Sunday, January 8, 2017

MAURITIUS ISLANDS


Assalamualaikum.  Selamat tahun baru Masehi 2017. Mohon ke hadrat Ilahi semuga  kita diberikan kesihatan yang sempurna untuk terus meneruskan "Merayap" bagi tahun 2017 dan tahun-tahun berikutnya. In Sha Allah. 
ZBA akan memulakan perjalanan sulung  2017 dengan memilih Mauritius sebagai destinasi pertama. Sebuah pulau yang terletak dibahagian timur Madagaskar yang merupakan destinasi  pulau peranginan bagi pelancung-pelancung barat.     Dari        pembacaan,
Mauritius tidaklah sehebat Maldives yang terkenal tetapi apapun nanti ZBA akan mencatatkan sesuatu untuk panduan khususnya kepada peminat-peminat kaki travel. 
Sekali lagi penghargaan kepada penerbangan tambang murah tetapi bijak mencari destinasi dan menjana keuntungan AirAsia. Tahniah. 
MRU Mauritius Airport
MRU Small but Beautiful  Airport with Wifi
Penerbangan mereput mengambil masa 6J45M merentas Lautan Hindi yang tidak bertepi sehinggalah menjengah Kepulauan Mauritus yang pantainya membiru dengan pemandangan daratan yang menghijau. Dalam keadaan angin kencang beserta cuaca panas, ZBA menjejak kaki kebumi Mauritius.  Destinasi ulung 2017 pembuka tirai menambahkan koleksi ke 150an negara didunia sebagai "Perayap jalanan".  Dengan rasa syukur Ku ucapkan "Alhamdulillah".
Way out from MRU Airport to Port Louis dan the North
Mauritius Road condition
Memandangkan Mauritius sebuah negara pulau, ZBA mengambil pendekatan untuk merayap keseluruhan Mauritius dengan menyewa kenderaan  (Ola Mauritius.com) selama 5H/4M.  Caj yang dikenakan ialah EUR120 tidak termasuk minyak.  
Purata minyak di Mauritius ialah USD1 per-litter (EUR32) Keseluruhan perbelanjaan bagi jangka tersebut secara keseluruhan ialah EUR152 bersamaan RM 722.00.  Ini bermakna jika pembaca berkongsi kenderaan, kos menjadi lebih jimat dan dapat megelilingi Kepulauan Mauritius dengan selesa secara santai.
Mauritius.  Mempunyai sistem jalan raya yang baik dan pemanduan disebelah kiri sebagaimana kita di 1M. Sistem transportasi khususnya bas merangkumi seluruh pulau. Paling unik jika      kita       lihat      kerana
diseluruh kepulauan yang ZBA sampai, kerajaan mereka menyediakan "bus stop" berbumbung kepada penggunanya daripada lindungan panas dan hujan. Perlu juga diingatkan terdapat pengangkutan bus daripada MRU Airport ke ibu negara Port Louis.
Caranya (Keluar daripada balai ketibaan MRU terus membelok kekanan dan terdapat pondok pengawal. Berjalan terus mengikut laluan pejalan kaki dan pembaca akan melihat sebuah kantin awam. 10M darinya di kawasan letak kereta dimana tertera perhentian bas. Keseluruhan jarak daripada balai ketibaan ialah sekitar 100M).  Dikantin berkenaan juga disediakan makanan "Halal" ala Mauritius untuk menjamu selera.
Same colour but difference country
Teksi juga adalah pengangkutan awam yang bagus tetapi tambang yang dikenakan amat mahal kerana mereka mensasarkan khusus kepada pelancung.
Kenali Mauritius sebelum pembaca melangkah jauh. Penduduk Mauritius adalah
Mauritius Muslim Muslimah
daripada etnik India yang pada amnya datang daripada India.  Mereka datang membawa bersama adat dan kebudayaan mereka samaada dari kalangan penganut Hindu atau Islam. Jadi sinonim dimana-mana di Mauritius kita lihat dan seolah olah berada di India. Terdapat

