Monday, November 13, 2017

BALI TO BANDUNG OVERLAND


Dua tahun berlalu kini kembali ke Bali.  Asalnya tidak berniat pun untuk mengelilingi Bali sekali lagi kerana telah beberapa kali berbuat demikian.  Bali sebenarnya tidak menarik lagi jika dibandingkan dengan tahun 90an.  Pulau dewata yang dianggap mulia bagi orang-orang Bali yang berugama Hindu.  Tapi kini kotor jika dibandingkan dengan kota-kota lain di Indonesia. 
Peralatan untuk upacara yang diadakan setiap dua kali sehari.  Pagi dan petang.  Kekadang ditinggal bersepahan dan menjadi sampah dan kotor.
Sampah-sampah daripada bahan-bahan pemujaan bersepah sepah dimana-mana.  Ada yang tidak di kutip dan dibiarkan menjadi sampah yang tidak enak dipandang.  Kekadang jijik khususnya dimusim hujan dengan bauan yang kurang selisa.
Pertama kali menggunakan Malindo Air untuk penerbangan antarabangsa. Tapi flight yang sepatutnya dijadualkan jam 4.45pm telah dibatalkan dan di tunda dengan penerbangan lewat petang jam 6.05pm. Walau bagaimanapun perjadualan semula ini telah dimaklumkan seminggu sebelum keberangkatan.
Dietakan dimana saja  termasuk diatas jalan-jalan
Penerbangan dengan Malindo Air menerjah udara dengan kapisiti rendah kerana kekurangan penumpang. Makanan yang disediakan sedap jika dibandingkan dengan MAS. Kami juga dimaklumkan bahawa pesawat ini adalah dalam perjalanan ke Brisbane, Australia dan transit di Bali. Sebagai makluman, Malindo Air satu-satunya yang mengendalikan    penerbangan     ke Brisbane       setakat   ini. Manakala Air Asia daripada Bali ke Darwin, Australia.
Ubud Rice Padi Field
Semalam di Bali dan keesokan harinya sempat juga reroad ketempat-tempat tumpuan pelancung.  Tapi cuaca agak kurang baik dengan hujan lewat petang dan terus menerus sehingga malam.  
Malam hari ZBA bertolak kelokasi berikutnya Probolinggo melalui Gilimanuk dan Bayu Wangi dengan bas.  Pengalaman berguna untuk dikongsi bersama.

Tidak dinafikan easybook.com ada membuat pembelian dalam talian untuk destinasi di Indonesia dan seluruh Asia sebagai sebahagian dari keselesaan kepada pengguna.
Tapi apa yang diragukan adalah perkhidmatan bas yang disediakan untuk standard antarabangsa. Mungkin berbedza dengan negara-negara lain tetapi tidak di Indonesia.

Bas yang dijadualkan berangkat 7.00pm telah ditunda sehingga jam 9.30pm gara-gara mencari penumpang. Perkara ini sama dengan kejadian ulat-ulat memburu penumpang seperti di Pudu Raya satu ketika dulu. Tiada sebarang makluman diberikan kepada penumpang yang tiba mengikut jadual. Tunggulah ! sehingga kehendak hati manager melepaskan keberangkatan bas.  

