Saturday, June 13, 2015

BUENOS AIRES CITY

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,
Ini merupakan kali ke4 ZBA memasuki Argentina.  Kali ini daripada Iguazu dengan penerbangan AerolineasArgentinas. Penerbangan 1J 45M daripada Puerto Iguazu mendarat di AEP International Airport. 
Sebuah lapangan terbang yang terletak bersebelahan dengan River Plate, Buenos Aires.  Dari sini terus menuju hotel penginapan yang terletak tengah-tengah bandar.  Perlu diingat tambang teksi kemana-mana lokasi kepusat bandar ialah ARS100. Manakala tambang teksi ke EZE International Airport yang terletak 28 km daripada Buenos Aires ialah ARS330.
Buenos Aires is often called the “Paris of South America,” for its soaring architecture and rich European heritage. But the city and its people, known as porteños, are a study in contrasts: European sensibilities and Latin American passion; wide boulevards and cobblestone alleys; steamy tango and romping rock and roll; sidewalk cafés and soccer fanatics; bejeweled ladies draped in fur coats and children rummaging through garbage for cardboard scraps. 


Buenos Aires, which sprawls over 78 square miles (202 square kilometers) and has a population of about three million, is a patchwork of distinct, fascinating communities, from the frenetic downtown and working-class tanguero neighborhoods such as La Boca and San Telmo, to wealthy districts such as Recoleta and trendy Palermo, to middle-class barrios such as Belgrano and Caballito. 
Jangkaan ZBA sebelum ini meleset. di ingatkan bandar-bandar dinegara-negara Amerika Latin masih   kebelakangan
daripada kita dalam segi pembangunan dan sebagainya. Penduduknya terdiri daripada bangsa-bangsa yang berkulit hitam.  Rupa-rupanya tidak. 
Majoriti penduduk adalah berkulit putih kecuali di Brazil ada sedikit percampuran. Mereka lebih polite dan mesra pelancung sebagaimana negara-negara Eropah.  Di kebanyakan negara Amerika Latin menggunakan 90% bahasa Spanis dan 10% bahasa tempatan kecuali Brasil menggunakan bahasa Portugis sebagai sebagai bahasa rasmi.
Bahasa Inggeris sangat kurang dituturkan kecuali didaerah adanya pelancungan dan di hotel-hotel    besar.     Makanan     mereka   
tidak ubah sebagaimana di Eropah.  Lebih kepada daging, roti, pasta, biskut, dan salat.  Babi bukan kegemaran mereka. Sajian ini kurang dalam menu harian malah jarang kelihatan. Minuman kesukaan ialah coca cola dan minuman lain yang bergas. Alkohol adalah minuman dominan yang tidak dapat dipisahkan.  Tabiat merokok juga kurang jika dibandingkan dengan penduduk Asia. 
Bandaraya Buenos Aires terbahagi kepada dua bahagian. satunya bandar asal (lama) dan satu lagi bandar baru yang sedang pesat membangun.  Mercu tanda bandar lama ialah menara kemerdekaan ditengah tengah pusat bandar.  Manakala mercu tanda terbaru ialah sebuah jambatan seperti gambar dibawah. Bandaraya yang bersih dan teratur dari segi perancangan jangka panjang.



Dua  mercu tanda bandaraya Buenos Aires sekarang



Tugu-Tugu peringatan sebagai lambang kemegahan banyak dibina sebagai memperingati jasa-jasa pejuang mereka.

Sistem pengangkutan di bandaraya Buenos Aires adalah yang terbaik setakat ini. Jalan-jalan kepusat bandar bersimpang siur dan amat luas bagi pergerakan kenderaan. Jalan enam lorong adalah perkara biasa.  Paling
besar ialah jalan utama dipusat bandaraya Buenos Aires.  10 lorong untuk kenderaan awam.  Dua untuk metro bus dan selebih kenderaan awam.  Metro dibawah disegenap penjuru Buenos Aires. 
Jarang kelihatan motosikal.  Tapi pembaca harus ingat. Tiada tolenransi kepada yang melintas jalan tanpa berpandukan lampu isyarat.  Kerana pemandu disana tidak akan memberi jalan sesuka hati.  Oleh yang demikian sila patuhi lampu isyarat untuk mengelakan daripada kemalangan.
Buenos Aires jarang kelihatan jejambat tetapi kenderaan bergerak secara teratur sungguhpun dalam waktu puncak. Jalan-jalan kecil didalam bandar disusun secara satu hala. Tiada kenderaan kelihatan diletakan ditepi jalan kerana jalan berbatu ala batu bata hanya untuk sebuah kenderaan sahaja.
Terfikir ZBA semasa pesawat melintasi bandar Buenos Aires diwaktu petang. Pemandangan diatas menunjukan jalan lurus dan berpetak-petak persegi yang cantik.  Hakikatnya apabila kita berada ditengah bandaraya adalah sama sebagaimana kita lihat dari udara.  Perancangan jangka panjang yang mengkagumkan.
Satu lagi yang menarik perhatian ZBA ialah lampu syarat di persimpangan jalan.  Dari apa yang ZBA alami dan lihat dalam perjalanan ke EZE Airport dari pusat bandaraya, lebih daripada 15 lampu isyarat sepanjang lebih 10km perjalanan, memberi laluan dengan timing "Hijau" untuk perjalanan tanpa henti "Sincronice".  Satu-satu yang patut NegaraKu belajar untuk menghormati masa daripada membuang masa berjam-jam disebabkan lampu isyarat.  Kita tidak perlu mendabik dada yang kita adalah terbaik.  Sebenarnya kita masih jauh daripada yang baik sekali pun.
Secara keseluruhan ZBA keluar/masuk Argentina sebanyak enam kali dari berbagai penjuru.  Percaya atau tidak enam muka surat Passport Antarabangsa memberi ruang kepada satu perjalanan merangkumi 8 negara dengan satu visa.
Mungkin juga perjalanan ini mungkin perjalanan "The first and the last" untuk bumi Amerika Selatan. Kerana merayap selepas ini dirangka daripada "Mexico City to Panama City" yang merupakan Central Carebian.
WELLCOME 
PARIS OF SOUTH AMERICA


No comments:

Post a Comment