Assalamualikum,
Tip ini adalah perkongsian sama ada bagi pengembara yang baru-baru untuk berjinak dengan pengembaraan atau kepada sesiapa yang ingin berkongsi persediaan. Asas kepada aktiviti ini adalah Perancangan, minat, kewangan, kesihatan dan stamina serta masa. Pokok pangkalnya "backpacker" hanya berkehendakan kepada keperluan asas dengan harga yang murah tetapi memenuhi keperluan.
Taj Mahal Agra, India
Perancangan. Rangka perjalanan (Journey Chart) hendaklah dibuat terlebih dahulu enam bulan sebelum memulakan perjalanan. Ini bertujuan untuk mendapatkan penerbangan tambang murah yang merupakan kos tertinggi bagi satu-satu perjalanan. Perkara-perkara yang perlu dimasukan kedalam chart ialah, tarikh, daripada, jenis kenderaan, masa ETA/ETD, kos dan jarak perjalanan serta catatan.
Gambar. Agra bawah kiri dan Srinagar bawah kanan.
Dalam pada itu, kaji selidik dari web/blog tertentu bagi mendapatkan maklumat seperti, lapangan terbang
(kenderaan darat dan kos), Hotel-Hotel (khususnya berhampiran metro), peta lokasi (plotkan tempat-tempat tujuan), makanan halal, suhu dan keadaan cuaca, alamat kedutaan serta paling penting budaya masyarakat setempat. Akhir sekali semua kos tersebut hendaklah dimasukan dalam kos perjalanan sebenar. Sekiranya kita memerlukan "guided tour ground arrangement", sila berbuat demikian sebelum memulakan perjalanan. Semua bayaran hendaklah dibuat cara terbaik dengan "paypall" atau "bank transfer". Simpan semua resip pembayaran, document dan bind menjadikan sebuah buku kecil dan dibawa bersama sebagai panduan. Cara terkini bawa bersama ipad dan pendrive.
Gambar kanan. Bersama peserta 'Tarian Kepahlawanan di Seoul Korea Selatan
Gambar kanan. Bersama peserta 'Tarian Kepahlawanan di Seoul Korea Selatan
Rumah Tradisi Korea Selatan, London Tube dan Phra Czek Republik
War Memorial South Korea
Ketibaan. Tentukan Visa telah diperolehi sebelum memasuki sesabuah negara. Jangan amalkan Visa On Arrival (VOA) kerana akan melambatkan proses perjalanan dan banyak soal siasat akan dikenakan khusus kepada negara-negara yang tidak mempunyai hubungan baik dengan kita.
Urusan Imigration. Amalkan budaya "Good Morning" dengan senyuman disemua pintu masuk kenegara asing. Pura-pura mesra dengan mereka dan jika bermasalah, sila berkomunikasi dengan baik dan selalu menggunakan perkataan "Sir" diakhir perbualan.
Elakan sama sekali pertengkaran dan rasa tidak puas hati atas perkhidmatan atau sebagainya. Manakala perkara yang sama juga semasa Pemeriksaan Kastam. Sebaik-baiknya pura-pura membuka beg untuk pemeriksaan dan jangan sampai diarah berbuat demikian. Pembaca perlu ingat bahasa semua pergerakan kita diperhatikan melalui CCTV, pegawai perisikan dan anggota keselamatan. Pengalaman ZBA semasa di Kansai Airport Japan, kami diperiksa semula walaupun selepas keluar daripada arrival hall oleh anggota keselamatan yang tidak berpakaian seragam.
Elakan sama sekali pertengkaran dan rasa tidak puas hati atas perkhidmatan atau sebagainya. Manakala perkara yang sama juga semasa Pemeriksaan Kastam. Sebaik-baiknya pura-pura membuka beg untuk pemeriksaan dan jangan sampai diarah berbuat demikian. Pembaca perlu ingat bahasa semua pergerakan kita diperhatikan melalui CCTV, pegawai perisikan dan anggota keselamatan. Pengalaman ZBA semasa di Kansai Airport Japan, kami diperiksa semula walaupun selepas keluar daripada arrival hall oleh anggota keselamatan yang tidak berpakaian seragam.
Selepas pemeriksaan kastam dan sebelum keluar adalah lebih baik singgah di Kaunter Informasi dan dapatkan peta serta infomasi selengkapnya untuk panduan. Sebaik keluar daripada Lapangan Terbang, Stesyen Bus, Keretapi, Ferry dan sebagainya, jangan terburu-buru mendapatkan perkhidmatan kenderaan. Ingat bahawa disanalah pembaca akan dikerumuni oleh Jerung-jerung yang senantiasa kelaparan. Elakan daripada mereka dan sebaik mungkin masuk kedalam kedai minuman dan berehat agar keadaan menjadi reda sebelum meneruskan perjalanan.
