Sunday, May 31, 2015

MACCHU PICCHU 7WITW

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,
Macchu Picchu Peru
Satu perjalanan yang sukar dan sukar dilupakan. Satu monument yang cantik dan mengkagumkan. Tidak ramai yang berjaya sampai kepadanya.  Malah dari pertemuan dengan penduduk tempatan mereka tidak tahu dimana letaknya negara yang bernama Malaysia.
Cusco Airport
Perjalanan bermula daripada Lima dengan Flight Star Peru BAe146 selama 1J20M menuju Cusco di barat Lima. Sebuah lapangan terbang domestik yang sibuk dengan kebanjiran pelancung khususnya yang ingin melawat Macchu Picchu. 
Lima International Airport Peru
Lapangan terbang ini terletak dilembah diantara gunung ganang yang tinggi dan terletak diparas 3300MSNM. Paras dimana kita sukar untuk bernafas dan cepat     keletihan.  Perhatian kepada pembaca yang mempunyai penyakit lelah, asma dan sakit jantung, mereka tidak digalakan untuk mengambil risiko ini. 
Penerbangan kesini bergantung kepada cuaca dan sering kali tergendala sama ada dari Lima atau penerbangan keluar daripada Cusco.
Inca Monument Cusco, Peru
ZBA tiba jam 12pm satu jam lewat daripada jadual. Cuaca panas tetapi udaranya sejuk sekitar 23C disiang hari dan terpaksa memakai jacket tebal. Manakala malam cuaca akan menurun keparas sekitar 14C dan semakin sejuk diawal pagi.
Lapangan terbang Cusco berada dalam bandar dan untuk ke mana-mana hotel tambangnya tidak melebihi PER10.  
Memandangkan musim panas jalanraya Cusco dilihat berdebu      walaupun   jalanya
tarmex. Bandar Cusco teratur, bersih dan aktiviti harian berjalan seperti bandar bandar dilain-lain tempat. Hotel penginapan ZBA terletak 4km daripada lapangan terbang dan berada dilokasi pusat bandar dan kawasan tumpuan pelancung.  
Uniknya bandar ini kerana mempunyai jalan-jalan yang sempit dan nyam-ngam untuk dua buah kenderaan berselisih. Tidak ada parking ditepi jalan dan kenderaan berjalan lancar. Dimaklumkan jalan-jalan ini tidak seperti     jalan     jalan
biasa. Tidak ditarmex malah disimen.  Tetapi disusun batu-batu pejal sebagaimana kita menyusun batu bata. Cantik, kemas dan kukuh tetapi pergerakan kenderaan seolah-olah kasar dan tidak rata. Ini amat sesuai kerana penduduk Cusco membina penempatan mereka dilereng-lereng bukit yang curam.  Motosikal jarang kelihatan dan pergerakan didalam bandar amat selamat bagi pejalan kaki.

Disegi keselamatan khususnya kepada pelancung, Cusco tergolong dalam katogeri bandar yang selamat untuk dikunjungi. Manakala penduduknya yang berjumlah 0.5J terdiri daripada kaum kulit putih atau bewarna dan jarang kita lihat
Gadis Inca dengan pakaian tradisional memperagakan cenderahati
yang berkulit hitam atau dari specis kaum asli Inca. Sekiranya ada dari kaum Asli Inca mereka sekadar sebagai tarikan kepada pelancung dengan memperagakan pakaian tradisional dan menjaja barangan cenderahati.  Mereka dilihat amat mesra pelancung tetapi agak sukar untuk berkomunikasi kecuali dengan berbahasa Spanis.


 Perjalanan dengan Perurail daripada Poroy, Cusco ke Macchu Picchu

Perjalanan ke Macchu Picchu daripada Cusco mengambil masa agak lama.  Paling papular ialah dengan menaiki keretapi (Perurail) daripada Poroy sebuah bandar kecil diutara Cusco. Untuk kesana kita perlu menaiki kenderaan awam seperti bus dan teksi pada jarak lebih kurang 5km merentasi jalanraya berbukit dan curam.

Pemandangan indah dari Perurail



Perurail ialah perkhidmatan keretapi pelancungan. Harganya mahal jika dibandingkan dengan perkhidmatan keretapi lain. Jarak diantara Stesen Poroy (Cusco) ke Macchu Picchu ialah 98km dan mengambil masa 3J30M
Perurail menghampiri bandar Ollantaytambo
Kelajuan dicatatkan ialah antara 20-30kmj dengan tambang USD 73. Walau bagaimana pun perkhidmatan terus ulang alik   perurail amat selisa dan menjadi pilihan utama untuk ke Macchu Pichu.    
 Ollantaytambo Sky Resort

