Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum,
Sebuah pulau yang tidak asing lagi di Nusantara. Pulau dewata ini memang terkenal diseluruh dunia. Menjadi idaman setiap pelancung untuk mengenali Bali dengan lebih dekat. ZBA mengenali kemasyuran pulau ini sejak awal tahun lapan puluhan. Pertama kali menjejaki kaki ialah lebih 20 tahun lalu dan terahir ialah pada tahun lalu
sekembali daripada rentas langsung Kepulauan Flores di Nusa Tenggara Barat. Seingatan ZBA telah lebih daripada lima kali beristirehat diatas pulau ini. Kunjungan ini merupakan kunjungan susulan untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan rentas "Silk Road" di Central Asia yang bermula pada 21 Ogos nanti. Sedikit tentang Bali.
|
Gunung Raung di Jawa Timur |
Hari ini penerbangan keluar masuk ke Bali agak terganggu sedikit kerana letusan Gunung berapi Raung sedang mengganas dan menghemburkan debu hitam keudara. Kekadang debu hitam ini diterbangkan kearah Surabaya dan
|
Igusti Ngurah Rai International Airport |
memaksa lapangan terbang ditutup dan begitulah sebaliknya jika menghala ke Bali. Gunung berapi Raung terletak 161 km daripada Bali didaerah diantara Malang dan Batuwangi di Jawa Timur.
(Pemandangan gambar diatas ialah pada jarak 161km dari pesawat Malindo Air pada paras tetinggian 9,800kdpl).
Bali is an Indonesian island known for its forested volcanic mountains, iconic rice paddies, beaches and coral reefs. The island is home to religious sites such as cliffside Uluwatu Temple. To the south, the beachside city of Kuta has lively bars, while Seminyak, Sanur and Nusa Dua are popular resort towns. The island is also known for its yoga and meditation retreats.
80% daripada penduduk Bali ialah berketurunan Melayu Indonesia tetapi mereka menganuti agama Hindu sejak turun temurun (Kerajaan Sriwijaya). Oleh yang demikian kemana sahaja pembaca pergi keseluruhan Kepulauan Bali terdapat ratusan pura sama ada kecil atau besar. Dan Pura-pura ini pula adalah sebahagian daripada tempat-tempat yang menjadi tarikan pelancung.
|
Lambang "Pura" boleh dikatakan terdapat dimana-mana pintu masuk di Bali.
Sungguh pun demikian ZBA dimaklumkan bahawa pengamalan masyarakat Hindu Bali tidak sama dengan amalan agama Hindu yang diamalkan oleh masyrakat India dia di 1M. Masyarakat Hindu Bali sembahyang (Memuja)
dimana-mana mereka suka dan dengan satu bekas kecil ditangan yang didalamnya mengandungi rerumpai, bunga beras dan sebagainya. Selepas upacara, bunga akan diselitkan ditelinga samaada bagi kaum wanita (gek) atau lelaki (gli). Manakala bekasnya diletakan dipura-pura kecil atau dipintu masuk seolah olah untuk dipijak.
Semasa upacara dipura kita seringkali kelihatan kaum
wanita akan berpakaian tradisi serba putih dan menjunjung sebuah bakul kecil diatas kepala. Sebenarnya didalam bakul tersebut berisi makanan, buah buahan, jajan dan bunga. Ini sebenarnya sebagai gimik persembahan kepada dewata tetapi semua yang dibawa akan dibawa balik untuk dimakan sendiri bersama keluarga.
Pengunjung yang mengunjungi pura berpakaian serba lengkap secara tradisi bewarna putih. Wanita berkebaya dengan sarung singkat manakala lelaki pula berbaju lengan panjang, berkain sarung dan bertengkolok disamping menyisip keris dipinggang.
Makanan halal agak sukar di Bali secara amnya kecuali di pantai pantai peranginan terkenal seperti Kuta, Sanur, Benoa, Denpasar dan diselatan Bali. Menu paling selamat ialah "Nasi Padang". Itu pun disesetengah kedai
pekerja adalah dari kalangan yang beragama Hindu. Manakala di daerah lain seperti Singaraja dan Gillimanuk diutara agak senang kerana penduduk disana adalah pendatang daripada Jawa Timur
seperti Bayu Wangi, Surabaya dan daerah sekitarnya yang berugama Islam. Diselatan agak sukar untuk mendengar laungan Azan tetapi berbedza di utara. Masjid tidaklah sesukar untuk ditemui dan tidak sebagaimana diselatan.
Di Bali. Masjid dan surau hanya boleh ditemui dimana daerah-daerah yang mempunyai penempatan pegawai-pegawai kerajaan dan perkampungan nelayan. Malah didaerah Kuta sekarang terdapat sebuah Masjid yang dalam peringkat akhir pembinaan. Terletak 1km daripada Ngurah Rai dan 1km ke pusat peranginan Kuta.
Masjid Kuta di Denpasar Bali.
|
Oleh yang demikian, pembaca adalah tidak digalakan untuk memberi Salam sebarangan semasa berada di Bali kecuali betul-betul mengenali mereka melalui identiti yang sah sebagaimana amalan kita di 1M. Soal makan/minum samaada dihotel berbintang sekali pun, harus berhati hati dan mendapatkan pengesahan halal daripada petugas.
Bali merupakan destinasi riadah dan beristirehat. Puluhan ribu pelancung dari serata dunia berada di seluruh kepulauan Bali. Kos sara hidup agak tinggi tetapi dalam jangkaun untuk pelancung budget.
Secara peribadi, kepada bakal pengunjung ke Bali, ZBA mengesyorkan agar tidak terburu memilih package yang ditawarkan di 1M yang sememangnya mahal. Cara terbaik ialah dengan membeli tiket penerbangan termurah sendiri dan setibanya dihotel nanti, banyak local tours yang menjanjikan package terbaik kemana sahaja tujuan.
Jika dalam kumpulan kecil, kaedah terbaik ialah dengan menyewa kenderaan dan memandu sendiri. Pembaca boleh melewati seluruh kepulauan Bali dengan kos yang paling minimum. Bagi tujuan mengelilingi Bali, ZBA cadangkan 7H/6M adalah masa yang terbaik dan pembaca akan pulang dengan seribu kenangan.
Nusa Dua Beach Bali
ADVENTURES BALI WITH SWEET MEMORY
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Terima kasih
ReplyDelete