Kuil, Masjid dan Gereja dan jarang kita dapat mengenali mereka mengiku anutan agama kerana rupa paras m ereka adalah sama kecuali penganut Islam dengan identiti bersongkok bagi lelaki dan bertudung bagi wanita muslimah.
Saya difahamkan bahawa Mauritius dari segi anutan agama, majorti adalah Hindu diikuti dengan Islam 25% dan selebihnya kristian dan lain-lain anutan. 
The child of Muslim Brother in Mauritius
Pada dasarnya keseluruhan raayat Mauritius tidak mengakui mereka berbangsa India tetapi sebagai Etnik Mauritius. 
Percakapan mereka juga dalam bahasa kebangsaan Mauritius dan French sebagai bahasa kedua dan diikuti dengan Inggeris. Jadi secara umumnya sesiapa yang boleh berkomunikasi didalam bahasa Inggeris tidak akan mengalami apa-apa masalah semasa berada disini.
Sebagai sebuah negara pulau pelancungan, Mauritius boleh dikatakan tiada aktiviti pada hari Sabtu dan Ahad. Waktu perniagaan sama dengan waktu pejabat.   Supermarket dibuka mulai 9.00am dan tutup 13.00pm pada hari Sabtu dan Ahad. Lain-lain perniagaan majoriti juga ditutup pada hujung minggu.
Penaklukan Barat ke atas Mauritius bermula disini
Jangan mengimpikan makanan ditepi jalan atau warung di Mauritius malah restoran sekali pun jarang-jarang kelihatan. Kebanyakan pelancung adalah  didalam zon  selesa private beach, hotel masing-masing.  
Selesai urusan dokumentasi kenderaan, ZBA memulakan pemanduan menuju destinasi malam ini di Flic en Flac. Highway dua lorong yang cantik memudahkan perjalanan dengan kenderaan yang kurang dijalanraya.  Mauritius tidak mempunyai kaki rempet malah jarang-jarang sekali terdapat motosikal.  Bagi mereka, mungkin perkhidmatan bas yang efisyen tidak memerlukan mereka memiliki motosikal atau atas faktor-faktor lain.
Penempatan rumah-rumah dilihat lebih teratur dan mirip kepada rumah-rumah di 1M. Sedikit perbedzaan ialah, rumah-rumah mereka dibina secara "flet roof" tidak berbumbung dan beratap.  
Sumber pendapatan dilihat sebagai pelancungan, perikanan dan gula tebu yang merupakan  pertanian dan ekspot utama Mauritius. Dimana-mana diseluruh Mauritus kita akan kelihatan ladang tebu hidup subur menghijau berlatar belakangkan pergunungan yang tercacak.
Pemandangan Ladang Gula Tebu.
Pemanduan hari ini ZBA mengambil laluan highway M2 daripada MRU menuju Port Louis keutara sehinggalah ke persimpangan Quatre Bornes sebelum membelok ke barat menuju Flic en Flac sejauh 48km.
Flic en Flac ialah sebuah bandar kecil peranginan tepi pantai  yang cantik dimana pantainya terbuka untuk orang ramai.  Salah satu attraction yang terkenal terletak disini ialah Casela Safari dan sebuah komplek membeli belah serba keperluan.
 Flic en Flac Beach during sunset






































Ladang Tebu
Semalaman ZBA mendapat rehat yang secukupnya di Sunshine Villa yang menyediakan segala kemudahan termasuk fasilitas memasak. Kami hanya perlu berbekalkan makanan apa yang hendak dimakan dan masak sendiri. Sebuah kolam renang secara private untuk melayani washap dan bersantai.
Nelson Mandela Muzium
Alangkah tenangnya hidup ini jika kita seorang yang beriman, berkemampuan dan pemurah.
Selepas minum pagi ala kadar,  ZBA bergerak keutara menuju Port Louis melalui laluan tepi pantai barat dan keutara. Laluan ini tidak banyak pemandangan yang cantik juga pusat-pusat peranginan selain melalui kawasan tanaman tebu dan perkampungan. Disebuah bandar kecil ZBA berhenti sebentar untuk melawat Nelson Mandela Muzium yang terletak diatas sebuah bukit. Untuk makluman, dua nama terkenal di Mauritius dan seringkali diabadikan pada nama-nama jalan ialah Mahatma Ghandi dan Nelson Mandela.  Dua tokoh yang dikenali ramai dan amat dihormati bukan sahaja dikalangan raayat Mauritius bahkan menjadi sebutan diseluruh dunia.
Pusat Mauritius Port Louis
 
Destinasi berikutnya ialah Port Louis ibu negara Mauritius.  Pusat pentadbiran, pelabuhan, commersial dan sebagainya. Disini terdapat sebuah World Heritage Side yang dikenali sebagai Aapravasi Ghat. Terletak dijalan besar 20M daripada Muzium Post Mauritius. 
Aapravasi Ghat World Heritage Site

Mauritius Post Muzium

Port Louis City Center, Mauritius by DSLR Camera





Thursday, December 8, 2016

YAZD CITY OF WINDCATCHERS

Hampir 7J berkelana dipadang pasir berkeretapi daripada Tehran ke Yazd, 621 km ke selatan Tehran. Tidak banyak yang dapat diperhatikan kecuali gurun-gurun pasir yang luas terbentang.  Rumah-rumah separa batubata dan tanah liat sebagai tempat kediaman. Sekali sekala sahaja ternampak binatang ternakan seperti kambing, bebiri berkeliaran. Selebihnya pasir, gurun, pergunungan dan sedikit tumbuh-tumbuhan gurun sahaja yang kelihatan.
Tehran Train Stasen
Walaupun demikian ZBA masih bersengkang mata menikmati keagungan Allah yang diberikan kepada sebuah Negara yang bernama Iran.
Snack  yang disediakan dalam perjalanan.
Gadis manis Iran
ZBA menempah tiket keretapi Iran melalui dalam talian. Perjalanan sehala dengan koc kelas dua 6 compartment berharga RM43.00. Bersama kami bertiga ialah seorang jurutera Iran dan seorang anak gadis. Jadi dari perbualan ayam itek dapat juga kami menyelami dan memahami serba sedikit berhubung perkembangan sahsiah di Iran.
Makluman : Setiap penumpang asing yang menempah tiket  untuk menaiki keretapi di Iran dikehendaki untuk melapurkan diri kepada Unit Keselamatan Polis yang terdapat di setiap stesen keretapi. Semua penumpang akan menjalani pemeriksaan passport dan pastikan dibelakang tiket masing-masing diberikan cop mohor dan ditandatangani oleh pegawai polis bertugas.  Jika tidak pembaca tidak dibenarkan memasuki dan menaiki keretapi.
Iran Train Compartment


