Mereput 7J dalam keretapi daripada Tehran ke Yazd. Untung baik koc tempat tidur dengan minuman ringan serta kek yang disajikan. (www.iranrail.net). Bersama kami seorang jurutera warga Iran dengan anak gadisnya. Gadis cilik hidung mancung dan pipi bak pauh dilayang. Sedikit
sebanyak boleh berbahasa Inggeris jika dibandingkan dengan bapanya yang hanya menanti dialih bahasa oleh anaknya untuk bertanyakan sesuatu daripada kami. Keretapi bertolak jam 16.15pm dan ZBA tiba di Yazd 11.00pm. Cuaca diluar amat sejuk ketika kami sampai. Stesyen telah agak lengang dengan penumpang kerana keretapi yang kami naiki mungkin yang terahir untuk malam ini menuju ke selatan.
| Iran Train Station Tehran |
| Iran Train Coach |
Belukang masih berkeliaran mencari mangsa. ZBA hanya buat endah tidak endah dengan mereka kerana kami dijanjikan dengan kenderaan oleh pihak hotel. 30 minit menunggu. Malam beransur larut dan stesyen telah lengang dan sungi. Tiada arah menunjukan lokasi hotel dalam keadaan malam pekat.
| Pemandangan daripada Keretapi Tehran - Yazd |
| Hotel Open Air Lobby |
Kami beruntung juga mendapat belukang (Pemandu teksi) yang sanggup membawa masuk sehingga ke hotel walau pun teksi ditinggalkan jauh diluar dek kesempitan lorong yang tidak membenarkan sebarang kenderaan masuk kecuali untuk motosikal dan pejalan kaki. Suasana persekitaran yang agak seram dan menakutkan. Sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini atau ditarik masuk kedalam rumah-rumah batu tanah liat, tiada siapa yang tahu. Tapi itu adalah kehidupan bagi masyarakat Iran.
Hotel kami terletak 50M daripada jalan besar. Sebuah bangunan lama seusia old town. Tiada lobby malah masuk melalui sebuah lorong sempit dengan menuruni tangga. Terkial kial dengan backpack yang digalas dan dikendong. Alangkah terkejut ZBA. Sungguhpun diluar keadaan hotel seakan kampung lama tetapi didalamnya terdapat sebuah taman dengan air pancut yang cantik beserta sebuah ruang tempat berehat bagi sebuah hotel 3* dengan 60 bilik.
Artikal ini berkongsi bersama
YAZD CITY OF WINDCATCHERS