Wang dan Dokumen. Simpan ditiga tempat berasingan dalam bentuk tidak disangka. Sebaiknya satu didalam beg, satu dibadan dan satu untuk kegunaan segera. Beg kecil documen hendaklah sentiasa dipegang dan dibawa kemana sahaja, manakala backpack hendaklah bersama atau disisi dalam semua keadaan.
Awasi pergerakan kerana kita akan menjadi sasaran perhatian awam dan menjadi pemangsa oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Elakan berada ditempat-tempat sesak dan berkomunikasi dengan penduduk setempat yang berada dalam kumpulan yang ramai. Sebaik untuk membuat sebarang pertanyaan ialah kepada kakitangan seragam, wanita dan orang persaorangan.
Awasi pergerakan kerana kita akan menjadi sasaran perhatian awam dan menjadi pemangsa oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Elakan berada ditempat-tempat sesak dan berkomunikasi dengan penduduk setempat yang berada dalam kumpulan yang ramai. Sebaik untuk membuat sebarang pertanyaan ialah kepada kakitangan seragam, wanita dan orang persaorangan.
Meneruskan perjalanan. Pedulikan masyarakat sekeliling.
Gambar
Poipet kiri dan Danang kanan
Kenakan pakaian mengikut suhu atau keadaan sekeliling. Senantiasa memakai tutup kepala atau hidung khususnya semasa cuaca panas. Bawa ubat-ubatan kepada sesiapa yang memerlukan. Amati satu land mark sebagai panduan perjalanan ketika didalam bandar-bandar besar. Pandang keliling untuk menandakan tandas sebagai tempat kecemasan.
Gambar.
Candi Borobudor dan Muzium Jakarta
Jambatan kayu peninggalan zaman Belanda
NOTHING IS EVER REAL UNTIL IT IS EXPERIENCED
Candi Borobudor dan Muzium Jakarta
Keperluan. Pengembara tidak digalakan membawa lebih daripada satu backpack dibelakang dan satu beg kecil di tangan dalam sesuatu masa. Berat backpack biarlah kurang daripada 12kg. Manakala beg tangan sekitar 2kg. Tujuannya ialah agar senang pergerakan semasa menaiki kenderaan awam.
Peringatan. Dua negara yang sukar menerima nama NegaraKu. Mongolia dan Indonesia. ZBA dibelasah dengan kata-kata kesat tetapi masih boleh tersenyum ringan.
Larangan. Semasa diluar negara jangan sekali kali mengagungkan negara sendiri. Elakan sama sekali memperkatakan tentang POLITIK. Cara terbaik selalu memuji apa sahaja yang ada dinegara mereka walaupun tiada hakikat sebenarnya.
ZBA akan sambung lagi tulisan ini agar menjadi pedoman kita bersama sebagai "Backpackers".
ZBA akan sambung lagi tulisan ini agar menjadi pedoman kita bersama sebagai "Backpackers".
Lagi-lagi Tips,
Tukaran Wang Asing. Tergantung kepada keperluan. Sebaik mungkin tersedia USD sebagai cara menghadapi sebarang kemungkinan kerana USD diterima dimana-mana negara didunia. Sebaik mungkin setiap currency negara yang hendak dilawati mestilah diperolehi terlebih dahulu samaada dinegara sendiri atau di destinasi lapangan terbang. Setakat yang ZBA pernah lakukan, pertukaran dalam negara adalh lebih menuntungkan kecuali bagi India dan Philippines. DiNegaraKu jika untuk mendapatkan rate yang lebih competitive lakukan pertukaran pada setiap hari Rabu atau Khamis.
Maklumat Peribadi. Didalam buku panduan hendaklah disimpan butir-butir peribadi berikut. Paling mustahak Alamat Kedutaan Malaysia dinegara tujuan. No. telefon untuk panggilan kecemasan termasuk No telefon Bank bagi pengguna Kad Kredit, No. Insuran Pengembaraan @ Polisi dan satu salinan penduaan Passport Antarabangsa.
As salam... bang... pernah pergi Yangon Mynmar tak? kalau pernah pergi... bagi tips sikit. hehe
ReplyDeleteRujuk dalam blog saya. Ceritanya disana. TQ
ReplyDeleteas salam en zainal.. saya dan 2 org lagi yg termasuk wargamas ingin naik train KL-Bangkok-China dan seterusnya guna Trans Seberia Train.. kami sgt2 perlukan info dan nasihat tuan maklumlah usia rakan2 hampir 70 tahun. Bantu kami Nasa 0172397374 w'app atau tiadat@gmail.com kalau tuan di KL bolehlah kami ziarah..
ReplyDelete