Thursday, December 8, 2016

YAZD CITY OF WINDCATCHERS

Hampir 7J berkelana dipadang pasir berkeretapi daripada Tehran ke Yazd, 621 km ke selatan Tehran. Tidak banyak yang dapat diperhatikan kecuali gurun-gurun pasir yang luas terbentang.  Rumah-rumah separa batubata dan tanah liat sebagai tempat kediaman. Sekali sekala sahaja ternampak binatang ternakan seperti kambing, bebiri berkeliaran. Selebihnya pasir, gurun, pergunungan dan sedikit tumbuh-tumbuhan gurun sahaja yang kelihatan.
Tehran Train Stasen
Walaupun demikian ZBA masih bersengkang mata menikmati keagungan Allah yang diberikan kepada sebuah Negara yang bernama Iran.
Snack  yang disediakan dalam perjalanan.
Gadis manis Iran
ZBA menempah tiket keretapi Iran melalui dalam talian. Perjalanan sehala dengan koc kelas dua 6 compartment berharga RM43.00. Bersama kami bertiga ialah seorang jurutera Iran dan seorang anak gadis. Jadi dari perbualan ayam itek dapat juga kami menyelami dan memahami serba sedikit berhubung perkembangan sahsiah di Iran.
Makluman : Setiap penumpang asing yang menempah tiket  untuk menaiki keretapi di Iran dikehendaki untuk melapurkan diri kepada Unit Keselamatan Polis yang terdapat di setiap stesen keretapi. Semua penumpang akan menjalani pemeriksaan passport dan pastikan dibelakang tiket masing-masing diberikan cop mohor dan ditandatangani oleh pegawai polis bertugas.  Jika tidak pembaca tidak dibenarkan memasuki dan menaiki keretapi.
Iran Train Compartment


Pemandangan perjalanan keretapi Tehran - Yazd sebelum sunset.
Stesen pertama perhentian perjalanan ini ialah Kashan. Stesen paling hampir dengan perkampungan Abyaneh dan penempatan nuklear Iran. Keretapi berhenti lebih daripada 30 minit sebaik matahari terbenam.  Belum pernah  terjadi di Negara Islam didunia dimana penumpang dibenarkan turun dan menunaikan Fardhu Magrib di sebuah Masjid berhampiran stesen.  Tetapi perkara  ini  terjadi   di sebuah negara yang mengamalkan fahaman Syiah yaani Iran. Satu pengalaman  baru bagi  ZBA  sejak berkesempatan merayap keseluruh dunia.
Selepas semua penumpang kembali menaiki keretapi, perjalanan diteruskan sehinggalah destinasi terahir Yazd. Keretapi tersasar daripada jadual sebenar. Kami sampai lebih kurang jam 11.00pm dengan ditemani cuaca yang sejuk. Dimaklumkan suhu keseluruhan di Iran ketika ini, siangnya mencecah 32C dan semakin menurun sehingga 03C diawal pagi. Satu perubahan suhu yang ketara dan memerlukan ketahanan mental yang tinggi untuk mengatasi situasi ini. 

Suasana lengang semasa ZBA sampai.  Sekali lagi  passport diperiksa oleh anggota polis yang bertugas distesen. Setelah butir-butir pengenalan diambil, kami meneruskan perjalanan ke hotel yang terletak di "Old Town" dengan bayaran T10,000 (RM 14.00) yang terletak kurang lebih 8 km daripada Stesen Keretapi.  Lokasi yang paling strategik untuk merayap keseluruhan bandar Yazd. Average tambang teksi di Yazd ialah T10,000 kemana-mana sahaja didalam bandar.  Yazd tidak mempunyai perkhidmatan alternatif kecuali teksi untuk kesana kemari.
Yazd memang terkenal dengan keunikan senibina dari peradaban tamadhun Parsi sejak zaman berzaman dan kekal sehingga hari ini. Sesetengahnya telah diakui sebagai warisan dunia oleh UNESCO.
Because of generations of adaptations to its desert surroundings, Yazd has a unique Persian architecture. It is nicknamed the "City of Windcatchers" (شهر بادگیرهاShahr-e Badgirha) from its many examples. It is also very well known for its Zoroastrian fire templesab anbarsqanatsyakhchals, Persian handicrafts, handwoven cloth (termeh), silk weaving, and its time-honored confectioneries.














Selama 3H/2M, adalah masa yang mencukupi untuk ZBA merayap ke keseluruhan tempat-tempat tumpuan pelancung disini. Berikut secara terperinci apa yang menarik minat untuk pelancung mengunjungi Yazd.
The Jāmeh Mosque of Yazd (Persianمسجد جامع یزد‎‎ – Masjid-e-Jāmeh Yazd) is the grand, congregational mosque (Jāmeh) of Yazd city, 


The Amir Chakhmaq Complex is a prominent structure in Yazd, Iran, noted for its symmetrical sunken alcoves. It is a mosque located on a square of the same name.



Zoroastrianism is one of the world's oldest monotheistic religions. It was founded by the Prophet Zoroaster in ancient Iran approximately 3500 years ago.



Tower of Silence (ZoroastriansDakhmeh) is a tower that has been built on the top of a hill, considered as place where Zoroastrian's left their dead.




Iran sebagaimana sedia maklum mempunyai tamadhun yang tertua didunia malah mereka juga berbangga kerana mempunyai keupayaan dan teknologi yang tinggi setanding dengan negara-negara maju didunia.  Walau bagaimana pun sehingga hari ini masih ada raayatnya yang mengamalkan Agama Zoroastrian yang ujud sejak 3500 tahun dahulu.  Satu keunikan bagi negara yang majoriti penduduknya mengamalkan amalan Syiah disamping Islam dari Sunnah Wal-Jamaah dan agama-agama lain.
Yazd.  Sebuah bandar bersejarah yang wajar dilawati dan merupakan bandar yang selamat dari segi keselamatan. Dihubungkan dengan  sistem pengangkutan yang baik dengan kos tambang yang berpatutan.
Sehingga berjumpa lagi bagi catatan berikutnya.
SHIRAZ

No comments:

Post a Comment