Saturday, April 12, 2014

TURKEY WITH SAUDI AIRLINE

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum, 

Pesawat Boeng 777-300 Saudi Airlines menerjah ke ruang udara menuju Riyadh. Nun dibawah meninggalkan KLIA1 dan KLIA2
KLIA2 yang banyak menelan wang raayat dan kontroversi. Beberapa kali ditunda pembukaanya dan menimbulkan ratusan persoalan yang sukar terjawab.
Bakal mengaut keuntungan berganda dari poket setiap penumpang pesawat. Air Asia yang satu-satunya pelanggan utama bakal juga mengeluh panjang takut-takut tidak lagi akan dikenali sebagai "Low cost carrier" dengan moto "Every one can fly" kerana bakal menaikan harga tambang berdasarkan sewaan tapak yang tinggi oleh god father MAB.

Mungkin juga nasi lemak tidak berharga  RM 6.00  lagi   malah berganda  dengan  bungkusan dan rasa  yang  sama.   Harap-harap tidak ada tandas-tandas yang bocor dan basah disana-sini. Tissue paper mencukupi untuk mengelap basuhan najis.  Tandas duduk tidak digunakan sebagai tandas cangkong.
LCCT.  "Low Cost Terninal". MAB patut faham tentang perkataan tersebut dengan mendalam. KeranaNya jutaan "pelancung dan backpacker" membanjiri 1M.  Bilion RM dimasukan setiap tahun.  Hidup dan matinya MAB juga bergantung kepada mereka. Oleh yang demikian, apakah dengan KLIA2 ini,  MAB telah bersedia menyediakan yang terbaik untuk mereka.  Bagaimanakah bagi raayat 1M, patutkah mereka merasai perkara yang sama seperti diamalkan di KLIA1.  Persolaan yang harus diberi keutamaan tanpa memikirkan keuntungan semata-mata yang perlu sangat-sangat dipertimbangkan.  Jika tidak, sia-sialah peruntukan pembinaan KLIA2 dari jutaan kepada bilion RM wang raayat yang digunakan.
(2)Gambar bawah di Terminal M KLIA
Melalui pengalaman di LCCT dan feedback daripada kekawan "backpack" diseluruh dunia, banyak psarana yang perlu diambil kira.  Contoh.  Ruang transit dengan kemudahan asas. Sistem pengangkutan berpusat yang sistematik. Parking yang mencukupi dengan kos sewaan yang berpatutan. Kemudahan asas yang mencukupi. Restoran dengan kepelbagian makanan. Kebersihan dan berketrampilan. Dan banyak lagi.  Pokoknya atas nama LCCT, harganya mestilah yang berpatutan.  
Mudah-mudahan kemelut ini berubah dan tiada lagi kedengaran  rungutan rakan-rakan "Backpacker" yang ditemui mengatakan : "We only transit for the Air Asia cheaper flight". "There is nothing to see in Kuala Lumpur".  "We only coming back to Malaysia for the purpose of renewing visa". "Evething is expensive compare to other ASEAN countrys". "The fantastic teksi driver !!! " and so on.  Fikir-fikirkan jika kita mahu menjadikan tourism sebagai salah satu sumber pendapatan negara.
Surau adalah suatu tempat ibadat kepada Penganut Islam. Jadikanlah ia sebagai satu keutamaan sejajar dengan pengakuan 1M sebagai negara Islam.  Ambil iktibar dari apa yang ada diKLIA1 sekarang. Bersolat berlantaikan marble @ tiles dengan sebuah sejadah kecil menyebabkan berpusing kiblat setiap kali berpindah rukun didalam solat dek kelicinan sejadah diatas lantai. Perhatikan dan kenapa tidak dilengkapkan permaidani terbaik untuk umat melakukan perhambaan diri kepada Allah. Hari ini seorang insan kerdil menyoal tetapi jangan besok pula orang berkenaan dipersoalkan dihadapan Allah.  

(2) Gambar Surau di Terminal M KLIA.
Sebelum pembukaannya yang tertunda sejak sekian lama sehingga 02 Mei 2014, KLIA2 ibarat "Rumah telah siap tetapi pahat masih berbunyi".  Sudah tentu masih ada yang tidak kena.  Apa pun kami mengharapkan tidak ada toleransi dalam aspek keselamatan.  "Safety come First"

Riyadh.  Ibu negara Saudi Arabia yang terkenal dengan kekayaan minyak didunia.  Bagi ZBA ini bukan pertama kalikenegara tersebut malah ini merupakan kali ketiga sejak tahun 1989, 2006 dan kini. Tetapi singgah di Riyadh merupakan kali pertama untuk merasai udara padang pasir yang gersang. Difahamkan bahawa Riyadh mempunyai sebuah lapangan terbang yang terpanjang didunia tetapi service yang terburuk.  Ini telah diperkatakan oleh banyak pihak. Walau bagaimana pun ZBA akan cuba memberi gambaran sebenar apabila mendarat nanti. Insyaallah.  
Tepat jam 5.50pm waktu tempatan ZBA mendarat di Lapangan Terbang King Khalid International, Riyadh selepas menempuh 7.30j penerbangan daripada KLIA. 
Agak terkejut juga kerana tiada aerobridge disediakan sebaliknya menaiki bas ke terminal.  Lihat negara kaya tetapi tiada disediakan kemudahan sepatutnya untuk raayat marhaen.  Kami terus menuju balai transit untuk menyambung penerbangan pada keesokan harinya. Benar Saudia Arabia tidak akan mengeluarkan "Transit Visa" bagi penumpang yang transit kurang daripada 18 jam. Didalam terminal disediakan kemudahan asas duty free dan keperluan asas lain.  Harga bagi sebekas nasi dengan kari daging + sayur bendi berharga Euro 11 (RM 49.50) manakala Jeddah RM 35.00. Memang cekik darah dan muntah kedarah. Walaupun begitu ada baiknya juga Saudi Airlines.  Dalam penerbangan 7j lebih diberikan dua kali makan. Manakala semasa transit diberikan juga satu set makanan yang perlu diambil sendiri dengan menunjukan  tiket penerbangan selanjutnya.
                                                                                                            
