Wednesday, July 24, 2019

SARAWAK BACK TO NATURE


Sarawak bumi bertuah.  Bersebelahan negeri dibawah bayu, Sabah.  Antara negeri di Malaysia yang masih nature jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.  Banyak budaya setempat yang masih tidak diterokai dan diketahui. Penduduknya terdiri daripada suku kaum yang digelar sebagai kaum Dayak.  Dayak sebenarnya merangkumi segala kaum yang terdapat di Sarawak.  
Sarawak has a population of more than 2.6 million, made up of some 26 different ethnic groups. 

The non-Muslim indigenous communities are collectively called Dayaks – most of whom are Christians or practise animist beliefs – and they account for about 40 per cent of Sarawak’s inhabitants. The two biggest ethnic groups within the Dayak community are the Iban (also known as Sea Dayak), making up 30 per cent of the population, and the Bidayuh; others include the Kenyah, Kayan, Kedayan, Murut, Punan, Bisayah, Kelabit, Berawan and Penan. Dayaks who live in the interior of Sarawak are sometimes referred to as Orang Ulu, or people from the interior. Members of this group typically live in longhouses and practise shifting cultivation; they engage in fishing to supplement their diet if they live near a river. Only a few hundred of the Eastern Penan continue to live as a nomadic people of the rainforest.
The Chinese, at around 24 per cent, make up the second largest ethnic group in Sarawak, though they themselves can be subdivided as including speakers of Hakka, Fu-chou (Hokchiu), Cantonese and Hokkien. Most live in urban areas and are Buddhists or Christians or practise Taoism.
The number of Malays has increased to about 24 per cent of Sarawak’s population. They are in fact a heterogeneous group of people since many are probably the descendants of indigenous peoples who started to convert to Islam from the fifteenth century and became Malay through their adoption of the Malay language. Like the Chinese, they constitute a large percentage of the coastal and urban population.


ZBA bukanlah kali pertama di Sarawak malah telah berada didaerah ini sejak 1974 merangkumi semua bandar-bandar besar sedia ada.  Perjalanan kali ini lebih kepada"Back to Nature" kedaerah daerah pendalaman di Sarawak.  Perjalanan sengaja direka dan dirancang untuk mengikuti jalan utama di Sarawak yang sinonim dengan perjalanan air (Sungai).
Sungai Rejang adalah merupakan "Highway" utama dalam kontak ini.




























Kami memilih Bintulu untuk meriasilasikan perjalanan ini.  Bintulu, dua jam perjalanan dengan pesawat MAS yang menawarkan promosi tambang murah.  Semalaman bermalam di Bintulu,  sebuah pekan yang pesat membangun dengan perindastrian memproses gas asli terbesar di Sarawak.  Satu bandar yang merupakan potensi untuk membangun seiring dengan Miri sebagai tempat memproses minyak.
Back to Nature bermula daripada Bintulu.  Jalan raya disekitar Bintulu boleh dikatakan standard federal road.  Walau bagaimana pun semakin kependalaman, penggunaaan kenderaan pacuan empat roda masih menjadi keutamaan.  Disesetengah tempat jalan raya telah menjadi selesa dengan pembukaan terhad laluan "Pan Borneo" yang telah menampakan progres pembinaan yang lancar.
Dalam apa keadaan pun kami masih memilih pacuan empat roda kerana perjalanan kami akan menuju "Ampangan Bakun" yang dimaklumkan akan merentasi laluan yang agak sukar dan tidak berupaya untuk kelancaran kenderaan biasa.
Daripada Bintulu selepas minum pagi ZBA bergerak diatas Pan Boneo yang amat selesa. Kawasan perindastrian disepanjang perjalanan yang meliputi kawasan perbandaran Bintulu.  Bandar baru membangun dengan pesat dan semestinya memberi impak yang baik kepada penduduk setempat.  
Semakin jauh kependalaman, kelihatan perkampungan orang-orang Dayak dengan kehidupan seharian yang masih  banyak  bergantung kepada pertanian.  Rumah-rumah panjang morden dimana-mana menunjukkan mereka telah menerima pembangunan dengan ketara dan seimbang dengan kaum-kaum lain.  Pada hemat ZBA, rumah rumah panjang mereka didapati lebih besar dan selesa jika dibandingkan dengan rumah-rumah teres yang terdapat di Semenanjung. 


