Friday, June 12, 2015

IGUACU FALLS SEVEN WONDER IN THE WORLD

Dengan Nama Allah yang Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,
Iguazu Falls di Argentina.  Manakala Iguacu Falls pula di Brazil. Jika pembaca berada di Iguazu Falls ambilah kesempatan untuk melihat Iguacu Falls dari arah Brazil. Dua pemandangan yang berbedza. Tetapi bagi penggemar gambar-gambar pemandangan pula mereka mesti bersedia berada di di Iguacu Falls seawal pagi ketika matahari memancar naik. Walau bagaimanapun persediaan lens 18-200mm adalah yang terbaik sebab falls yang berada disebelah Argentina berada agak jauh kecuali main falls yang berada didaerah Brazil.

One of the planet’s most awe-inspiring sights, the Iguacú Falls are simply astounding. A visit is a jaw-dropping, visceral experience, and the power and noise of the cascades – a chain of hundreds of waterfalls nearly 3km in extension – live forever in the memory. An added benefit is the setting: the falls lie split between Brazil and Argentina in a large expanse of national park, much of it rainforest teeming with unique flora and fauna.



















The falls are easily reached from either side of the Argentine–Brazilian border, as well as from nearby Paraguay. Both Argentina’s Puerto Iguazú and Foz do Iguaçu, on the Brazilian side, have a wide choice of accommodations.
Pemandangan yang luar biasa cantiknya.  Iguacu Falls Brazil
Daripada Puerto Iguazu, untuk ke Foz do Iguacu cuma mengambil masa 30 minit perjalanan dengan teksi. Pembaca boleh juga menaiki bas (turun di Foz do Iguacu dan berpatah balik ke Iguacu falls) yang berulang alik diantara tiga negara, Argentina, Brazil dan Paraguay.
Satu keistimewaan disini jika pembaca menaiki kenderaan sendiri atau teksi, kita tidak perlu turun daripada kenderaan untuk ke pejabat imigrasi memadai dengan menyerahkan passport untuk stemping. Tidak sebagaimana dilapangan terbang kita diwajibkan untuk diambil gambar dan cop ibu jari sebagai pengesahan. Kemudahan yang sama juga dilakukan dipihak imigrasi Brazil.
Jarak antara dua pusat imigrasi ini lebih kurang 4km dan sempadan kedua negara ditandakan diatas jambatan yang merentangi Sungai Iguazu.  Selepas imigrasi Brazil, 200m terdapat simpang dan belok ke kanan untuk ke Iguacu Falls.  
Dengan perjalanan 15 minit pembaca akan sampai di pintu masuk ke Iguacu Fall. Disini kita dikehendaki membeli tiket masuk (Sama harga dengan tiket masuk ke Iguazu Falls)  dan menaiki bas khas yang disediakan. Bas akan berhenti diperhentian yang disediakan.  Walau bagaimana pun kita akan diturunkan di hadapan Iguacu International Hotel dan berjalan kaki untuk menikmati kecantikan Iguacu Falls sehingga ke main falls.


































The Iguaçu Falls are an awesome sight as tonnes of water throw themselves over cliffs and the mist rises amongst the jungle. They are taller than Niagara Falls, and twice as wider.
It is well worth spending a day on each side of the falls, especially if you plan to do any of the boat rides or other activities offered.
Don't just rush past the main viewpoints and leave. It's important to get a good perspective on the park overall to appreciate this awesome sight.
Selepas turun daripada bas, pembaca bolehlah  menyusuri tebing Sungai Iguazu untuk melihat kecantikan  Iguazu  Falls, Argentina diseberang.  Keseluruhan laluan pejalan kaki dibuat begitu selisa bagi semua peringkat umur. Jangan tergesa gesa untuk ke main falls.  Hayatilah alam ciptaan Allah yang maha berkuasa diatas segala sesuatu. Bagaimana air melimpah berterusan sedangkan tiada hujan dan tidak pernah kering.  Didalam sungai air mengalir lesu sedangkan jutaan liter air turun pada setiap saat. Masyaallah.
Sebaik mungkin kita harus mengambil masa tersendiri 2-3J baru puas menikmati kecantikan alam semula jadi Iguacu Falls.  Walhal jarak perjalanan untuk ke main falls cuma sekitar 1km.  

ZBA menyambil masa "My own sweet time" untuk sampai ke main falls walau pun masa kunjungan itu hujan agak lebat dan berkabus. Tetapi pengalaman berada 2J hanya dapat direalisasikan melalu gambar-gambar yang dipamirkan.
 Sesungguhnya masa tidak pernah menanti kita untuk  tetapi kita yang kena mengatur masa dengan bijak.







IGUACU 7WitW BRAZIL

No comments:

Post a Comment