Besok kami meninggalkan KAAI menuju Istanbul, Roma dan Casablanca. Berikut dicatatkan serba sedikit pro dan kontra bersama Saudi Airlines. Tidak dinafikan mereka menawarkan harga termurah untuk masa-masa tertentu dengan servis yang baik dan sebuah "Surau" didalam pesawat besar.  Alhamdulillah.
Tapi yang tidak baiknya mereka tidak mengeluarkan transit visa walau dalam apa keadaan transit sekali pun.  Ini bermakna kita terpaksa berada di Airport dalam satu jangkamasa yang diperlukan.  Betul kata sesetengah bloger-bloger barat "Saudi is not friendly transit" dan banyak rungutan mereka tentang keselamatan penumpang.    

Gambar kanan :  "Wajah Surau Jeddah International Airport"                                                                                     
 Hakikat ini ZBA lihat dalam penerbangan, ada penumpang yang tidak mengenakan tali pinggang keselamatan dan kerusi tidak ditegakkan semasa kapal terbang membuat pendaratan walau pun dirahkan berbuat demikian oleh anak-anak kapal.  Itu adalah penumpang Arab dari Saudi Arabia.  Orang kaya berlagak hero tetapi bodoh. Bodoh yang tidak kena pada tempatnya dan mengganggu keselamatan seluruh pesawat.
Kapal terbang masih dilandasan tetapi telah ramai yang bangun membuka dan mengambil penyimpanan barangan diatas walhal pramugara dan pramugari masih dikerusi keselamatan.  Penggunaan talifon bimbit pula berdering disana sini riuh ibarat pasar.  Klip membuka talipinggang keselamatan bergemuruh bunyi tanda telah dibuka. 
Apalah salahnya, bersikap sabar dan sehingga kapalterbang berhenti sepenuhnya mengikut prosedur keselamatan.  Hendak kemana sedangkan jalan keluar hanya satu laluan.  Kalau dikatakan tidak pernah menaiki pesawat, mereka ini datang bersama dengan ZBA dari Istanbul dan mungkin dari negara-negara lain.  
Sampah sarap merata-rata didalam pesawat  tanpa sedikit pun rasa bertanggungjawab. Tempat duduk ibarat baru bangun daripada tidur.  Aduh.  Mungkin mereka ingin menunjuk bahawanya mereka adalah bangsa  "Arab" dimata orang luar.
ZBA memendam rasa.  Nanti, aku akan ajarkan orang Arab betapa pentingnya keselamatan didalam pesawat.  ZBA menantikan ketika mendarat di KLIA dengan penuh kesabaran.  Jika ada yang berbuat demikian, mereka akan di sound oleh orang "Asia".
Rupa-rupanya benar mereka sememangnya jaguh dan  ego dengan keArabian mereka apabila berada dinegara sendiri.  Semasa kami mendarat di KLIA dan ketika pesawat memasuki taxiway cuma seorang sahaja berdiri dan cuba membuka ruang penyimpanan barangan diatas yang  selang 3 seat dihadapan ZBA.   Tetapi beliau memandang keliling dan melihat semua orang masih duduk dan dengan sendirinya beliau duduk semula dikerusi. Sehinggalah pesawat berhenti sepenuhnya barulah mereka bangun dan bersiap untuk turun bersama-sama  penumpang-penumpang  lain.  Dalam hati ZBA, mereka sebenarnya bukannya tidak tahu tetapi mengambil sikap tidak peduli.  
Oleh yang demikian kepada kekawan "Tobiak Travel & Kaki Travel", bersabarlah dan ikutlah arahan anak-anak kapal kerana keselamatan keseluruhan pesawat adalah ditangan penumpang-penumpang itu sendiri.  Jangan disebabkan kita seorang, keseluruhan penumpang menjadi mangsa kepada kecelakaan.  Juga perlu ingat setiap kali berada didalam pesawat tentukan "life jacket" berada dibawah tempat duduk masing-masing dan kita mengetahui dimana "pintu-pintu kecemasan" berada.
Semua yang ZBA catatkan diatas adalah pengalaman seorang perayap jalanan. Pengalaman untuk kita semua. Jadikan iktibar jika ada yang baik dan jadikan sempadan mana-mana yang tidak berkaitan.

Gambar bawah :  Istanbul Blue Mosque.



WHEN YOU START TRAVELLING, YOU WILL NEVER STOP
      

7 comments:

  1. saudara zainal,berapa kos tambang pergi balik guna saudi airlines?

    ReplyDelete
  2. saudara zainal,berapa kos tambang pergi balik guna saudi airlines?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum saudara zainal. Saya bersama kedua ibu bapa saya akan ke casablanca bulan may tahun ini. Mengikut pengalaman saudara, perlu tak kami apply transit visa untuk pergi dan balik walaupun kami tiada rancangan utk keluar dari airport, cuma waktu layover kami sgt panjang, 20 jam di riyadh dan 19 jam di jeddah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalam sis medina...boleh share tak cara untuk apply visa morocco. tq

      Delete
    2. Maaf semua. Saya baru buka email ini setelah sejak lama tak aktif.
      Mohon maklum dah pergi ke belum ?
      Terima kasih

      Delete
    3. Askm Farah Hida,

      Apa boleh saya bantu ?. TQ

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete