Thursday, June 26, 2014

KUSADASI RESORT TOWN

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum, 
Rasa terpanggil untuk melawat bandar ini.  Apa tidaknya jarak daripada Selcuk cuma 22 km sahaja. Banyak bas awam sedia memberi perkhidmatan ulang alik dengan tambang RM 10.00 sehala.
Kusadasi terkenal dengan dengan jolokan "Resort town of Turkey Aegean Coast". Sebuah pekan peranginan tepi pantai yang cantik yang mengadap kepulauan-kepulauan Greek. Suasana bandar ini seakan-akan bandar elit kerana sepanjang masa akan dikunjungi oleh pelancung asing yang bertaraf elit. Mereka bukan pelancung biasa atau backpacker malah gulungan elit yang menghabiskan masa mereka dengan cruise-cruise mewah mengelilingi dunia.  Oleh yang demikian tiada yang murah dibandar ini kerana semuanya bertaraf international.
 Menjadi pintu masuk utama khususnya bagi penumpang-penumpang kapal-kapal pelayaran mewah dan yath yang akan melawat City of Hierapolis, Temple of Artemis, Ancient City of Ephesus dan sebagainya. 





Mengambil masa kurang 30M ZBA telah di Kusadasi.  Perjalanan yang lancar dengan dihiasi   pemandangan   yang   cantik   dan   suasana   pantai   Mediteranean  yang   nyaman.  



Cara terbaik untuk explore Kusadsi ialah dengan berjalan kaki.  






















Kusadasi ialah bandar tepian laut Mediretanean yang cantik dan mengadap ke Greek dengan pulau terdekat yang dikenali sebagai Samos.  Perjalanan ke Samos boleh dilakukan dengan daily trip yang memakan masa 30m perjalanan sehala daripada Kusadasi.
ZBA mengambil masa hampir 5j berada disini menikmati keindahan alam dan udara yang segar.  Penduduk Kusadasi dilihat amat peramah jika dibandingkan dengan daerah-daerah lain. Sebagaimana dimaklumkan sebelumnya, bandar ini termasuk dalam katogeri bandar pelancungan terkenal dan dikenali ramai oleh pelancung barat.  Oleh yang demikian tidak hairanlah, serba serbi disini mahal jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain di Turkey. Penerimaan matawang Euro adalah lumrah dan ini amat membebankan kita yang menggunakan Rupiah Malaysia. 

























Kepada semua pembaca yang telah melawati  Selcuk, diharap tidak terlepas pandang dengan keindahan dan kecantikan Kusadasi.  Ambillah peluang yang ada setidak-tidaknya satu malam berada dipusat peranginan tepian pantai ini.
Selamat datang dan selamat beristirehat.  Malam nanti ZBA akan kembali ke Istanbul dalam perjalanan menuju Bandaraya Rome.


SEEN IS BETTER THEN LISTEN

No comments:

Post a Comment