Memasuki episod kedua perjalanan daripada Bintulu ke Bakun.  Daripada jalan besar yang agak selesa kini ZBA memasuki persipangan menuju Ampangan Bakun.  Dua jam telah berlalu dan kini nyata penggunaan 4X4 adalah berbaloi daripada kenderaan biasa. 
Perjalanan memasuki kawasan hutan dan kekadang terdapat ladang-ladang sawit yang luas.  Jauh mata memandang terdapat bukit bukau dan pergunungan.  Jarang sekali terdapat penempatan penduduk malah juga jarang berselisih dengan kenderaan dilaluan.  Komunikasi telefon juga amat terhad dan 85% daripadanya tiada perhubungan. Dimaklumkan dipertengahan perjalanan terdapat sebuah persimpangan menuju perkampungan resettlement Sungai Asap.  Jika berkenderaan mengambil masa 10m atau dalam jarak 5km.

The Bakun Dam controversy
and the longhouse resettlement of Sungai Asap

Sungai Asap is the site where the people from the Bakun area have been resettled to built the huge Bakun Dam. Their ancestral homes and lands have been flooded and they were sent here, in the middle of oil palm plantation, very far from both their original territories and any notable town.
What were once many different villages of different ethnic groups, separated from each other by dozen kilometers of dense jungle, are now concentrated in a few square miles.
Memandangkan perkampungan ini diistilahkan sebagai morden ZBA meneruskan perjalanan ke Bakun.  45 minit kemudian kami sampai dan  cuaca amat panas dan Bakun dikelilingi hutan rimba dan terbentang sebuah tasik buatan manusia yang unik dan cantik.  Perlu dingatkan orang awam tidak lagi dibenarkan  memasuki ke Ampangan Bakun.  Oleh yang demikian gambar hanya dapat diambil daripada jauh sahaja.  Kami cuba untuk merakamkan melalui penerbangan drone tetapi tidak dibenarkan sebarang objek seumpamanya melintasi diatas ampangan.
Keseluhuran perjalanan normal daripada Bintulu ke Bakun mengambil masa 3j30m dengan jarak 188km.


Bakun Dam is an embankment dam located in SarawakMalaysia, on the Balui River, a tributary or source of the Rajang River and some sixty kilometres east of Belaga. As part of the project, the second tallest concrete-faced rockfill dam in the world built. It is generate 2,400 megawatts (MW) of electricity.
Terdapat sebuah jeti di Ampangan Bakun yang menempatkan sebuah penginapan asas dan rumah-rumah rakit penduduk setempat. Bot-bot perbagai keperluan disediakan untuk kemudahan pelancung pada bila-bila masa khususnya untuk kaki pancing.   Jeti tersebut memainkan peranan penting bagi  pelancung kekepulauan yang terdapat di dalam Tasik Bakun.
Pada setiap hari Sabtu pula jeti ini berubah menjadi sebuah tamu dimana penduduk setempat berjual beli barangan keperluan dan merupakan tempat pendaratan pelbagai ikan air tawar
Sekitar satu jam ZBA berada disini dan kami beredar ke sebuah perkampungan rumah panjang bagi memulakan episod Sarawak by river.
Sebelum keujudan Ampangan Bakun dimaklumkan bahawa terdapat perkhidmatan ulang alik feri daripada Bakun ke Belaga dan seterusnya.  Walau bagaimana pun dengan insiden yang melibatkan satu kemalangan maut dan pembinaan Ampangan Bakun, perkhidmatan diberhentikan dan sekarang cuma boat-boat kecil yang disewa khas mengambil alih perkhidmatan tersebut.  Malahan dengan ujudnya jalan raya, khidmat pengangkutan air telah berkurang.
Dengan sebuah perahu kecil bermuatan 5 orang kami memudiki Sungai Balau ke Belaga.  ZBA juga dibawa kebeberapa jeram yang mengalirnya air daripada ampangan Bakun keluar melalui Sungai Belaga.  Terima kasih kepada Uncle Piko yang mahir sekali mengendalikan perahu dalam keadaan kecemasan air yang berpusing pusing bagi kami satu kepuasan dan pengalaman yang mengujakan dan sukar  dilupakan.
DDalam perjalanan ke Belaga  yang mengambil masa satu jam, ZBA dibawa singgah dibeberapa rumah panjang suku kaum Kayan dan Orang Ulu ditebing Sungai Balau.  Satu yang menarik ZBA telah dibawa kesatu perkuburan elit daripada kalangan suku Kaum Kayan.  Perkuburan ini sangat unik bilamana kerandanya diangkat naik lebih kurang 10 kaki daripada bumi dengan satu batang kayu yang besar.  Keranda diukir dengan ukiran yang cantik dan dimaklumkan diperbuat daripada kayu belian yang boleh tahan ratusan tahun ditempat terbuka.
Asal usul mayat pula simati akan dibiarkan didalam rumah dimana beliau meninggal.  Tidak diawet dan sebagainya.  Dibiarkan sehingga kering dan barulah dimasukan kedalam keranda dan di dikuburkan.
Walaupun suku kaum asli di Sarawak jauh dipedalaman namun kehidupan mereka dilihat telah serba morden dan dibekalkan dengan semua keperluan asas sebagaimana dibandar.  Paling menakjubkan walaupun dipenempatan kecil, sekolah sebagai tempat menjana ilmu disediakan oleh kerajaan.  Ramai guru-guru pula telah didatangkan daripada Semenanjung untuk berkhidmat kepada anak bangsa. 
Secara peribadi ZBA mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang didatangkan daripada Semenanjung kerana sanggup menghadapi pelbagai rintangan, halangan dan dugaan berada dikawasan-kawasan yang sedemikian.  Terus terang dalam dunia serba canggih berinternet, chet dan bagai, ZBA tidak berdaya untuk menghadapinya.  Jika dibandingkan dengan dunia ketenteraan, jasa guru dan jasa anggota tentera wajar sekali disanjung tinggi.
Satu kepuasan yang sukar dicari ganti.  Back to Nature mengajar kita sesuatu  yang belum dan tidak lagi akan dirasai oleh jenerasi sekarang.  Oleh yang demikian hargailah alam semula jadi dan Sarawak satu-satunya negeri yang masih mengimpan khazanah tersebut.

