Assalamualaikum,
Tepat jam 9.00pm ZBA menaiki bus dari perhentian Otogar Istanbul menuju Cappodacia sama seperti penumpang-penumpang tour package yang lain. Sebenarnya ini adalah mood transportasi yang digunakan oleh keseluruhan tour di Turkey untuk menjimatkan kos disamping memberi perkhidmatan yang selisa dan selamat. Satu kaedah yang baik dan patut diberi pengiktirafan dalam usaha kerjasama mereka. Semua penumpang diangkut daripada hotel penginapan ke perhentian bas dan sesampai didestinasi, pihak kedua akan menyambut ketibaan kita dan memberikan segala kemudahan sebagaimana terdapat dalam itinerary.
Perjalanan dijangka mengambil masa 12J termasuk beberapa kali berhenti untuk toilet stop, makan dan berehat. Rupanya bas mereka bukan bas yang terdapat dinegara 1M. Jalanraya mereka juga bukan dari taraf 1M. Pemandu pula bukan pemandu yang mengambil dadah dan tidak berlesen. Kami dapat tidur dengan nyenyak sehingga ke destinasi. Kepada mata-mata yang masih degil disediakan movie dan corong dengar dihadapan seat masing-masing dengan tayangan berbagai filem-filem terkini sebagaimana terdapat dalam penerbangan.

Dikecerahan bulan ZBA dapat melihat lanskap perjalanan yang cantik melintasi dicelah-celah kawasan berbukit dan kawasan-kawasan pertanian serta ternakan. Diawal pagi kami dikejutkan dengan lampu dalaman bas menandakan hidangan minuman ringkas disediakan. Dalam erti kata lain, Turkey tidak menyediakan bas persiaran tetapi bas awam mereka lebih canggih daripada bas persiaran yang terdapat diNegara 1M.
Kurang lebih jam 9.00am ZBA sampai di Goreme dan menginap di Goreme Drean Cave Hotel. Hotel didalam lubang tanah yang ditebuk dan terdapat bilik-bilik didalamnya. Aneh, tapi bagi masyarakat Goreme itulah perumahan mereka sejak turun temurun. Walau bagaimanapun dengan arus pembangunan terkini, mereka juga telah kelihatan berubah mengikut masa dan keadaan tanpa meninggalkan terus tradisi yang sekian lama.
Rumah-rumah tradisi mereka sememangnya ditebuk daripada tonjolan bungkah-bungkah tanah yang ujud kerana gegaran gunung berapi ratusan tahun dahulu dan perubahan mengikut fenomena alam. Ditebuk bertingkat-tingkat dan sesuai bagi masa dan ketika kerana cuaca mahu pun ketiadaan sumber alam. Hotel yang ZBA tinggal dikatogerikan sebagai selisa dengan semua kemudahan didalam bilik. Malamnya agak sejuk dan tidak memerlukan hawa ingin. Minuman pagi disediakan ala Turkey yang sinonim dengan roti, telor rebus, timun, tomato, chease dan apple tea.
Memandangkan Goreme ketika ini masih sejuk dimana cuaca masih dibawah 15C, kami berehat sehingga agak tengahari sebelum memulakan rancangan berikutnya.
Dua hari berikutkan ZBA merayap keseluruhan apa yang dikatakan dengan "Cappadacia".
Memendekan cerita, dimaklumkan untuk pembaca menerokai setiap inci bumi Cappadocia, ZBA syorkan kita memecah bahagikan Goreme kepada 4 sektor. Rujuk www.bookcappadocia.com. Oleh yang demikian memadailah ZBA gambarkan keadaanya sebenar dengan gambar-gambar untuk renungan.
Gambar-gambar ini dirakamkan di sekitar "Pigeon Valley" yang mengambil masa dengan berjalan kaki hampir dua jam perjalanan. Merupakan sebuah lembah yang subur dengan tanaman anggur, apple dan appricot Jauhnya dianggarkan sekitar 4-5 km jauh. Walau bagaimana pun pembaca boleh menuruni dari atas kebawah bagi mengelakan daripada memanjat sepanjang perjalanan.

Difahamkan dilembah ini satu ketika dahulu terdapat jutaan burung merpati yang membuat sarang dan menghasilkan tahi yang banyak dan dikumpul oleh petani sebagai baja untuk tanaman. Bagi menggalakan lagi kehadiran burung-burung merpati, pendudud setempat telah membina sarang-sarang burung tiruan dengan memahat lereng-lereng dan tebing-tebing curam. Hasilnya masih dapat dilihat sehingga sekarang. Walau bagaimana pun dengan perubahan masa, kini hanya terdapat sarang-sarang yang ditinggalkan manakala kehadiran merpati juga telah jauh berkurangan. Manakala petani pula telah menggunakan baja-baja kimia bagi menggantikan tahi burung untuk membaja pertanian.
Goreme open Air
Museum
Inilah rumah-rumah penduduk Goreme yang tinggal didalam lubang, ditebuk secara bertingkat-tingkat dan keadaan ini masih ada sehingga sekarang.
Kubu pertahanan yang dibina dalam tanah bagi mengelakan diri dari serangan musuh. Lihat pintu penutup laluan masuk.
Lubang "CCTV" bagi melihat musuh daripada dalam. Bawah. tempat perahan anggur (wine) yang disalurkan daripada atas selepas diperah.
Walaupun "Under Ground City" ini tidak sehebat "Cuchi Tunnel" di HCMC tetapi sememangnya pembenaan yang terbaik diabad itu. Pertahanan yang mantap menempatkan binatang ternakan, makanan dan keperluan semasa bagi menampung kehidupan yang lama dan terselamat. Arkitek terbaik dalam zaman dan seangkatan dengannya.
Pottery Art Gallery
(Avanos)
Hasil kerja tangan yang unik oleh masyarakat Goreme. Tetapi dengan hidangan "Teh Apple" sebagai selamat datang, masih tidak dapat melembutkan hati-hati pengunjung untuk membeli. Harganya mengalah harga emas di pasaran Dubai. tetapi secara peribada saya nyatakan bahawa kerjatangan mereka sama sebagaimana di Taj Mahal, India.
Goreme Air Open Muzium
Ihlara Valley
Hakisan angin membentuk batu seolah-oleh seekor unta.
Maha Suci Allah
Semua berhubung gambar dan cerita berkenaan Cappadocia secara lebih terperinci, pembaca boleh merujuk kepada google semasa atau www.kapadokyazamani.com
Sesungguhnya Cappadocia bukanlah tempat untuk sehari dua malah lebih bermakna sekiranya kita dapat meluangkan masa setidak-tidak seminggu disini. Bagi ZBA yang bakal melawati bumi Afrika Utara selepas ini kami akan bertolak dalam perjalanan malam ke Pamukkale. Ikuti ZBA dalam coretan berikutnya.
No comments:
Post a Comment