Tuesday, September 30, 2014

SOUTH AFRICA PART ONE

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum,
ZBA memasuki Afrika Selatan sebanyak empat kali dari berbagai penjuru.  Kali pertama menjejakkan kaki ke AR Tombo International Airport, Johannesburg.  Kedua daripada Harare, Zimbabwe.  Ketiga daripada Botswana dan terahir sekali daripada Swaziland melalui pintu masuk Ngwenya.  
Perlu diingatkan bahawa daripada empat pintu masuk ini, 2 kali pihak imigrasi meminta "Kad Kuning" medical book yang mengesahkan kita telah mengambil suntikan "Yellow fever" sebelum dibenarkan memasuki Afrika Selatan.  Ini hanya di South Afrika sahaja tidak dinegara-negara lain.
"First impression" dari kaca mata dan pengalaman ZBA "merayap" selama ini, Afrika Selatan adalah sebuah negara yang tidak selamat untuk dilawati.  Banyak kaki pau dan kaki penipu.  Tidak kurang juga kaki perompak dan penyamun dan penyangak. Anggota polis perasuah dan sikap mereka juga sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak profesional.  Segala-galanya memerlukan wang. Bertanya soalan dengan air liur juga meminta wang sebagai ganjaran atau upah. Umumnya, sesiapa sahaja yang pembaca ketemui tidak boleh dipercayai walaupun mereka dari kakitangan kerajaan atau orang persaorangan.
Setengah jam ZBA mendarat di OR Tombo Airport, kami cuba dihampiri oleh orang-orang yang tidak dikenali untuk menawarkan perkhidmatan.  Satu persatu dan silih berganti. Kami memohon menunjukan jalan ke bus station yang terletak 25M daripada balai ketibaan, dimintanya wang.  Memohon untuk menggunakan talipon di kaunter pertanyaan juga wang.  Itu wang dan ini pun wang.  Jika permintaan mereka tidak dipenuhi, mereka akan mengeluarkan perkataan "You are not safe here".  Benar kata-kata kebanyakan pelawat-pelawat ke Afrika Selatan sebelumnya menceritakan perkara ini samada didalam blogs, tripodvisor, forum dan sebagainya.  Manakala seorang sahabat daripada Cape Town pula selalu mengingati dan  mengatakan perkara yang sama sebelumnyaItulah sebenarnya kunci ZBA menghadapi situasi ini dengan selalu beringat dan berwaspada.  Apa pun malang tidak berbau.  Takdir akan menentukan segala-galanya bagi ZBA yang akan merayap selama 34 hari dibumi Selatan Afrika. 






























(Maaf.  Hanya ini gambar-gambar yang dirakamkan di Johannesburg yang masih tinggal manakala yang lain hilang bersama camera yang dirompak di Park Station, Johannesburg. Ceritanya dalam ada dalam blogs "South Africa Black Day Cronology").
ZBA tidak explore Johannesburg terlebih dahulu malah keesokan harinya terus ke Cape Town mengikut perancangan.  Ini kerana diakhir pengembaraan ZBA akan kembali ke Johannesburg sebelum berlepas pulang.  
Kami menggunakan perkhidmatan Intercape Mainliner yang dijangka bertolak pada jam 14.30pm daripada Johannesburg ke Cape Town. dan dijangka sampai pada jam 08.30 pada keesokan harinya. Perjalanan ini agak panjang tetapi merupakan satu kelebihan kerana dapat melihat lanskap sebenar Afrika Selatan. Afrika Selatan sebenarnya mempunyai lanskap yang amat cantik secantik New Zealand. Keseluruhan negaranya kebanyakan adalah rata dan tanah pamah yang subur.  Amat sesuai untuk pertanian dan juga ternakan disamping cuaca empat musim yang dimilikinya.  Serba sedikit gambaran kecantikan dan lanskap Afrika Selatan akan ZBA padankan dengan gambar-gambar daripada melakar perkataan.  Pembaca boleh membuat penilaian sendiri jika berhasrat untuk mengunjungi SA.

Ternakan adalah  sumber pendapatan  utama Afrika Selatan




















Pertanian berkonsepkan ladang dapat dilihat disepanjang jalan ke Cape Town





Pelancungan dan Industri juga adalah sos kepada pendapatan Afrika Selatan.





