Pemandangan perjalanan keretapi Tehran - Yazd sebelum sunset.
Stesen pertama perhentian perjalanan ini ialah Kashan. Stesen paling hampir dengan perkampungan Abyaneh dan penempatan nuklear Iran. Keretapi berhenti lebih daripada 30 minit sebaik matahari terbenam.  Belum pernah  terjadi di Negara Islam didunia dimana penumpang dibenarkan turun dan menunaikan Fardhu Magrib di sebuah Masjid berhampiran stesen.  Tetapi perkara  ini  terjadi   di sebuah negara yang mengamalkan fahaman Syiah yaani Iran. Satu pengalaman  baru bagi  ZBA  sejak berkesempatan merayap keseluruh dunia.
Selepas semua penumpang kembali menaiki keretapi, perjalanan diteruskan sehinggalah destinasi terahir Yazd. Keretapi tersasar daripada jadual sebenar. Kami sampai lebih kurang jam 11.00pm dengan ditemani cuaca yang sejuk. Dimaklumkan suhu keseluruhan di Iran ketika ini, siangnya mencecah 32C dan semakin menurun sehingga 03C diawal pagi. Satu perubahan suhu yang ketara dan memerlukan ketahanan mental yang tinggi untuk mengatasi situasi ini. 

Suasana lengang semasa ZBA sampai.  Sekali lagi  passport diperiksa oleh anggota polis yang bertugas distesen. Setelah butir-butir pengenalan diambil, kami meneruskan perjalanan ke hotel yang terletak di "Old Town" dengan bayaran T10,000 (RM 14.00) yang terletak kurang lebih 8 km daripada Stesen Keretapi.  Lokasi yang paling strategik untuk merayap keseluruhan bandar Yazd. Average tambang teksi di Yazd ialah T10,000 kemana-mana sahaja didalam bandar.  Yazd tidak mempunyai perkhidmatan alternatif kecuali teksi untuk kesana kemari.
Yazd memang terkenal dengan keunikan senibina dari peradaban tamadhun Parsi sejak zaman berzaman dan kekal sehingga hari ini. Sesetengahnya telah diakui sebagai warisan dunia oleh UNESCO.
Because of generations of adaptations to its desert surroundings, Yazd has a unique Persian architecture. It is nicknamed the "City of Windcatchers" (شهر بادگیرها, Shahr-e Badgirha) from its many examples. It is also very well known for its Zoroastrian fire temples, ab anbars, qanats, yakhchals, Persian handicrafts, handwoven cloth (termeh), silk weaving, and its time-honored confectioneries.














Selama 3H/2M, adalah masa yang mencukupi untuk ZBA merayap ke keseluruhan tempat-tempat tumpuan pelancung disini. Berikut secara terperinci apa yang menarik minat untuk pelancung mengunjungi Yazd.
The Jāmeh Mosque of Yazd (Persian: مسجد جامع یزد‎‎ – Masjid-e-Jāmeh Yazd) is the grand, congregational mosque (Jāmeh) of Yazd city, 


The Amir Chakhmaq Complex is a prominent structure in Yazd, Iran, noted for its symmetrical sunken alcoves. It is a mosque located on a square of the same name.



Zoroastrianism is one of the world's oldest monotheistic religions. It was founded by the Prophet Zoroaster in ancient Iran approximately 3500 years ago.



Tower of Silence (Zoroastrians' Dakhmeh) is a tower that has been built on the top of a hill, considered as place where Zoroastrian's left their dead.




Iran sebagaimana sedia maklum mempunyai tamadhun yang tertua didunia malah mereka juga berbangga kerana mempunyai keupayaan dan teknologi yang tinggi setanding dengan negara-negara maju didunia.  Walau bagaimana pun sehingga hari ini masih ada raayatnya yang mengamalkan Agama Zoroastrian yang ujud sejak 3500 tahun dahulu.  Satu keunikan bagi negara yang majoriti penduduknya mengamalkan amalan Syiah disamping Islam dari Sunnah Wal-Jamaah dan agama-agama lain.
Yazd.  Sebuah bandar bersejarah yang wajar dilawati dan merupakan bandar yang selamat dari segi keselamatan. Dihubungkan dengan  sistem pengangkutan yang baik dengan kos tambang yang berpatutan.
Sehingga berjumpa lagi bagi catatan berikutnya.
SHIRAZ