Ollantaytambo bandar kecil satu satunya perhentian bagi perkhidmatan ini untuk menurun dan mengambil penumpang.  Semua perkhidmatan bermula seawal pagi dan hanya beroperasi pada siang hari sahaja.  Tidak ketinggalan dimaklumkan bahawa dalam perjalanan ini sebelum keretapi memasuki bandar Ollantaytambo, sila perhatikan disebelah kanan ditebing sebuah bukit yang curam terdapat tiga kabin yang merupakan sebuah resort yang dinamakan "Sky Resort" tergantung diatasnya.  
Dari Poroy kita akan melintasi kawasan perumahan, bukit bukau dan pertanian . Pertanian yang diusahakan ialah tanaman kontan seperti jagung, kentang dan bijian dan sebagainya.  Juga kelihatan aktiviti ternakan lembu dan kambing bebiri.  Kita juga dapat melihat dengan jelas corak kehidupan masyarakat Cusco berdasarkan kepada perkampungan mereka.  Sepintas lalu ZBA katakan mereka berada dalam kelas pertengahan dan sederhana.
Macchu Picchu small town
45M perjalanan keretapi akan menurun keparas yang lebih rendah dan mengikut aliran sungai dari bukit-bukit yang curam. Disini pembaca akan dapat melihat satu kelainan dimana dari paras asal keretapi akan berundur dan memasuki landasan bawah dan meneruskan perjalanan. Semasa balik pula keretapi akan berundur dan memasuki landasan diatas.  Proses ini megambil masa kurang daripada 10M sebelum keretapi meneruskan perjalanan kedestinasi.
Bus to Huayna Picchu Macchu Picchu 
Bermula daripada sini pemandangan amat cantik dimana laluan keretapi berada dikanan seiring dengan sungai. Kemudian lepas Ollantaytambo laluan keretapi berada dikiri dan dikananya sungai sehinggalah diakhir destinasi Macchu Picchu station.
Macchu Picchu Train Station Peru
Dari Macchu Picchu train stesen untuk kepuncak pembaca dikehendaki menaiki bus khas yang tersedia setiap 15M sekali.  Tiket bagi perjalanan 30M ini ialah PER30 untuk perjalanan ulang alik.  Tiada perkhidmatan lain disediakan.




Machu Picchu is an Incan citadel set high in the Andes Mountains in Peru, above the Urubamba River valley. Built in the 15th century and later abandoned, it’s renowned for its sophisticated dry-stone walls that fuse huge blocks without the use of mortar, intriguing buildings that play on astronomical alignments, and panoramic views. Its exact former use remains a mystery.
Tucked away in the rocky countryside northwest of Cuzco, Peru, Machu Picchu is believed to have been a royal estate or sacred religious site for Inca leaders, whose civilization was virtually wiped out by Spanish invaders in the 16th century. For hundreds of years, until the American archaeologist Hiram Bingham stumbled upon it in 1911, the abandoned citadel’s existence was a secret known only to peasants living in the region. The site stretches over an impressive 5-mile distance, featuring more than 3,000 stone steps that link its many different levels. Today, hundreds of thousands of people tramp through Machu Picchu every year, braving crowds and landslides to see the sun set over its towering stone monuments and marvel at the mysterious splendor of one of the world’s most famous man made wonders.
Historians believe Machu Picchu was built at the height of the Inca Empire, which dominated western South America in the 15th and 16th centuries. It was abandoned an estimated 100 years after its construction, probably around the time the Spanish began their conquest of the mighty pre-Columbian civilization in the 1530s. There is no evidence that the conquistadors ever attacked or even reached the mountaintop citadel, however; for this reason, some have suggested that the residents’ desertion occurred because of a smallpox epidemic.
Many modern-day archaeologists now believe that Machu Picchu served as a royal estate for Inca emperors and nobles. Others have theorized that it was a religious site, pointing to its proximity to mountains and other geographical features that the Incas held sacred. Dozens of alternate hypotheses have cropped up in the years since Machu Picchu was first unveiled to the world, with scholars variously interpreting it as a prison, a trade hub, a station for testing new crops, a women’s retreat or a city devoted to the coronation of kings, among many examples.

A UNESCO World Heritage Site since 1983 and designated one of the New Seven Wonders of the World in 2007, Machu Picchu is Peru’s most visited attraction and South America’s most famous ruins, welcoming hundreds of thousands of people a year. Increased tourism, the development of nearby towns and environmental degradation continue to take their toll on the site, which is also home to several endangered species. As a result, the Peruvian government has taken steps to protect the ruins and prevent erosion of the mountainside in recent years.


Dari 6/7,  7WitW yang pernah ZBA lawati, satu pun tidak dapat menandingi Macchu Picchu.  Sangat menakjubkan.



WONDERFULL AND OWESOME



























No comments:

Post a Comment