Pagi ini terang benderang di Cape Town tetapi cuaca amat sejuk  Jam ditangan menunjukan jam 0800 am.  ZBA sampai di Cape Town.  Harap-harap hari ini backpack kami yang tak sampai bersama penerbangan 3 hari lalu telah sampai.  Sudah masuk hari ke 5 dengan sehelai sepinggang dengan pakaian yang sama.  Nasib baik selimut Ethopian Airlines sedikit sebanyak dapat membantu daripada menggigil kesejukan.
Selepas menjamah McD, ZBA menaiki metrorail ke Bohemian Lofts BP.  Lima belas minit perjalanan selepas 3 perhentian. Berjalan kaki 5-10 dan sampai dilokasi. Alhamdulillah. Bp seolah menanti tuanya yan kebusukan disamping kesejukan sepanjang 5 hari dalam perjalanan.  Mandi, makan, berehat sepuasnya dan petang ini ZBA bercadang untuk melawat perkampungan "Malay Cape @ Malay Quarter" di Bo Kaap.  
Pergerakan kami di Cape Town amat mudah untuk bergerak kesana kemari kerana hostel tempat ZBA tinggal berdekatan dengan metrorail.  Manakala Bo Kaap juga terletak lebih kurang 900m daripada metrorail station.
Bo Kaap sebuah perkampungan "Orang Melayu" yang masih ujud sehingga sekarang. 
terletak dipinggir sebuah lereng bukit dipinggir Cape Town. 
Rumah-rumah mereka bewarna warni dan senang dikenali daripada jauh. Terdapat beberapa Masjid di persekitaran dan sebuah Muzium menempatkan sejarah khazanah peninggalan masyarakat Melayu yang dibuang daripada Tanah Melayu dan Indonesia oleh penjajah.  Di fahamkan bahawa Sheik Yusoff adalah orang pertama berasal dari  Makassar yang membuka penempatan ini. 
Hari ini masyarakat Malay Cape dilihat sebagai masyarakat elit dari kaum kulit bewarna. 
Mereka merupakan pedagang yang agak berjaya dalam dunia perniagaan disamping kaum kulit bewarna lain seperti migran daripada India, Pakistan, Bangladesh dan lain-lain. Wajah mereka apabila dilihat dari dekat sudah tidak ada mirip "keMelayuan".  Rata-rata iras kepada India dengan warna kulit yang agak hitam jika dibandingkan dengan ZBA.  Makanan dan cara berpakaian juga sama.  Percakapan, sudah tidak ada perkataan Melayu lagi dibibir mereka walaupun satu perkataan.  Tetapi apabila ditanya soalan lain berkaitan bangsa, mereka mengaku mereka adalah Malay Cape.  



Perkampungan Malay Cape di Bo Kaap, Cape Town.






Rumah bewarna warni menambahkan kecerian kepada ribuan pelancung yang mengunjungi perkampungan ini setiap hari. 

































Laluan ke perkampungan Malay Cape, Cape Town







Dua daripada beberapa buah Masjid  yang terdapat di Bo Kaap.






Wajah sebenar "Melayu Cape" semasa ZBA bersama mereka.





                              Cape Town salah sebuah bandar destinasi pelancungan yang tersendiri diantara yang tercantik didunia.  Tetapi kecewanya kita kerana masyarakatnya tidak mesra pelancung.  Wanita yang mendukung anak dikiri atas itu menggelengkan kepala apabila ternampak ZBA membawa camera. Dari raut wajahnya terbayang rasa kecemasan dan ketakutan. 


ZBA bertanya kenapa dan mengapa dan apa salahnya  ZBA membawa camera.  Beliau menggelengkan kepala dan menjawab ringkas dengan mengatakan "You are not save here to carry such things of camera".  This is Cape Town.  Dengan penuh simpati katanya "please keep your camera inside the bag".  Lihat betapa mulianya seorang yang bergelar Islam. ZBA sekadar tersenyum memandang raut wajahnya yang kerisauan dan berkata "Insyaallah" dan kami berpisah dengan diiringi  sebuah salam.
Sehari berlalu dan keesokannya ZBA akan mengelilingi Cape Town.  Cara termudah ialah dengan mengambil Hop onn off Bus dan pusing keliling dengan bayaran RAN130 sehari.  Lokasi idaman ialah Table Mountain yang terkenal. Itu pun jika keadaan cuaca mengizinkan naik keatas.


























