Assalamualaikum,
Sign board ini menunjukan arah dimana pembaca boleh explore sendiri tanpa menggunakan perkhidmtan khidmat pelancung. Bagi ZBA ini cara yang terbaik amalan semasa merayap.
Menempuh perjalanan malam yang panjang daripada Cappodacia menuju Pamukkale. Bus yang ditumpangai berhenti beberapa kali untuk berehat dan toilet stop. Cuaca diluar amat sejuk dan didalam bas dipasang pemanas dan ZBA dapat tidur dengan nyenyak sepanjang perjalanan 9j tersebut.
Diawal pagi kami diturunkan dipersimpangan jalan menuju Denizli dan menggunakan van menuju cotton castle Pamukkale yang terletak 8km.
Selepas makan tengahari ZBA memulakan perjalananan. Sebenarnya cotton castle adalah lebih kurang 100m daripada hotel penginapan kami pagi tadi. Ianya menganjur daripada sebuah bukit dan airnya "terjun" dan berahir di bandar Pamukkale.
Bagi melihat Cotton Castle secara jelas dan mendapatkan gambaran sebenarnya, kita hendaklah mendaki keatas bukit yang terletak kira-kira 5km keatas. Dalam perjalanan ini kami menaiki mini bus dan berpeluang hampair 3j mengenali "SPA" asli Pamukkale.
Sebelum kita mengenali waterfalls "Unesco World Heritage Side", elok ZBA beri sedikit gambaran untuk kesana. Ini merupakan satu-satunya entrace dan semua pelancung dikenakan bayaran masuk. Sebelum itu kami berpeluang melihat satu lagi Roman Amphitheater of Hierapolis yang merupakan juga tarikan penting bandar Pamukkale.
Sign board ini menunjukan arah dimana pembaca boleh explore sendiri tanpa menggunakan perkhidmtan khidmat pelancung. Bagi ZBA ini cara yang terbaik amalan semasa merayap.
Setelah menghabiskan masa sekitar 2j, kini ZBA akan melihat SPA Cotton Castle secara dekat. Terletak ditebing sebuah bukit yang agak curam dan air yang jernih mengalir turun membentuk kolam-kolam yang cantik berisi air dan melimpah kebawah dan membentuk lagi kolam-kolam sehinggalah kebawah. Permukaan kolam berupa air batu yang menakung air. Putih bersih dan sekali imbas seakan-akan kapas. Itu sebab dipanggil dengan nama jolokan sebagai Cotton Castle. Air yang menalir turun dikatakan bermula dari tempat ZBA dibawah.
Gambar bawah pula ialah pemandangan paling atas dan disebelah kanan gambar adalah saliran dimana kedatangan punca air yang datangnya 1km daripada tempat ZBA berdiri.
Kolam air panas dan menempatkan semua aktiviti disekitar Cotton Caslte.
Pembentukan kolam-kolam berikutnya adalah seperti gambar-gambar paparan dibawah.
Pemandangan diperingkat atas
Pemandangan diperingkat bawah
Ini adalah pemandangan dari atas dimana air yang mengalir akan tertumpu dibahagian ini dan disebelah bawah sekali ialah bandar Pamukkale. Terdapat sebuah kolam besar dan dijadikan sebagai pusat reakreasi khusus kepada pelawat yang tidak mahu keatas.
Secara keseluruhan Pamukkale ialah sebuah bandar kecil tetapi mempunyai dua tarikan yang menonjolkan emej Pamukkale dimata dunia. Satunya Roman Amphitheater of Hierapolis dan Waterfalls Unesco World Heritage Side.
Dari Pamukkale ZBA meneruskan perjalanan 185km ke Selcuk dan Kusadasi.
No comments:
Post a Comment