Sudahlah demikian, bas yang dipandu amat laju dan memotong kenderaan sesuka hati.  Mungkin hadiah daripada itu, disatu R & R, penumpang diberi kopun untuk makan percuma.  Satu-satunya yang belum pernah ZBA alami sebelumnya.
Sudahlah lambat, laju dan pelbagai, kami diturunkan disebuah perhentian bas ditepi jalan diawal pagi di Kota Probolinggo. Itulah standard bas ekpress di Indonesia. Maaf !
Segalanya ada hikmah disebalik perjalanan ini. Ketika ZBA sampai di Probolinggo, waktu subuh masih ada dan kedengaran Masjid-Masjid disekeliling yang dekat diantara satu sama   lain   masih   terdengar
bacaan tilawah ayat-ayat Suci Al Quran.  Ini berlanjutan sehingga jam 7.00am dan disambung dengan kuliah dhuha yang boleh dikatakan dikeseluruhan Masjid. Satu fenomina yang belum pernah dilihat dimana-mana Masjid  dinegara-negara diseluruh dunia.  
Probolinggo seindah nama diberi.  Kotanya bersih dan  ZBA takrifkan sebagai "Kota Islam" yang sedang pesat membangunkan agama di Indonesia.
Upacara Masyarakat Hindu Bali
Gunung Bromo arah tujuan. Terletak 45 km daripada Probolinggo dengan melalui jalan kecil yang penuh berliku dan mendaki bukit. Tiada perkhidmatan bas khusus kesana kecuali Mini bas    yang     akan     bergerak
setelah dipenuhi 16 penumpang. Tambang yang dikenakan ialah Rp 35K seorang dan perjalanan mengambil masa 1J30M sehingga ke pintu masuk ke National Bromo Park. J
ika tiada penumpang lain, bas akan bergerak juga tetapi pada jam 12.00 tengahari mengikut keadaan dan keperluan. Bas untuk ke Bromo terletak 200m daripada Stesyen Bas Kota Probolinggo.
Laluan ke puncak Bromo daripada Probolinggo
Dalam lain keadaan, di Probolinggo juga ada menyediakan perkhidmatan lain untuk pelancung mengunjungi Kawah Ijen dan Bromo  sama ada dengan kenderaan persendirian atau menggunakan package yang disediakan. 
Al Kisah dari seekor kuda jantan
Package termurah ialah dengan menggunakan Ojek atau motosikal. Mereka beroperasi tidak mengikut waktu dan perkhidmatan ini terdapat diluar Stasyen Bas Kota Probolinggo.
Tambang yang dikenakan ialah sekitar Rp70K satu perjalanan sehingga Cemaro Lawang, titik paling atas untuk didaki oleh kenderaan awam. Tapi ingat, risiko dimana-mana kerana keadaan jalan raya dan kecuraman dan pendakian yang harus dilalui.
Pemandangan diluar Kawah Bromo
ZBA membuat perkiraan sendiri kerana tempoh masa, cuaca dan keadaan semasa. Sedikit mengambil risiko tetapi perjalanan pantas dan murah. Jadi "Ojek" adalah pilihan yang tepat.  
Setelah lebih satu jam berlingkaran dengan pendakian melalui kebun kebun tanaman kontan yang subur, rumah-rumah penduduk setempat, aktiviti harian dan pelbagai, kami sampai dipuncak paling atas
Cemoro Lawang dimana tersedianya penginapan untuk para

pelancung.  Cuaca dianggarkan sekitar 10-15C dan sejuk.  Ini adalah lokasi sebenar untuk pembaca mengambil kira bagi mendapatkan penginapan dan view yang cantik disekitar Bromo.  Juga lokasi tumpuan paling dekat untuk memasuki Bromo dan bergerak ke  sunrise di Gunung Penanjakan pada awal pagi.