Secara kebetulan masa kunjungan kami, durian sedang gugur dan kami menikmati keenakan durian hutan dengan harga yang amat murah.  Sebiji durian sekitar 2-3 kilo cuma beharga RM 5.00.
ZBA sampai di pekan kecil di Belaga lewat tengahari dan kami bermalam disebuah hotel serba sederhana sedia ada.  Makanan muslim tidak menjadi masalah di Belaga.  Juga terdapat sebuah perkampungan Melayu berhampiran pekan Belaga.  Pejabat kerajaan tempatan dan ajensi kerajaan yang lain untuk kemudahan penduduk setempat. Besoknya ZBA  meneruskan perjalanan melalui laluan sungai ke Kapit.
Perjalanan dengan feri daripada Belaga menuju Kapit bermula seawal pagi. Tapi perlu dingat hanya satu feri beroperasi hilir mudik diantara kedua-dua bandar ini setiap hari.  Manakala jadual perjalanan pula sering berubah mengikut hari-hari tertentu.  Jadi dapatkan makluman jadual keberangkatan sehari sebelum tarikh perjalanan.  Hari ini jadual perjalanan feri bertolak jam 7.30 pagi dan jumlah penumpang dianggarkan seramai 30 orang sahaja.  Tiket perjalanan sehala ialah RM 55.00. 
Perjalanan dijangka mengambil masa 5-6 jam bergantung kepada berapa banyak perhentian disepanjang Sungai Rejang untuk menurun dan menaikan penumpang.  Sebenarnya menghilir lebih pantas daripada memudik kehulu.  
ZBA tidak mengambil tempat duduk didalam feri sebaliknya mengambil kaedah bersantai diatas bumbung feri.  Pemandangan 360 darjah  memberi keseronokan untuk melihat Sungai Rejang yang merupakan sungai terpanjang di Malaysia. Banyak aktiviti penduduk setempat dapat dilihat dengan jelas dan amat bermanfaat sesuai  dengan tema pengembaraan ZBA back to nature.
Pada awalnya feri bergerak agak perlahan dan lama kelamaerhentian menjadi laju menghilir air yang surut kehilir.  Sesekali feri melambatkan perjalanan apabila berselisih dengan perahu-perahu kecil nelayan sungai yang menangkap ikan.  Berhenti untuk menurun dan mengambil penumpang dijalanan.  Perlu diingat tiada perhentian atau jeti khusus ditebing sungai bagi mereka dan hanya sekadar melambaikan tangan sudah memadai memberi isyarat kepada pemandu feri untuk berhenti. Feri dikendalikan oleh seorang pemandu, seorang konductor dengan dibantu oleh 2 pembantu untuk mengendalikan kargo dan sebagainya.
Cuaca pagi ini mendung dan sekali sekala hujan gerimis membuatkan perjalanan seakan tenang dan memberi ruang sepuasnya bagi ZBA bersantai menikmati alam semula jadi ciptaan Allah.  Alhamdulillah.
Feri meluncur terus membelah sungai.  Kedua-dua tebing sungai dibadai ombak daripada pecahan air laluan feri.  Kerap juga kita dapati jeram-jeram batu yang timbul ditengah-tengah sungai.  Pemandangan sungai yang tenang dengan pemandangan hutan ditebing sungai mendewasakan akal dengan ciptaanNya.  Sekali sekala terlihat penempatan penduduk ditebing sungai.  Rumah panjang morden samada jenis teres atau bertingkat kelihatan tersergam cantik.  Anak-anak kecil berlarian dan menggamit penumpang feri dengan perasaan gembira.
Setakat ini ZBA tidak pernah mengira telah berapa kali feri berhenti tapi  yang pastinya setiap perhentian tidak lebih daripada 5 minit bergantung kepada kecekapan pembantu mengendalikan penumpang dan kargo yang dibawa.  Kebiasaanya disetiap penempatan terdapat kemudahan asas yang lengkap dan termasuk sekolah dan kemudahan lain.  Masa berjalan begitu pantas dan setelah 4 jam lebih feri yang kami tumpangi akan melewati Jeram Pelagus.  Jeram yang banyak mengambil nyawa penduduk setempat.
Jeram Pelagus terdiri daripada beberapa siri jeram di antara Kapit dan Belaga, terletak kira-kira 32km di Batang Rajang dari bandar Kapit. Jeram bersiri ini mempunyai sejumlah tujuh buah jeram yang menjangkau sejauh 12.8km (8 batu). Antara jeram yang paling bahaya ialah jeram-jeram sepanjang 1.6km yang berair deras dan bergelora melalui batu-batan yang tajam yang terletak berhampiran dengan Pusat Peranginan Pelagus.