Cuaca hari ini sukar diramal. Kemungkinan hujan tetapi perjalanan diteruskan.  Diawal pagi ZBA membuat satu lop tanpa henti kecuali  sebentar di Table Mountain.  Turun sebentar daripada bas dan terus ke caunter cable car bertanyakan tiket.  "Sorry we are close". Pending for weather forecast.  Hampa, jika cuaca berterusan begini bermakna ZBA tidak dapat menaiki Table Mountain yang merupakan salah satu daripada destinasi utama yang wajib dilawati.  Ketika ini awan bergelulung diudara Cape Town dan cuaca agak gelap dan angin mulai bertiup.
ZBA meneruskan lop ini dalam cuaca muram dan sesekali panas dan hujan gerimis. Perjalanan satu lop mengambil masa hampir dua jam dan ZBA kembali semula ke Cape Town.  Dua jam kemudian selepas makan tengahari bergerak semula untuk lop yang kedua. Alangkah hampanya sesampai di Table Mountain, cable car masih tidak boleh beroperasi walaupun cuaca terang dan panas kerana angin agak kencang.   ZBA meneruskan lope yang kedua sekali lagi dan jika keadaan tidak mengizinkan juga bermakna besok adalah kesempatan terahir untuk melihat Cape Town daripada Table Mountain.




Perkampungan elit dilaluan Hop on off Bus Cape Towm


Pantai peranginan dan yang cantik dan mendamaikan.



Jalanraya dan pantai. 

Pusat reakrasi dan penginapan dan pentadbiran.























Setelah plan "A" gagal kerana keadaan cuaca kini ZBA merancang untuk plan "B". Plan "B" ialah melawat Robben Island.   Sebuah pulau yang menjadi terkenal kerana penahanan seorang wira Afrika Selatan yang menentang Aparthied.  Robben Island terletak 45M perjalanan dengan boat daripada Cape Town harbour. Hari ini nampaknya masih tidak menyebelahi ZBA


Semua tempahan untuk ke pulau tersebut untuk tiga hari mendatang telah habis ditempah. ZBA tiada pilihan. Pengembaraan ke Cape Towm kali ini amat menghampakan.   Sebagai pengubat kepada keletihan dan kesedihan, ZBA mengambil kesempatan dipetang ini melawat Cape Town Harbour    yang juga merupakan sebuah kawasan pelancungan yang cantik. Dipenuhi dengan cafe-cafe, pusat membeli belah, hotel dan sebagainya.      Juga satu tempat yang sewajarnaya dilawati kepada sesiapa yang telah berada di Cape Town.                                  
Sepetang menghabiskan masa dengan keindahan Cape Town Harbour dan dengan wajah kepuasan ZBA menghabiskan missi menawan bandaraya Cape Town.  Dengan berbaki  2H/1M, besok ZBA merancang untuk melawat sebuah bandar kecil yang dinamakan Simon Town yang terletak di Tanjung Pengharapan.    
Selepas tamat 4H/3M masa yang dirancang berada  di Cape Tawn, ZBA akan meneruskan perjalanan menuju  Whindheok, Namibia.