Aktiviti melihat sunrise di Gunung Penanjakan bermula seawal jam 3.30am. Ojek atau pacuan 4X4 akan mengambil pembaca dimana-mana lokasi yang ditetapkan dan akan dibawa   ke  kaki
Gunung Penanjakan.  Dari sana pelancung akan diturunkan dan berjalan kaki keatas. Bagi yang kurang upaya mereka boleh menyewa perkhidmatan berkuda yang disediakan oleh penduduk tempatan dengan bayaran Rp100K kesatu point sebelum pembaca membuat pendakian hampir 100m keatas dan puncak.
Dari ketinggian  pertengahan dan keatas, pembaca akan dapat melihat dengan jelas Gunung Botak dan Gunung Bromo yang berlatar belakangkan Gunung Semero dibelakang.  Dihadapan pula sebuah dataran yang luas terbentang memberi lanskap yang jelas, luas dan cantik untuk Gunung Botak dan Gunung Bromo dikiri.
Selepas melihat sunrise bermulalah konvoi puluhan jeep-jeep memasuki dataran Bromo dan tidak terkecuali juga Ojek-ojek membawa pelancung dari serata dunia mengunjungi Bromo. Daripada pintu masuk di Cemaro Lawang cuma memakan masa 15 minit sahaja ke destinasi. 
Daripada perhentian jeep, pelancung harus berjalan kaki sekitar 500m ke tangga pendakian ke Gunung Bromo. 200m sebelum sampai adalah laluan pendakian yang dianggap agak sukar bagi orang-orang dewasa yang kurang berkemampuan atau kaum wanita.
Disini juga disediakan perkhidmatan berkuda dengan bayaran yang dipersetujui. Sekiranya dengan Ojek, pembaca akan dibawa terus kekaki gunung dan berjalan 200m ke tangga pendakian.
Pendakian tangga ke kawah Bromo tidaklah sesukar tetapi memerlukan kekuatan fizikal dan mental merentasi 250 anak tangga keatas. Tidak ada perkhidmatan lain disediakan. Jadi berusahalah perlahan-lahan, Insyaallah dengan kegigihan kejayaan akan menyebelahi anda.
Semasa kedatangan ZBA, kawah Bromo menggelegak kuat dan mengeluarkan asap putih berterusan keudara. Suara ngauman boleh didengari 100m dibawah diluar Gunung Bromo.  Masyaallah !!!.
Gunung Bromo tiada batas keselamatan semasa kita berada diatas.  Oleh yang demikian sila ambil langkah-langkah keselamatan diri.  Pembaca boleh mengelilingi kawah terbuka Bromo tapi atas risiko sendiri.  Jika tersilap langkah dibawah jurang dan dikawah adalah gaung dengan lava yang mendidih. 
Jeti Perikanan Kota Probolinggo
ZBA menghabiskan masa sekitar 2 jam menikmati keindahan dan kecantikan Bromo dan persekitaranya.  Cuaca yang diawal pagi agak sejuk dan bertukar panas selepas matahari terbit dan meninggi.  Kawah gunung berapi mengaum walaupun pelancung datang dan pergi.  Satu petanda Allah tunjukan kepada manusia akan kehebatanNya yang tidak terfikir oleh kecerdikan dan kepandaian manusia.
Gunung Botak
Bromo Info.  Lokasi yang menarik untuk dikunjungi melihat kebesaran Allah khususnya tentang kejadian gunung berapi.
#Sewaan jeep untul explorasi ke Gunung Penanjakan dan Gunung Bromo dan sekitar kosnya Rp 150K.  Bayaran masuk,  antarabangsa Rp 250K dan lokal Rp 35K.
#Bersama Ojek ke kedua-dua destinasi seperti diatas kosnya Rp100K.  Bayaran masuk biasanya terkecuali dengan kebijaksanaan pemilik Ojek menunggu saat untuk melepasi pintu masuk. 
Penginapan atas kesesuaian dan pilihan daripada Rp 1j dan paling murah sekitar Rp100K.
#Kebanyakan penduduk di Cemara Lawang adalah berugama Hindu dan memilih makanan halal adalah satu kepastian.
ZBA masih mempunyai satu hari lagi di Problinggo. Kami turun daripada dataran tinggi Bromo dan menginap serta explore Kota Probolinggo sekitar jam 11.00am.  Sebenarnya Kota Probolinggo agak besar dan dan mempunyai pelabuhan yang tersendiri.  Mempunyai pengangkutan awam yang baik untuk bergerak kesana sini.  Beca adalah pengangkutan utama dikawasan-kawasan pesisir bandar dengan harga yang amat murah.

Keretapi Indonesia
Dari Probolinggo ZBA akan ke Yokjakarta.  Perjalanan dirancang dengan bas yang dijangka bertolak jam 1.30pm. Entah apa nasib rancangan kami digagalkan oleh perkhidmatan bas. Sehari sebelum bertolak, kami menerima maklumat bahawa bas membuat penjadualan semula dan dijangka berangkat pada jam 10.30pm.  Satu tempoh masa yang lama sedangkan kami telah membuat tempahan hotel di Yokja.  Manakala lokasi megambil penumpang juga berubah-rubah dan akhirnya kami dikehendaki menunggu disebuah "Bus Stop" yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana perkhidmatan bas ekxpress.  Jadi kami harus membuat plan "B" sebagai melengkapkan perjalanan mengikut jadual.  Jadi adalah dinasihatkan kepada semua pembaca agar tidak melanggan tiket dengan easybook.com bagi mengelakan perkara yang sama terjadi.
Nasib menyebelahi ZBA.  Kebetulan ada perkhidmatan keretapi daripada Probolinggo ke Lempuyangan (Yokjakarta).  Sebagai makluman stesyen Lempuyangan adalah satu km daripada  Stesyen Tugu yang merupakan hub keretapi bagi Yokjakarta.
Perjalanan ini mengambl masa 8j adalah lebih selisa daripada bas yang juga mengambil masa sekitar masa yang sama.  Tambangnya juga murah Rp94K.  Laluan atau jalur keretapi ini daripada Probolinggo ke Surabaya dan Yokjakarta.
Re-road yang ZBA lakukan kali ini,   bermula dari Bali ke Bayu Wangi ke Probolinggo ke Bromo ke Surabaya ke Yokjakatra dan berahir di Bandung.   Perjalanan selama 9H/8M dengan kos kurang daripada RM1K.
KELUANG 

No comments:

Post a Comment