Batu tongkol besar yang menonjol sewaktu paras air rendah menjadikan jeram itu tidak dapat dilalui oleh bot-bot besar manakala pada waktu paras air tinggi, air jeram menjadi bergelora dan berpusar menjadikan laluan sungai berbahaya. Pada masa dahulu, Jeram Pelagus menjadi penghalang kepada orang Iban daripada berhijrah jauh ke hulu dan bertembung dengan suku etnik lain yang telahpun menetap awal di sana. Kini. Jeram Pelagus merupakan aset pelancongan yang penting dengan terbinanya Pusat Peranginan Pelagus yang berhadapan dengan jeram itu.
Jeram Pelagus dikatakan berpuaka dan bermitos di kalangan orang-orang tempatan kerana sekali dalam beberapa tahun, seseorang nyawa akan terkorban di jeram tersebut. Sesetengah orang tempatan masih lagi membuat upacara atau persembahan adat untuk menenteramkan roh-roh di Jeram Pelagus.
Semakin menghampiri Kapit kita lihat suasana ditebing Sungai Rejang agak berbedza.  Banyak tanaman kelapa sawit, lada hitam dan perbagai tanam ditanam untuk keperluan harian.  Selang beberapa ketika kita akan nampak rumah-rumah penduduk berkonsepkan taman tidak lagi rumah-rumah panjang seperti dipedalaman.
Hari semakin panas dan ZBA tiba di Kapit sekitar jam 1.30pm. Suasana sibuk dijeti penumpang memperlihatkan bahawa Kapit adalah destinasi terahir dimana daripada sini mereka berpecah kedaerah pedalaman masing-masing.
Kapit.  Bandar sederhana besar yang terletak ditebing Sungai Rejang. Majoriti penduduknya adalah di kalangan suku kaum Iban, China, Melayu dan suku-suku lain. Tidak ramai Melayu Islam disni.  Cuma terdapat sebuah perkampungan Melayu terletak kira-kira 1km daripada bandar Kapit. Bagi ZBA makanan Islam agak sukar didapati disini kecuali disiang hari terdapat  beberapa gerai  di Food Court dan beberapa restoran kecil.  Pada malam hari semua kedai-kedai tersebut ditutup dan alternatif makanan adalah bergantung kepada Kentucky. 
Kapit amat terkenal dengan hasil buah dabai dan durian. Ia boleh dihubungi melalui sungai menggunakan perkhidmatan bot ekspres. Bandar Kapit terletak di tengah-tengah antara pekan Song dan Belaga.
Rajah Charles Brooke telah mengasaskan Kubu Kapit (Fort Kapit) pada tahun 1880 sebagai bandar garrison, ia bertujuan untuk menyekat masyarakat Iban dari berpindah ke seberang sungai dan seterusnya menyerang penempatan perkampungan Orang Ulu. Kemudian kubu tersebut dinamai semula sebagai Kubu Sylvia atau (Fort Sylvia), sempena
mengambil nama isteri Rajah Vyner Brooke, tetapi bandar tersebut mengekalkan namanya sebagai Kapit. Awalnya, bandar Kapit dikunjungi oleh kumpulan etnik kecil Cina Hoklo (Hokkien) pada tahun 1880, tambahan suku kaum Cina Ka telah
berimigrasi kebandar tersebut pada tahun 1906, dan Cina Fuzhou pada tahun 1919. Masyarakat Cina mula berkecimpung dalam aktiviti pertanian berteraskan getah, lada hitam dan melaksanakan aktiviti perdagangan getah dan barangan hasil hutan. Dalam tahun 1941, ketika waktu penjajahan Jepun, Kapit hanya mempunyai dua deretan bangunan teres yang menempatkan 37 buah rumah kedai. Bandar Kapit pernah dihancurkan kesemuanya ketika peperangan akibat dari ledakan bom berantai yang dijatuhkan ke atas bandar tersebut. Namun pada hari ini, Kapit merupakan semua bandar yang sibuk didaerah ini dengan kepelbagaian aktiviti penduduk setempat.
Meskipun untuk sampai ke bandar Kapit hanya boleh dicapai dengan perahu ataupun bot-bot kecil, perjalanan daripada Sibu ke Kapit mengambil masa lebih kurang 2 jam dengan menggunakan bot-bot ekspres.  Ini adalah lokasi terbaik untuk menerokai rumah-rumah panjang berdekatan atau meneruskan perjalanan ke Hulu Rajang dan Sungai Balleh.
ZBA mengambil kesempatan ini dan meluangkan masa untuk melihat sebuah perkampungan rumah panjang yang satu-satunya masih dianggap  tradisional dan menyimpan keaslian rumah panjang didaerah ini.
Ulu Yong Longhouse