           WELL COME TO SOUTH AFRICA PART TWO                             

ETHIOPIA HORN OF AFRICA

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum,

Pertama kali dalam sejarah menaiki pesawat boeng 767-300 Ethiopian Airlines. Bertambah satu lagi dalam inventori menaiki pesawat yang serba baru dan canggih.  Walau bagaimanapun perkhidmatan dalaman amatlah sederhana jika dibandingkan dengan penerbangan commersial lain didunia.  Apa pun itu tidak penting, yang penting selamat dalam penerbangan yang memakan masa 11.5J daripada Singapura ke Bangkok dan Addis Ababa, Ethiopia.
Sajian makanan enak tetapi pelayananya agak kurang berkerampilan.  Stewardes mereka hitam-hitam belaka.  Maaf. Sudahlah  hitam   malah  agak kurang personaliti jika dibandingkan dengan pramugari Air Asia yang lebih jauh penonjolan dan cantik-cantik.  Maaf, mungkin agak keterlaluan komen yang ZBA masukan.  Tapi itu adalah dari pandangan peribadi semata-mata.
Itu hanyalah sekadar coretan suka-suka.  Tiga kali hidangan dalam penerbangan tidak tertinggal sisa dibuatnya.  Malah satu, satu,   air minuman dipesan dan dilayan mesra bagi menghapuskan dahaga.
ZBA menjejaki bumi Ethiopia yang dikenali sebagai "Horn of Afrika" diawal pagi tetapi muka bumi boleh kelihatan jelas daripada udara.  Hujan disana sini membasahi bumi Addis Ababa yang subur menghijau.  Addis Ababa terletak dikawasan tanah tinggi dan merupakan salah satu pintu masuk utama ke Afrika. Lapangan Terbang Antarabangsa Addis Ababa atau Bole International Airport terletak 6.2km daripada Addis Ababa. Masuk melalui Airport Road atau Ethio China Street.                                     Maaf ZBA katakan bahawa kedua-dua laluan ini amat teruk didunia yang pernah ZBA lihat.  Boleh diibaratkan sebagai laluan kampung dan bukanya laluan ke sebuah International Airport. Berbagai ragam dan macam manusia pembaca boleh lihat disepanjang perjalanan menagih simpati daripada sesaorang. Disegenap lampu isyarat ada-ada sahaja manusia samaada berlakun atau benar sambil menyurong kerusi roda dengan seorang pesakit diatas kehulu kehilir menghampiri kenderaan meminta wang.  Kesian tetapi apakan daya kenderaan hanya berhenti sebentar di lampu isyarat dan bergerak semula. Pembaca juga kekadang dapat melihat aktiviti secara "live" penjualan kambing-kambing ditepi jalan.






























Bole International Airport ZBA katogerikan sebagai sebuah lapangan terbang sederhana. Fasilitasnya  dalaman agak simple  dan terhad.  Kakitangan agak kurang mesra penumpang dan semua pergerakan berjalan agak lembab.  Oleh yang demikian kepada pembaca diingatkan agar sentiasa memerhati kepada "screen board penerbangan" bagi mengelakan ketinggalan penerbangan.               






Bagi ZBA satu saja kelebihan yang ada kepada Bole International Airport. Mereka ada menyediakan kerusi malas untuk penumpang-penumpang transit berehat dan bersantai.  Itu pun tidak seberapa tetapi memadai dan disamping sebuah Surau kecil untuk kegunaan muslimin dan muslimat menunaikan solat.


ZBA tidak mahu memberi banyak komen tentang bandar Addis Ababa sebab tulisan ini adalah dari pandangan yang singkat bukanya dari kesan "merayap" yang selalunya akan diceritakan secara detail.  Apa pun sekilas pandang Addis Ababa sebuah bandar yang agak kotor dan berdebu.  Penduduknya masih kelihatan miskin jika dibandingkan dengan negara-negara lain dibahagian selatan Afrika.  Difahamkan oleh seorang teman  yang juga pemastautin tetap Addis Ababa mengatakan 50-50% penduduk Ethiopa adalah beragama Islam dan Kristian. Kaum bewarna adalah dominan memegang ekonomi mereka.  Kebanyakan daripada mereka adalah dikalangan peniaga yang berjaya.

Gambar diatas adalah satu-satunya gambar yang masih tinggal dalam simpanan ZBA kerana selebihnya telah hilang bersama Mini Camera yang dirompak di Park Station Johannesburg. Gambar ini diambil diawal pagi dimana kesibukan penghuni kota Addis Ababa keluar ketempat pekerjaan masing-masing.  Berdasarkan gambar diatas, para pembaca boleh menilai sendiri keadaan sebenar Addis Ababa.                             














9J di Addis Ababa berahir penuh kenangan.  Dua kali ZBA singgah di Bole International Airport dan kedatangan ZBA kesini disambut dengan hujan pertama di bumi Afrika.  Tidak mustahil persinggahan ini mungkin berulang dalam rencana ZBA untuk melihat bumi Kenya dan Tanzania.  Sesungguhnya Gunung Kalimanjaro dan Sarenggeti seolah-olah memanggil ZBA kesana.  Bukan saja sekadar pandangan dari udara merentasi Kalimanjaro, Sarenggeti National Park dan Kruger national Park. 


                   ETHIOPIA HORN OF AFRICA