Assalamualaikum,
Casablanca. Sebuah bandaraya paling morden di Morrocco. Sebelumnya sebagai bandar coloni Perancis. Penduduknya hampir 4J orang. Terkenal dari sebuah filem Drama Romantik Amerika pada tahun 1942. Cerita lama yang masih diingatan. Sebut sahaja Casablanca semua orang tahu. Walau bagaimana pun cerita difilem tidak sama seindah di Casablanca sebenar.
Tengahari ZBA sampai ke Casablanca daripada Marrakech dengan keretapi. 245km perjalanan mengambil masa 3.5J mengikut jadual. Enjoy sekali dengan pemandangan hamparan padang pasir yang subur dan saujana memandang. Sepanjang perjalanan hanya satu anak sungai kelihatan. Pertanian dan ternakan adalah sumber pendapatan utama mereka.
Pemandangan dijalanan Marrakech ke Casablanca dengan Keretapi
Kawasan tanamam gandum dan ternakan
Koc Kelas Dua berhawa dingin "Free seating". Selesa dan mempunyai view yang besar untuk mengambil gambar.
Satu-satunya Sungai yang dilihat bagi perjalanan sejauh 245Km.
Keadaan muka buminya adalah rata dan bukit-bukit gondol adalah pemandangan biasa di Morrocco
Mungkin ramai yang tertanya kenapa ZBA menggelarkan Casablanca sebagai "White City". Jawapanya mudah. Lihat sahaja warna bangunan-bangunan lama yang terdapat di Casablanca. Berbedza sekali daripada Marakech, Rabat dan bandar-bandar lain di Morocco yang bewarna kuning tanah.
Sesuai dengan gelaran bandar morden, Casablanca mempunyai sistem pengangkutan awam Trem yang membanggakan. Walau bagaimana pun perkhidmatan teksi agak kebelakangan. Sudahlah teksinya kecil, tambangnya pula mahal manakala muatan teksi hanya boleh memuatkan 3 penumpang sahaja. Jarang sekali kita melihat teksi yang besar dan boleh membawa 4 penumpang sekali gus.
Sukacita dimaklumkan jika pembaca menggunakan Trem di Casablanca, jangan membuang tiket yang telah digunakan. Kerana dengan tiket yang sama kita boleh 2 kali lagi membuat perjalanan dengan membayar kos tambahan. Dan setiap kali tambahan dilakukan akan diberikan diskaunt daripada harga tambang sebenar. Atau, tiket boleh dibeli untuk perhentian 4 pemberhentian sekali gus. Ini satu kaedah yang bagus dan menjimatkan.
Tarikan kepada Casablanca banyak tertumpu kepada Masjid King Hassan 11, Old Medina, New Medina, Palace Mohamed V, The Port dan lain-lain. Old Medina tidak banyak perbezaan jika dibandingkan dengan Medina Souks di Marrakech. Disamping itu kepada pembaca yang meminati senibina lama dibandar tua ini sudah tentu tidak menghampakan.
Sedikt gambaran keadaan sekitar Old Medina Casablanca
Bagi penggemar pantai pula mereka boleh bersantai di Ain Dob. Sebuah pantai yang bersih, saujana mata memandang dengan pukulan ombak lautan Atlantik.
Makanan. Tiada banyak pilihan bagi kita. Walau bagaimanapun nasi ada dijual dimana-mana. Kebiasaan menunya ialah sedikit nasi kuning dengan 1/4 ayam panggang, roti dan sedikit sos dan kentang goreng. Harganya sekitar 25.00Dh. Tetapi bagi sesiapa yang biasa dengan roti tidak menjadi masalah kerana roti adalah makanan asasi mereka. Murah dan senang didapati dimana-mana.
Secara amnya kos persaorangan semasa berada di Casablanca sekitar RM150.00 sehari all inn. Satu kos yang agak seimbang atau munasabah dan mampu dibayar oleh pelancung bertaraf sederhana.
Akhir kata daripada ZBA
WELLCOME KAKI TRAVEL TO MORROCCO.
No comments:
Post a Comment