One of the furthest long houses and a tourist attraction in Kapit, lies a 45 minute drive away. Ulu Yong is the oldest long house around Kapit and considered the most beautiful. About 50 years ago the longhouse was rebuilt with bilian or ironwood, and relocated about 50m from it’s original location down river. The relocation the Ulu Yong community has better access to the main road. 
Longhouses remain which are only accessible through an hour long longboat ride however. It’s a worthwhile excursion that needs to be planned in advance.
There are other adventures we can arrange along with the longhouse visit, including river trips, jungle trekking, fishing, wild boar hunting, camping in the jungle, river swims, and even mountain trekking.
They are wooden structures, with stilts on it, divided into different sections and families living inside reach a total of 100 with a living room which they call Ruai. Every single longhouse have its own history and every tribe has its own category and in Kapit the people are called Iban.
Even here the construction of these longhouses is changing replacing the wood with the concrete to build the foundations. They live on basic plantation, livestock, hunting, ritual dances and etc.Traditions and ceremonies are fundamental in their life. Families in the longhouses have different traditions and practice animism. They 
pay respect to their gods believing to bring good harvest and long life. Ritual dances were performed by the warriors to guide them in the battle with no fear. That day held no particular events and I have only seen a man sat down on the floor and a few people, on the opposite side, with a baby playing in the house.
We took the chance to explore a bit the surroundings and I felt excellent and seemed to be back in time in this secluded place hidden in the forest where people still live like a long time ago.
I like these kind of experiences where I meet different people with different traditions and customs. I am attracted by diversity and these places are always what I appreciate most when travelling around the world.
Sungguh pun begitu,  Rumah Panjang Ulu Yong sekarang telah pun dimasuki unsur-unsur pemodenan.  Cuma ada 4 keluarga sahaja yang menghuni daripada keseluruhan rumah panjang tersebut.  Selebihnya telah pun berpindah kerumah panjang morden yang dibina oleh kerajaan terletak 1 km jaraknya.
Rumah Panjang Ulu Yong sekarang dipelihara dan dijadikan sebagai  "Muzium" untuk pelawat yang ingin melihat keaslian dan adat kaum Iban setempat.  Dijadikan guesthouse untuk pelancong menikmati malam-malam bersama mereka.  Kos untuk bermalam ialah RM 120.00 dan untuk memasuki rumah panjang dengan seorang pemandu pelancung  dikenakan bayaran RM 60.00 seorang. 
Semua pelancung dinasihatkan berurusan dengan "Tuai Rumah" yang merupakan ketua rumah panjang dalam ertikata beradat sebelum membuat sesuatu yang tidak melanggar adat istiadat sesuatu kaum.
Daripada Kapit ZBA menuju Song satu jam perjalanan boat dengan tambang RM 25.00.  Kami setakat singgah di Song kerana tiada apa yang menarik disamping makan tengahari disebuah restoran Melayu tempatan.  Dua jam di Song kami meneruskan lagi perjalanan menuju Konawit dan seterusnya Sibu dengan tambang RM 30.00.
3H/2m di Sibu.

















No comments:

Post a Comment