomunikasi dengan mereka malah boleh dikatakan 95% tidak boleh berbahasa asing.
The Uzbek national clothes of the end of the Soviet Era centuries remain constant up these days. The men in that time carried a direct cover shirts, bottom and top dressing gowns. The dressing
gowns were very light and made from cotton wool. There were cuts on each side of dressing gown for convenience at walking. The trousers were made wide, of direct breed lent from top to bottom. Female clothes: dressing gowns, dress, "parandja"- also of wide breed.
Majoriti penduduk Uzbek adalah berugama Islam. Dimana-mana kita berada kita akan dengar mereka akan memberi salam diantara satu sama lain dan memakai pakaian tradisi yang menggambarkan seorang
Islam yang baik. Apatah lagi mereka menerima Islam lebih awal melalui pengembaraan (The Great Silk Road Journey) dan ramai diantara mereka adalah dari kalangan ulama yang tersohor. Tetapi pada hakikatnya apa yang ZBA
lihat adalah di sebaliknya kerana penekanan pengaruh komunis yang mengikat mereka sehingga keagungan Islam hampir lenyap dizaman era komunis. Sekarang barulah sinar keIslaman itu datang kembali tetapi masih mengalami zaman zukar sehinggalah kesuatu masa kelak. Berikut beberapa contoh sebagai gambaran keIslaman sebenar masyarakat Islam Uzbek.
Mereka mengaku Islam tetapi minuman keras adalah minuman biasa yang disajikan.
Masjid-masjid jarang-jarang kelihatan dan suara-suara azan menandakan masuk waktu solat masih tiada kedengaran. Pada hari Jumaat, masyarakat masih sibuk dengan duniawi seolah-olah Solat Jumaat tidak penting.
Ada masjid tetapi tiada kemudahan tempat berwudhuk disediakan. Contoh di Masjid Makam Al-Iman Muhammad Ismail Bukhari, masjid tersergam cantik tetapi tempat wudhuk berada 200 meter diluar
masjid dan diluar pintu kawalan keselamatan. ZBA difahamkan bahawa itulah salah satu cara dimana kemudahan masjid disediakan sebagai syarat sedangkan sebenarnya pemerintah tidak membenarkan raayatnya bersolat.
Cara berpakaian mereka, khususnya wanita tidak menggambarkan mereka seorang Islam malah mungkin agak sukar bagi jangka masa terdekat untuk Islam kembali kezaman keagunganya seperti dahulu.
Disegi ekonomi, Uzbekistan sedang mengalami era baru dengan masa depan yang cerah. Mereka telah membuka pintu yang tertutup sejak berabad lamanya. Pelancungan mula mengambil tempat dan menggamit pelancung asing. Banyak tempat-tempat bersejarah telah dibuka dan sedia dilawati khususnya bagi melihat kesan-kesan sejarah perkembangan Islam melalui pengembaraan The Great Silk Road. Bagaimana pengembara, pedagang dan pendakwah menyebarkan agama agung Islam sehingga ke Xian dan amnya keseluruhan China ditimur.
Hari ini mereka telah menerima Barat. Wang USD diterima dimana-mana sedangkan mereka mempunyai matawang sendiri yang dikenali sebagai SOM. Sebagai info kepada sesiapa yang mempunyai USD jangan menukar USD dengan SOM di bank-bank kerana nilai yang ditawarkan terlampau rendah. Tukaran dipasaran terbuka menjanjikan pertukaran yang lebih lumayan.
Tashkent Railways Station |
Meneruskan perjalanan,daripada Tashkent ZBA berkeretapi terus ke Bukhara mengambil masa 7J merentasi padang tandus dengan bayaran USD25.00.
No comments:
Post a Comment